Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan

 

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kekalkan keamanan di negara kita ini dan jangan biarkan penjajahan berlaku lagi di bumi tanahair kita yang tecinta...

Wednesday, August 29, 2012

Tips Untuk Menghadapi Temuduga

  
  GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda. 

 
Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?

Jangan bimbang. Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.
Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.

Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.

Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.

Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.

Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.

Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

Persediaan Mental
*Persediaan adalah kunci kejayaan.
*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.
*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.
*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.
*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.
*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur. 

Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.

Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan. 

Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.

Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.
Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.

Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya. 

Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.

Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain.
Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.

Perkara yang harus diambil berat dalam temuduga:

1. `First impression' amat penting kepada penemuduga. Berikan senyuman, lihat ke arah mata mereka dan salami mereka dengan yakin.
2. Bantu penemuduga dengan `memandu' mereka melalui `kekuatan' anda.
3. Jika anda ditanyakan soalan yang sukar, jangan terburu-buru menjawab. Berfikir terlebih dahulu.
4. Tidak dapat dinafikan semua orang gementar sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Ubat mujarab mengatasinya ialah dengan melakukan persediaan.
5. Penghujung sesi temuduga juga amat penting. Ambil peluang bertanya soalan yang sesuai atau bertanyakan sesuatu yang berkaitan.
6. Memang tidak mudah untuk menduga apa yang bakal berlaku semasa sesuatu sesi temuduga, oleh itu lakukannya dengan penuh keyakinan.

Langkah perlu sebelum menghadiri temuduga
LAKUKAN sedikit kajian mengenai sesuatu syarikat sebelum menghadiri temuduga. Usaha anda akan dapat memberikan gambaran bahawa anda benar-benar berminat mengenai kerjaya atau syarikat tersebut.


Anda perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal anda duduki itu supaya ia mempengaruhi diri anda apabila berada di dalamnya.

Anda perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya anda tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya. 

Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.

Selain mengetahui profile syarikat melalui berita semasa, anda boleh juga merisik melalui laman web syarikat terbabit.

Daripada laman web tersebut, anda boleh mendapat banyak maklumat berkaitan. 

Anda boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, juga misi syarikat.

Mulakan usaha anda melalui enjin pencari seperti Yahoo!, Excite, Altavista, Lycos and Virgin.net, www.hoovers.co.uk dan lain-lain.

Bagaimanapun, jika laman-laman web ini gagal membantu, dapatkan maklumat daripada pusat kaunseling universiti anda yang pasti menyimpan banyak maklumat mengenai syarikat yang bersesuaian dengan minat anda.

Kurang pengalaman ketika temuduga

KURANG berpengalaman, keputusan peperiksaan yang tidak meyakinkan atau `miskin' aktiviti kokurikulum yang menjadi asas ketika memohon sesuatu pekerjaan? 


Jangan takut, masih ada cara untuk mengatasi kebimbangan tersebut.

i. Pengalaman Kerja
Apa saja pengalaman kerja akan memberikan anda `kemahiran boleh ubah' - anda hanya perlu memberikan tanggapan positif terhadapnya. Tumpukan kepada pengalaman yang ada dan apa yang anda perolehi daripada pengalaman tersebut. Umpamanya, jika anda sebagai pentadbir di sebuah syarikat kecil, beri tumpuan kepada pengalaman yang anda raih dalam menguruskan kewangan, kemahiran interpersonal, berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan bekerja lebih masa, sebagai pengalaman yang anda dapat. 

ii. Pencapaian Akademik
Rangka jawapan yang munasabah, jika anda menduga bakal ditimbulkan persoalan mengenai tahap akademik anda. Jika memang ada alasan yang benar seperti faktor kesihatan atau krisis keluarga sehingga menyebabkan pencapaian anda terjejas, akuilah hakikat itu. Jika tidak, jangan nafikan mengenai kegagalan yang tidak dapat dikutip semula itu, tetapi pada masa sama, nyatakan pencapaian atau pengalaman terkini. Majikan biasanya tidak begitu mementingkan pencapaian akademik jika anda dapat membuktikan kemampuan dalam cara yang lain.

