MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, December 14, 2012

Petua Untuk Masuk Rumah Baharu



1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi).

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, December 5, 2012

Riwayat Hidup Ibnu Sina

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: ابن سینا Ibn Sīnā‎), atau dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب الشفاء) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.


Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.


Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina
Gelaran: Bapa Sejarah Sains
Lahir: sekitar 980 M atau 370 H
Wafat: 1037 M atau 428 H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Bidang: Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains,teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Pengaruh: Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, December 4, 2012

Riwayat Hidup Abu Raihan Al-Biruni

Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Sebahagian pencapaiannya termasuk:
  • Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
  • Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)) .
  • Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
  • Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Hasil karya matematik

Sumbangannya kepada matematik termasuk:

Hasil karya bukan matematik

Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:
  • Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
  • Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
  • Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
  • Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
  • Farmasi: mengenai drug dan ubat.
  • Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
  • Astrolabe.
  • Buku sejarah ringkas.
  • Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
  • Sejarah Khawarazm

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, December 3, 2012

Riwayat Hidup Ibn Battuta

Gambaran ilustrasi pelukis
Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.


Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.

Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.

Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariahsemasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.

Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .
Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.

Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihormati oleh penganut mazhab Syiah.
Terus ke Baghdad dengan kafilah. Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari serangan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.

Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra. Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.

Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328.

Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah.
Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).

Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam.
Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.
Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan.

Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India.

Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.

Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.

Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar ke Kozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian.

Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives.

Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaran Islam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.

Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China.

Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).

Ketika di Quanzhou, Ibn Battuta mengambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Beliau kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya meneruskankan perjalanan ke Mekah melalui Selat Hormuz dan Ilkhanate.Pada ketika itu berlaku perang saudara .
Beliau kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya telah meninggal dunia. Beliau pergi ke Sardinia, lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa bulan sebelumnya.

Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada.

Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez.

Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.

Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombong garam di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat.

Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. Dari Tasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.

Kemuian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @(sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.

Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".

Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.

Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.

Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.
Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.

Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain. Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya.

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia