MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, September 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan September  2011

  • Bil. Pengunjung              = 184 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 24 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 9 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 49 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 10 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 12 orang

Continue Reading
No comments
Share:

Syarat Baru Pemilikan Kad Kredit

Pada 18hb Mac 2011 Bank Negara Malaysia(BNM) telah mengeluarkan syarat baru yang lebih ketat berkuatkuasa serta-merta bagi pemegang kad kredit.  Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan baru itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minima RM24,000 setahun (sebelum ini RM18,000).

Di antara intipati syarat baru adalah seperti berikut: -
  • Pendapatan minima untuk permohonan kad kredit baru ialah RM24,000 setahun.
  • Mereka yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kebawah, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar sahaja.
  • Mereka yang sedia ada memiliki lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad.
  • Tempoh diberi sekurang-kurangnya 2 tahun kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan.
  • Had maksimum kredit yang diberikan tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan bagi setiap pengeluar kad.
  • Bagi mereka yang telah mempunyai baki hutang kad kredit yang melebihi had maksimum iaitu 2 kali ganda gaji bulanan, diberi tempoh penangguhan selama 2 tahun untuk memenuhi keperluan syarat baharu tersebut.
Nor Shamsiah berkata panduan garis panduan baru tersebut merupakan usaha untuk menggalakan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan secara berhemat.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, September 23, 2011

Karnival Penulis 1Malaysia

 
Karnival Penulis 1Malaysia

Tarikh : 20 hingga 22 Oktober 2011

Bertempat : Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan :
 
Gerai Penulis
Gerai Jualan Buku
Bengkel Penulisan Kreatif
Karya Penulisan Kanak-kanak

Terdapat juga sesi fotografi dan autograf bersama penulis. Datanglah beramai-ramai untuk bersama-sama mewarnai industri penulisan negara.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, September 22, 2011

Peribahasa Bulan September




1) Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
Maksud : Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.

2. Bagai bajak wangkang makan diangkat.
Maksud : Orang yang gemar dipuji.

3. Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggal hanyir.
Maksud : Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak.

4. Telentang berbumbungkan langit,  meniarap berlantaikan tanah.
Maksud : Serba tak cukup (miskin).

5. Bagai berseru di padang pasir.
Maksud :  Seruan yang tidak diendahkan orang.

6. Bagai bertanak di kuali.
Maksud :  Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.

7. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.
Maksud : Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit ; dalam keadaan yang serba salah.

8. Menanti laki pulang maling.
Maksud : Selalu dalam kekuatiran.

9. Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkah ditahan dengan  telunjuk.
Maksud : Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

10. Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh. 
Maksud : Bodoh dan sombong. 
 
       
 

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, September 21, 2011

Koleksi Peribadi Rossem (Kartunis)


Koleksi Peribadi Rossem ( Kartunis). Datanglah beramai-ramai untuk berjumpa dan beramah mesra dengan kartunis ini...

Tarikh : 1 September hingga 31 Oktober 2011
Tempat : Aras 10 Menara PNM
Masa : Isnin hingga Khamis (10.00 pagi - 5.00 petang)
           Jumaat (10.00 - 12.15 tengahari)
                      ( 2.45 petang - 5.00 petang)

" DIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM "


Continue Reading
No comments
Share:

Monday, September 19, 2011

Gejala Pedih Ulu Hati

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi
kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak
tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.

Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi
selepas makan berat. Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD).

Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk :-

o Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
o Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
o Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin
di belakang tekak
o Sendawa
o Batuk yang teruk
o Suara menjadi serak
o Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux,
Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan
dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's
oesophagus.

Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan
cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda
mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan
menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau
bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid
perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi
berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar
segera.

Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan
memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk
melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan.

Pencegahan
Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati :-

o Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda.

Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.

o Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

Pengubahsuaian Cara hidup
o Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.

o Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.

o Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .

o Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Continue Reading
No comments
Share:

Resipi Bulan September

RESIPI 1 : NASI MANDY LAHM (DAGING) MISRY

Bahan-Bahan
PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
* 1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)

PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* garam secubit

PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* ½ biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa 

Cara Masakan :-
Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau hendak biarkan dekat dapur gas pun tidak mengapa, masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tidak mahu pun tidak mengapa. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya. SELAMAT MENJAMU SELERA...

-----------------------------------------------


RESIPI 2 : ASAM PEDAS AYAM REBUNG

Bahan-Bahan
Ayam yg dipotong kecil (½ ekor) 

Bahan untuk  blender :
3 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih 3ulas
2 inci halia
2 inci belacan baka

3-4 sudu lada kering yang sudah siap blender
Sedikit air asam jawa 
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air (sukat sendiri ikut kepekatan yg dikehendaki)
Rebung yang sudah siap racik
Sedikit daun kesum

Cara Masakan :
Tumiskan bahan-bahan yang di blender. Kacau sampai separuh garing sehingga naik bau.Kemudian masukkan lada kering dan kacau sampai garing. Kemudian, masukkan ayam, daun kesum, air asam jawa, sedikit air, rebung, gula dan garam.Kemudian, masak sehingga ayam empuk.

Cadangan Hidangan
Makan bersama nasi putih dan lebih enak jika ada lauk sampingan seperti ikan goreng.