iii. Aktiviti Kokurikulum

Bagaimana anda menghabiskan masa? Jika anda aktif berpersatuan untuk menghabiskan masa lapang di universiti, hal ini boleh dipertimbangkan dalam keategori pengalaman. Majikan biasanya akan melihat keseimbangan pendedahan sosial dan kemahiran berkomunikasi anda - jadi berikan penumpuan dalam hal ini. Kursus jangka pendek bagi membaiki kemahiran tertentu seperti komputer atau bahasa akan memberikan gambaran positif pada karakter anda. Bagaimanapun jika sekadar menghabiskan masa dengan berpoya-poya bersama rakan, anda hanya perlu `berlebih-lebihan' sedikit ketika memberikan gambaran. Umpamanya jika anda pernah mengendalikan suatu percutian bersama rakan, maka berikan gambaran positif mengenai kemahiran sesuai seperti kemahiran kerja berkumpulan, motivasi, perancangan dan pengurusan masa.


Rancang perjalanan sebelum temuduga
JIKA anda tidak pasti tempat temuduga tersebut, cari tempat tersebut terlebih dulu. Pastikan kedudukan pejabat tersebut. Jangan hanya bergantung kepada alamat yang diberi.


Jika tempat berkenaan berada di luar kawasan anda, rancang perjalanan berhati-hati.
Tempah tiket bas, keretapi atau kapal terbang lebih awal. 

Jika tiada kenderaan awam tersebut, sewa teksi dan pastikan pemandunya mengetahui tempat yang ingin anda tuju. 

Jika temuduga anda berlangsung di kawasan bandar, ambil tahu mengenai kadar kesesakan lalulintasnya juga.

Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal, pastikan berita semasa jika ada kesesakan lalu lintas, banjir, kemalangan atau apa-apa kelewatan yang boleh menjejaskan kehadiran anda di tempat temuduga.

Sumber daripada :http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=&sec=Kerjaya&in=arc&start=10

Tuesday, August 28, 2012

Should you eat the whole egg?



Eggs are dense little packets of excellent nutrition. They have good cook and relatively cheap. While it's true the egg yolk contains all of the egg's fat, it doesn't mean you should switch to eating egg white omelettes. 

As well as all the fat, the yolk contains two-thirds of the egg's protein. Plus it's in the yolk where you'll find the majority of the vitamins, minerals and antioxidants, nutrients like calcium, iron, zinc and folate, as well as vitamins A and E.

It contrast, the egg white has small amounts of B vitamins and potassium, a measly one-third of the total protein, and that's about it. So stick to eating the whole egg, and you'll get all the goodness at once.


Monday, August 27, 2012

Preventing pre-dinner nibbling



Can't resist picking from the fridge or cupboard before dinner? A little cheese, some biscuits, an apple; it never seems like much, yet by the time dinner comes around, you're full. If this is you, here are two strategies for dealing with temptation :

1. Think about what you're eating earlier in the day. If you're having a light lunch then trying to last until dinner, you may be doing yourself a disservice. By leaving it too long between food  stops, you're getting too hungry and are then over-eating to compensate. Instead, try having slice of toast or a piece of fruit and a tub of yoghurt at about 3.30pm. This should keep you going until dinner, so you can resist the pre-dinner nibbles.

2. If you do have a snack before dinner, put it on the plate. Instead of picking and not paying attention to what you're eating, arrange some food, properly on a small plate, then sit down to eat your snack. Simply by doing this, you'll eat a lot less and still be ready for the main event.


Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf zahir dan batin kami ucapkan... Kami juga ingin berpesan kepada rakan-rakan yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati semasa memandu kenderaan anda, pastikan jarak selamat kenderaan anda. Sila pastikan anda menutup dan mengunci segala tingkap dan pintu rumah anda, sila pastikan gas memasak anda ditutup dengan sempurna, sila lapor ke balai polis berhampiran untuk memastikan keselamatan rumah anda dan sekitarnya berada dalam keadaan selamat dan kirim salam pada orang kampung....

Wednesday, August 8, 2012

5 Makanan Hilangkan Bau Mulut

Biji parsli
Daun parsli sudah lama diketahui sebagai penyegar nafas. Namun rahsianya terletak dalam biji dan akar parsli.




 


Air garam
Campurkan dengan sedikit air kemudian kumur (lebih baik kumur hingga ke belakang tekak) selama 30 saat.




 
Epal
Selain epal, buat berserat tinggi seperti pear, lobak merah atau seleri pilihan yang baik.







 
 
Pudina atau kayu manis
Kalau tidak dapat mencari yang asli, gula-gula getah berperisa pudina atau kayu manis sudah memandai.








Beri dan yogurt
Mengambil yogurt dua kali sehari membantu merendahkan amaun hidrogen sulfida dalam mulut yang menjadi punca bau. Selain itu, buah seperti beri dan tembikai juga baik. Elakkan limau atau buah-buahan yang berasid.

Fakta Mata


  • Mata kita dapat melihat dan membezakan lebih kurang 7 hingga 10 juta warna.
  • Retina hanya setipis kertas.
  • Mata berkedip 15 kali seminit atau 21,600 kali sehari atau lapan juta kali kerlipan mata setahun.
  • Anda tidak mungkin bersin dengan mata terbuka.
  • Mata kiri dan kanan perlu bergabung untuk menentukan jarak sesuatu objek.
  • Statistik di Singapura mencatatkan rabun jauh adalah gangguan yang sangat umum di kalangan generasi muda dan data dari School Health Service merekodkan setiap tahun jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh semakin meningkat.
  • Masalah rabun jauh boleh berlarutan sehingga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti retinal detachment dan sebagainya.

Minyak Masak Terpakai Punca Darah Tinggi

NEW YORK : Pakar menyatakan menggunakan minyak masak tertentu lebih baik daripada yang lain dan kajian terbaru mendapati minyak yang digunakan berulang kali meningkatkan risiko kesihatan.

Penyelidik Sepanyol mendapati orang yang sering menggunakan semula minyak masak yang sudah terpakai lebih berisiko menghidap penyakit darah tinggi berbanding mereka yang sering menggunakan minyak masak baru bagi setiap masakan. Kajian juga mendapati orang yang sering menggunakan minyak masak bunga matahari lebih tinggi berisiko menghidap darah tinggi tetapi penggunaan lebih banyak minyak zaitun kelihatan dapat melindungi seseorang daripada penyakit itu.

Berdasarkan kejadian itu, penyelidik Dr. Federico Soriguer dari Hospital Civil Plaza di Malaga mencadangkan supaya tukang masak menggunakan minyak zaitun sekerap mungkin dan membuang minyak itu selepas dua atau tiga kali digunakan.

Meskipun minyak zaitun sering dianggap sebagai bahan perisa yang sihat untuk makanan, kajian itu mendapati penggunaan minyak masak yang terpakai akan mengakibatkan kesan baik pada minyak zaitun akan hilang.

Ramai daripada peserta kajian itu mengikuti diet Mediterranean yang banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, lapor Jurnal Zat Pemakanan Klinikal Amerika.

Soriguer menjelaskan mereka yang mengamalkan diet itu sering memakan masakan yang digoreng menggunakan minyak yang banyak. Bagaimanapun apabila minyak yang sama digunakan berulang kali atau dipanaskan beberapa kali, minyak itu sudah kehilangan manfaatnya mengeluarkan sejenis polimer dan sebatian terkutub yang diserap dalam makanan.

Untuk meyukat kesan penggunaan minyak masak berulang kali, Soriguer dan pasukannya mengkaji paras polimer dan sebatian terkutub itu daripada sampel minyak yang diambil terus dari dapur 583 penduduk. - Agensi

Info : 1 Suara Sabah

Tuesday, August 7, 2012

Keselamatan Menggunakan Perbankan Internet


 Perbankan internet ialah sejenis perkhidmatan yang disediakan oleh institusi perbankan yang menguruskan hal kewangan dan pelbagai transaksi perbankan atas talian dari rumah, tempat kerja dan mana-mana tempat di serata dunia. Ia boleh dilakukan semasa atau di luar waktu perbankan. Kebanyakan institusi perbankan menawarkan perkhidmatan ini 24 jam sehar, 7 hari seminggu. Ia menjimatkan masa kerana anda tidak perlu pergi ke bank dan beratur untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan atau pembayaran bil.

Institusi yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet
Pada masa ini, hanya institusi-institusi perbankan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Islam 1983 (API) sahaja yang dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan internet di Malaysia

Apakah yang diperlukan untuk memulakan perkhidmatan perbankan internet?
Perbankan internet tidak memerlukan sebarang perisian atau akses khas kepada sebuah rangkaian persendirian, tetapi ia dilakukan melalui rangkaian internet. Anda hanya perlu mendaftar dengan institusi perbankan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan internet. Apabila telah mendaftar, maka anda boleh menggunakan perbankan internet di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Sebelum anda mendaftar
Anda perlu membaca dan memahami terma serta syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar dengan perkhidmatan perbankan internet. Contohnya :-


  • Maklumat tentang tanggungjawab institusi perbankan dan pelanggan
  • Maklumat tentang pihak yang harus bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang transaksi yang palsu atau penipuan.
  • Cara pemberitahuan sekiranya terdapat perubahan pada terma dan syarat-syarat perkhidmatan.
  • Maklumat tentang cara membuat aduan dan bagaimana aduan itu akan disiasat dan diselesaikan.

Anda juga hendaklah berbincang dengan institusi perbankan mengenai risiko yang berkaitan dengan perbankan internet dan memahami tanggungjawab dan hak-hak anda sepenuhnya. Panduan untuk menjamin  keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan perbankan internet :-
  1. JANGAN mendedahkan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda.
  2. PASTIKAN anda berada di laman web yang betul dan selamat.
  3. LINDUNGI komputer peribadi anda daripada penceroboh, virus dan program perosak.
  4. JANGAN klik pada lampiran atau pautan dalam e-mel yang mengarah anda untuk masuk ke laman web institusi perbankan. Ini mungkin merupakan satu penipuan.
  5. ELAKKAN daripada mengguna komputer yang dikongsi bersama atau milik awam seperti di kafe internet untuk mengendalikan transaksi perbankan internet anda.
  6. JANGAN membalas kepada sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS mengenai ID log masuk, kata laluan atau nombor PIN akaun perbankan internet anda.
  7. JIKA anda mempunyai sebarang soalan tentang keselamatan akaun internet anda, hubungilah institusi perbankan untuk membincangkan isu tersebut, termasuk cara penyelesaiannya.

SUMBER : BANK NEGARA MALAYSIA

Bahaya Bahan Pewarna Dalam Makanan Ringan

LONDON : Ibu bapa diingatkan mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil itu mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Bahan atau campuran makanan itu merujuk kandungan bagi menambah nilai pemakanan, pengawetan, penstabil atau pewarna alkali. Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan penyakit lelah dan ruam.

Hasil kajian itu pasti menjejaskan sektor perindustrian makanan Britain yang berdepan gesaan supaya memastikan produk makanan kanak-kanak menggunakan bahan selamat. Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya megesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet sodium benzoate (E211), yang lazim digunakan dalam minuman ringan. Vyeyan Howard, Profesor di Universiti Ulster dan Penasihat FSA meggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.

"Memang dari segi biologi, pengambilan bahan campuran itu ada kesannya. Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah melindungi anak mereka dengan mengelak makanan yang mengandungi bahan itu. Saya sendiri tidak mungkin memberikan makanan itu kepada bayi berusia 15 bulan," katanya.

Howard menggesa pengeluar dan pihak pengurusan pasar raya mengelak penggunaan bahan campuran itu. "Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan? Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun."

Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudah pun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik. Kebanyakan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. - Agensi

Sumber : Berita Harian 10 Mei 2007


INFO :
Pewarna makanan
  • Tartrazine (E102)
  • Ponceau 4R (E124)
  • Sunset yellow (E110)
  • Carmoisine ((E122)
  • Quinoline yellow (E104)
  • AC (E129)

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

http://1.bp.blogspot.com/-dso0Qmr0EqM/UB6XSG95D7I/AAAAAAAAAZ4/9XynsyO9zuU/s1600/iluvislam.png
Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT. Kepada semua yang bercuti, diharap agar anda berhati-hati di jalanraya kerana malang tidak berbau dan bersikap sederhana dalam perbelanjaan....

Friday, August 3, 2012

Formula Kerja Berpasukan

1. Jadilah manusia
Jangan berlagak hebat dan serba boleh. Anda tidak perlu menjadi "superhero" untuk mengajak mereka bekerja bersama-sama dengan anda. Jika tidak tahu, katakan tidak tahu. Bersedia untuk merendah diri dan belajar daripada orang lain, kerana hanya lembah yang rendah sahaja yang boleh menakung air. Malah, rakan-rakan anda akan lebih senang serta mempercayai anda jika anda ikhlas dan jujur. Mereka tidak mengharapkan kesempurnaan, cukup jika anda melakukan yang terbaik.

2. Jadilah Diri Anda
Bekerjalah mengikut cara anda sendiri. Berusaha untuk menjadi "diri sendiri yang hebat", tetapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jangan membuang masa dengan bersusah payah melakukan perkara yang tidak serasi dengan anda kerana perbuatan hipokrit tidak boleh bertahan lama. Semua orang lain memandang dan memerhati anda. Mereka akan tahu jika ada yang tidak kena.

3. Berlaku Adil
Pastikan rakan-rakan anda sentiasa "dilayan" dengan adil, tanpa melebihkan sekelompok yang lain. Jangan pula anda menunjukkan bahawa anda lebih menyukai seseorang lebih daripada orang lain, keranaia boleh menimbulkan rasa iri hati dan tersisih. Anda perlu prihatin terhadap sebarang perasaan prejudis dan berat sebelah dalam setiap perbuatan serta keputusan anda. Elakkan daripada membuat kesimpulan segera tanpa mengambil kira pandangan semua orang. Anda juga perlu sentiasa menunjukkan sokongan, bukan herdik mengherdik dan memperlekehkan mereka.

4. Bina Ikatan Ukhuwah Yang Indah
Persaudaraan satu aqidah adalah konsep yang sungguh murni dan indah. Itulah ukhuwah yang diajar oleh Al-Quran untuk kita sama-sama hayati. Kita adalah daripada keturunan Adam yang sama dan percaya kepada pegangan yang sama. Hayatinya di tempat kerja, di kawasan kejiranan dan di mana-mana sahaja. Ia pasti akan mencetuskan kuasa kerja berpasukan yang hebat dan bertenaga.

5. Bayar Dengan Keyakinan Dan Rasa Hormat
Walau apa pun jawatan dan pangkat anda, jangan anggap orang lain akan terus menghormati dan meyakini anda. Bagaimana untuk mendapatkannya? Caranya ialah andalah yang mesti memberikannya terlebih dahulu. Berikan keyakinan dan hormatilah rakan-rakan anda, nescaya mereka pun akan melakukan perkara yang sama.

6. Bertanya Dan Minta Pertolongan
Jangan malu untuk bertanya dan meminta pertolongan orang lain, kerana semua manusia memang saling memerlukan. Sangat penting untuk anda berkongsi masalah dan pendapat dengan orang lain, kerana ia akan membantu untuk mendapatkan penyelesaian-penyelesaian yang lebih mengagumkan.

7. Jadilah Orang Yang Boleh Dipercayai
 Ini adalah sifat yang paling penting bagi Nabi Muhammad iaitu boleh dipercayai. Untuk mendapatkan sifat ini anda perlu ikhlas dan jujur. Buat dan yakin dengan apa yang anda ucapkan, Jangan sesekali menipu atau merosakkan pemikiran orang lain. Cakap apa yang anda fikirkan (tetapi anda juga mesti fikir apa yang anda akan cakapkan). Kotakan apa yang anda katakan dan jangan cakap apa yang anda tidak boleh kotakan. Jangan seskali bermulut tempayan dengan membongkar rahsia orang lain.

8. Kenali Rakan-Rakan Anda
Anda perlu faham bahawa setiap orang berbeza antara satu sama lain. Berhenti melabel orang lain sebelum mengenali mereka. Jangan tangkap pukal, layanlah mereka sebagai "individu" yang mempunyai kelebihan masing-masing. Luangkan masa untuk mengenali dan bergaul dengan mereka kerana ini akan memberikan kesan yang besar dalam hubungan sesama manusia.

9. Galakkan Penyertaan Semua
Jangan sesekali memandang rendah keupayaan orang lain. Libatkan mereka dan galakkan agar semua memberikan sumbangan masing-masing. Anda tidak akan rugi apa-apam bahkan ia akan membuahkan hasil yang amat hebat. Jangan sekat kreativiti mereka dengan menutup pintu kebebasan untuk bersuara dan menyumbang. Tetapi anda juga harus ingat, setiap kali anda meminta sumbangan mereka, jangan buat acuh tidak acuh. Ambil berat dan berikan tumpuan kepada mereka. Ini akan membuatkan diri mereka rasa dihargai.

10. Bantu Membantu Untuk Berjaya
Sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda mahukan mereka berjaya dan maju dalam hidup. Ini akan memberikan mereka motivasi yang kuat, Elakkan daripada mengkritik membabi buta, kerana ini akan melemahkan mereka. Anda juga perlu membantu mereka agar tidak melakukan kesilapan, walaupun ini akan sering berlaku dan berlaku. Tumpukan agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.

11. Istiqamah dan Konsisten
Anda perlu konsisten apabila bekerja dengan orang lain supaya mereka tahu dan "masak" dengan budaya anda. Jika anda tidak konsisten, maka orang lain akan terus hidup dalam kekeliruan dan kebingungan. Tetapkan satu budaya dan beristiqamahlah dengannya. Ini akan banyak membantu anda menguruskan hidup untuk menuju kejayaan.


Sumber rujukan : Majalah Solusi Isu No. 21/2010

Thursday, August 2, 2012

Panduan Hias Pejabat

Hiasan dalaman menarik berupaya menggamit tanggapan baik pelanggan. Justeru, pastikan keadaan ruang pejabat anda memberi inspirasi, bersih, tersusun, berkonsep dan paling penting membangkitkan moral serta semangat pekerja untuk berkarya serta meningkat produktiviti. Beberapa tip yang boleh diikuti, antaranya :-

  1. Langkah pertama sebelum menghias ruang pejabat adalah mengutamakan fungsi selain memikir keperluan kakitangan anda. Misalnya firma arkitek memerlukan meja dan ruang yang luas lagi praktikal bagi menempatkan pelbagai peralatan melukis rekaan. 
  2. Mengecat dinding  dengan warna lembut dan semula jadi adalah idea yang baik. Warna seperti beige terang dan biru pucat mampu menyerlahkan hiasan dinding ringkas dan berciri rasmi.
  3. Jangan terlalu mengongkong dalam menentukan hiasan sebaliknya bersedia membuat perubahan serta fleksibiliti. Dengan harapan perniagaan semakin berkembang seterusnya menyebabkan ruang lebih luas diperlukan, sebainya pilih rak bku bergerak bagi menempatkan dokumen serta fail berbanding jenis pasang siap.
  4. Bagi ruang pejabat, lantai dianggap 'dinding' kedua.Maka, elok sama sekali memilih kemasan membosan sebaliknya pilih menghiasi lantai dengan jubin warna menarik namun menenangkan atau permaidani yang mampu menyembunyikan kekotoran. Apapun, pastikan kemasan lantai itu berciri tahan lasak dan praktikal.
  5. Bilik mesyuarat antara ruang terpenting pejabat dan sewajarnya ia dilengkapi dengan kemasan, perabot, panel pengadang, tingkap, alat pendingin hawa dan pengudaraan bersesuaian. Utamakan reka bentuk pelan lantai yang boleh menawarkan 'hak bersendirian' dan berciri terbuka bagi aktiviti membabitkan ramai kakitangan.
  6. Bagi mengelakkan ketidakselesaan di samping mengekang perbelanjaan besar, hindari mengalihkan peralatan kekal seperti alat penghawa dingin, pencahayaan, suis malahan sistem paip. Ia bukan sahaja membabitkan kos tinggi tetapi mengalihkan sistem elektrik dan mekanikal mungkin menyebabkan kerosakan lain di ruang pejabat anda.

Wednesday, August 1, 2012

Selamat Hari Lahir

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada anda yang dilahirkan di bulan Ogos. Semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dirahmati dan dilindungi Allah SWT selalu. Semoga apa yang anda impikan dalam kehidupan ini akan menjadi kenyataan.. Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam...


RAHSIA BULAN KELAHIRAN MENURUT KAJIAN DR. FADZILAH KAMSAH
(BULAN OGOS)

  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, ambil berat terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk terutama apabila cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka memimpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relaks
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

Kibarkan Jalur Gemilang: Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air.  

"Tidak ada cara lain pada masa ini selain mengambil sehelai Jalur Gemilang dan mengibarkannya di rumah masing-masing, di pejabat. Inilah cara minimum yang dapat kita sumbang bagi menandakan kita cintakan negara," katanya.
 

Rais berkata, usaha mengibarkan bendera Malaysia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial.

"Kalau di negara lain, tanggal merdeka negara itu menyaksikan setiap warganya mengibarkan bendera. Mengapa kita tak boleh buat demikian," katanya. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...