Thursday, June 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu Bulan Jun

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Jun 2011

  • Bil. Pengunjung              = 274 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 28 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 43 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 90 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 14 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 15 orang

Wednesday, June 22, 2011

Peribahasa Bulan Jun

1) Ada batang mati adalah cendawan tumbuh
Maksud : Tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki.

2) Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak
Maksud : Pujuk rayu yang mengandungi niat yang jahat

3) Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.
Maksud : Orang yang sentiasa saling menolong. 

4) Kusut diselesaikan, keruh diperjernihkan
Maksud : Pergaduhan (persengketaan) mestilah diselesaikan.

5) Sambil menyelam minum air
Maksud : Membuat dua pekerjaan dalam masa yang sama.  

6) Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak
Maksud : Orang yang tidak berhati-hati melakukan pekerjaannya tentu akhirnya akan
menyesal dan kecewa. 

7) Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan    
Maksud : Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada. 

8) Kaki terdorong badan merasa, lidah terdorong emas padahnya 
Maksud : Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu harus berani menanggung
akibatnya.

9) Jangan puntung berasap jua
Maksud : Pertelingkahan atau masalah yang telah selesai itu jangan ditimbulkan semula.

10) Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Maksud :  Orang yang sabar akan berhasil usahanya.  

Tuesday, June 21, 2011

TERBARU!!! REBUT PELUANG INI !!!

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

* Buat pertama kalinya, Perpustakaan Anjung Ilmu membuat Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia.
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300 naskhah buku daripada PNM dalam jangka masa 3 bulan.

* Buat permulaan, Perpustakaan Anjung Ilmu hanya meminjam buku sebanyak 230 naskhah buku sahaja.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman buku di Perpustakaan Anjung Ilmu. 
  

 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan Anjung Ilmu.
  2. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 3 buah dalam masa seminggu.
  3. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  4. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  5. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  6. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  7. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  8. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
*Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman berkelompok, sila klik pada link 
 di bawah ini :-

Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Lahir Puan Jamilah!

 Kepada Puan Jamilah Binti Sailillah, kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' untuk Puan Jamilah Binti Sailillah... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.... Semoga menjadi seorang pekerja dan pegawai yang berdedikasi dan berwawasan yang tinggi...


Saturday, June 4, 2011

HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Daulat Tuanku.

 

Friday, June 3, 2011

Resipi Bulan Jun

Resipi 1 : Kek Kukus Coklat Moist
Bahan-Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula
1 tin susu cair F&N
1 cawan serbuk koko
coklat cip mengikut kesukaan

1 buku buttercup
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonar
3 biji telur


Cara Membuat
Pukul telur bersama gula yang telah di bland kering. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Cairkan buttercup, apabila sejuk campurkan degan susu cair. Apabila adunan telur dan gula kembang, masukkan esen vanila dan coklat cip dan gaul rata. Masukkan adunan tepung dan bahan yang telah diayak selang seli dengan adunan buttercup. Kukus selama 45 min - 1 jam

Cadangan Hidangan
Boleh dimakan bersama aiskrim... Selamat Mencuba !

-----------------------

Resipi 2 : Sotong Bakar Endau

Bahan-Bahan
10 ekor sotong segar (pilih yang besar-besar).
10 ulas Bawang Merah kecil.
1 biji bawang besar.
8 Ulas Bawang putih.
½ inci Halia.
1 sudu makan Serbuk Kunyit.
½ sudu serbuk lada sulah.
Sedikit Garam ,gula dan ajinomoto(ikut rasa).

Cara Membuat
Sotong di bersihkan.Kepala Sotong di asingkan.Sotong jangan di potong,biarkan seekor-seekor. Perapkan kepala Sotong dan sotong tadi dalam 1 malam atau 1 jam. Kepala sotong dimasukkan ke dalam badan Sotong dan cucuk dengan lidi satay sedikit agar kepala Sotong itu tak tanggal. Panaskan oven atau tempat barbeku. Bakar Sotong sampai masak.

Cadangan Hidangan
Sotong bakar ini enak dimakan dengan sambal kicap atau sos cili maggie

-----------------------------

Resipi 3 : Agar Agar Telur

Bahan-Bahan
1 bungkus agar agar
1250ml air
1 ½ cawan susu pekat

gula secukup rasa
1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam
daun pandan
kulit telur ayam secukupnya


Cara Membuat
Rebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur. Buatkan bebola kecil daripada ubi yg telah dilecek. Masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih. Tuangkan agar agar ke dalam kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku. Kopekkan kulit telur tadi sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba !
Cadangan Hidangan
Boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda.

Tambahan
Sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan @ perkahwinan.

Thursday, June 2, 2011

Minggu Galakan Membaca Di Perpustakaan Anjung Ilmu JBPM !!!

AKAN DATANG!!!

Pihak Perpustakaan Anjung Ilmu JBPM akan menganjurkan "Minggu Galakan Membaca"...Pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan "Minggu Galakan Membaca"....

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Bulan Jun


Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk bulan Jun kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Semoga anda semua panjang umur dan dimurahkan rezeki.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...