-----------------------------------  

RESIPI 3: APAM POLKADOT

Bahan-Bahan
3 biji telur 
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar

 3 sudu teh baking powder 
1 sudu kecil ovalatte
1 sudu kecil esen vanilla
Filling (blueberry@apa-apa ikut citarasa)
Pewarna

Cara Masakan :-
Masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung, baking powder, esen vanilla dan susu segar, pukul hingga kembang selama 6-8 minit. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan filling secukupnya. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Tambahan
1) Letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik.
2) Bahan untuk 50 biji papercup medium.
  

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, September 14, 2011

FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN BAHAN DAN TINDAKAN PEMULIHARAAN/PENCEGAHAN.

FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN BAHAN DAN TINDAKAN PEMULIHARAAN / PENCEGAHAN.

BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan di dalam perpustakaan.

1) Ciri bahan perpustakaan 
Kerosakan bahan disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bahan yang jilidan tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
- Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran
  
2.1) Suhu
- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan sebagainya menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dam alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan.

2.2) Kelembapan 
- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,
berkulat dan akhirnya reput. Ini disebabkan buku adalah bahan yang mudah diresapi air.
- Kelembapan yang rendah akan menyebabkan kertas kering, menggeleding, merekah dan rapuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat dehumidifier untuk mengawal kelembapan yang di perlukan iaitu
50% RH bagi buku dan 45% RH bagi lukisan.
- Atau menggunakan gel silika (kira-kira 4 paun untuk seluas 4 kaki persegi).
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan 
ruang.

2.3) Cahaya 
- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, bahan lekit dan sebagainya.
- Cahaya matahari - mengandungi banyak pancaran ultra unggu.
- Cahaya lampu - lampu fluorescent lebih banyak pancaran unltra ungu berbanding lampu
incandescent, tapi lebih panas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang simpanan yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan.
- Kalau hendak menggunakan lampu, guna fluorescent kerana kurang panas.
  

2.4) Pencemaran udara

2.4.1.) Debu
- Debu yang berterbangan ditiup angin mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan serombong kilang-kilang mereputkan kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat air purifier @ ionizer bagi memerangkap debu & habuk.
- Buku, rak @ ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Lebih baik membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner daripada penggunaan penyapu yang membuat debu berterbangan di udara dan hinggap semula pada rak serta buku.

3.) Perlakuan manusia.
  
3.1) Peyimpanan
- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler yang ada pada bahan mudah karat 
dan merosakkan kertas.
- Rak-rak / alamari yang berkarat.
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak jika di susun condong
dan buku akan terkoyak kerana tajamnya rak itu.
- Cara menyusun buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Untuk menanda buku gunakan penanda buku.
- Menggunakan rak yang tahan karat.
- Menyusun bahan dengan baik/tersusun.
  
3.2) Penggunaan
- Cara penggunaan yang salah seperti mambaca sambil makan dan minum, membuat catatan
di atas buku, meletakkan tangan di atas buku yang dibaca/rujuk dan menanda buku dengan melipat halaman.

3.3) Pameran 
- Semasa pameran, udara di dalam meja / almari tidak dapat keluar menyebabkan udara
lebih panas / kering @ lebih lembab berbanding udara luar
- Wap panas dan pancaran cahaya ultra ungu melemahkan fiber kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Meja/almari perlu ada ruang suapaya udara boleh beredar.
- Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
- Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada bahan.
- Elak pamer dalam tempoh yang lama.
- Ruang perlu ada pendingin udara.
  
3.4 Penyalinan 
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
- Cahaya dan suhu panas mesin fotokopi menyebabkan kertas dan dakwat menjadi rosak.

4. Haiwan / serangga perosak 
- Serangga seperti lipas, anai-anai, silverfish dan tikus.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.

5. Bencana alam
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran @ smoke detector.


BAHAN TIDAK BECETAK.

Faktor kerosakan :-
- Cara proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Cara penyimpanan - tidak boleh kelembapan tinggi- tidak lebih 50% RH.
- Suhu yang tidak stabil/selaras.
- Sulfur dioksida dan hidrogen sulfur boleh merosakkan.
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api @ air.


Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bilik perlu berhawa dingin 24 jam.
- Peratus kelembapan dikawal ke tahap diantara 40%RH-50%.
- Suhu antara 15-20 C.
- Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
- Rekabentuk kabonet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
- Simpan master copy dengan baik.
- Menggunakan sarung tangan untuk elak peluh, tangan berminyak dan lain-lain.
- Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, September 9, 2011

Statistik Pengunjung Blog Perpustakaan Anjung Ilmu

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Salam 1Malaysia,

Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua pengunjung blog kami, kerana anda telah memberikan sokongan yang penuh padu kepada blog kami. Berikut adalah 10 negara yang paling aktif dalam mengakses blog kami :-

1) Malaysia   = 3,439/orang
2) United States Of America = 38/orang
3) Indonesia  = 32/orang
4) Jerman  = 22/orang
5) Brunei   = 21/orang
6) Mesir = 13/orang
7) Australia = 9/orang
8) United Kingdom  = 6/orang
9) Arab Saudi  = 6/orang
10) India = 5/orang

Di harap agar anda semua sentiasa menyokong kami dan kami amat bangga dengan pencapaian kami dengan sokongan anda semua. TERIMA KASIH SEKALI LAGI...

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia