MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, July 2, 2012

Kempen Membaca




REKABENTUK

Rekabentuk logo yang menggunakan elemen tipografi dan grafik ini menggabungkan motif Budi Bahasa dan sepasang tangan yang sedang memegang buku. Ia memberi tanggapan seseorang yang sedang membaca. Imej keseluruhan ini disatukan dalam satu ruang lingkup (berbentuk segiempat) yang berwarna kuning. Perkataan "Bangsa Membaca" dan "Bangsa Berjaya" diposisikan di bahagian atas dan bawah bingkai rekaan ini. Secara keseluruhan rekabentuk logo ini menampakkan ciri-ciri penerapan tabiat dan dorongan kepada rakyat Malaysia terhadap membaca sebagai satu amalan murni selaras dengan Kempen Membaca yang diusahakan ini.
WARNA
Warna-warna yang digunakan adalah biru,merah dan kuning yang merupakan ciri-ciri warna utama negara kita. Warna biru yang menggambarkan patriotisme ini diserikan dengan warna kuning yang diibaratkan sebagai kemuliaan. Secara tidak langsung, gabungan warna-warna ini menjelaskan peranan masyarakat yang bersatupadu untuk merealisasikan impian dengan menjadikan membaca itu sebagai satu amalan yang baik dan berfaedah dalam kehidupan.
HURUF(
Font)

Huruf (font) yang digunakan pada perkataan "Bangsa Membaca" dan "Bangsa Berjaya" adalah "Impact". Huruf ini menampakkan ketulenan, kesempurnaan dan kekukuhan yang menjadi kualiti utama untuk mempromosikan Kempen Membaca di kalangan masyarakat.
VISI
Ilmu membangun tamadun

MISI
Memupuk budaya membaca sepanjang hayat

Objektif
• Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif
• Memperkembangkan industri penerbitan buku

Kempen Membaca Kebangsaan merupakan agenda tahunan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan di seluruh negara. Kemuncak kempen adalah sambutan Bulan Membaca Kebangsaan yang diadakan selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan sama ada di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri serta perpustakaan gunasama dan akademik di seluruh negara.

Di Perpustakaan Negara Malaysia, pelbagai aktiviti dan program menarik diadakan bagi menggalakkan penyertaan pelbagai golongan masyarakat. Objektif utama adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya membaca serta mengalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan membaca daripada pelbagai sumber bahan bacaan. Contoh aktiviti yang dilaksanakan sempena Bulan Membaca Kebangsaan ialah seperti berikut:

• Majlis Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan
• Karnival Buku dan Kebudayaan
• Program Bacaan Kegemaran Saya (Dewasa dan Kanak-kanak)
• Kempen Keahlian dan Pameran Perkhidmatan di MPH Bookstores
• Infohunt Sempena Pameran Koleksi Nadir dan Peribadi
• Kuiz eBooks
• Majlis Pelancaran Buku
• Seminar Koleksi Peribadi : Abdul Rahman Al-Ahmadi
• MPH Search For Young Malaysian Writers
• Pameran Koleksi Nadir dan Peribadi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia