Wednesday, October 31, 2012

1001 Berkenaan Solat Subuh


“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya ‘dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak “[HR Al-Bukhari dan Muslim]
 
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
 
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
 
“Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas ".
 
“Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya ‘dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
 
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
 
“Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh “. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga ‘. “[HR Al-Bukhari]
 
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
 
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka “[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
 
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)
 
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)
 
“Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa,” (Surah Al-Hajj: 40)

Negara Paling Murah Di Dunia

1. Paraguay – Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.

2. Zimbabwe – Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.

3. Argentina – Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.

4. Filipina – Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.

5. Pakistan – Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!

Tuesday, October 30, 2012

6 Tip Menangani Anak Suka Memukul


 Anak-anak kecil di bawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama – Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua – Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga – Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat – Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima – Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam – Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.

7 Kebaikan Menangis Yang Tidak Kita Ketahui


Ada beberapa alasan manusia menangis:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha





Kami warga kerja Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran JBPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam samada yang berada di Malaysia dan seluruh dunia... Kita doakan saudara Islam kita yang sedang menunaikan ibadah haji di Makkah dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur... 



Monday, October 15, 2012

Synopsis of Aircraft Accident Analysis : Final Reports


Authors : James M. Walters, Robert L. Sumwalt
ISBN : 0-07-135149-3
Publisher : McGraw-Hill
Synopsis : Fascinating and factual accounts of the world’s most recentand compelling crashes
Industry insiders James Walters and Robert Sumwalt, trained aviation accident investigators and commercial airline pilots, offer expert analyses of notable and recent aircraft accidents in this eye-opening, lesson-filled case file. Culled from final reports issued by military and foreign government investigations, as well as additional research and resources, Aircraft Accident Analysis tells the final and full tales of doomed flights that stopped the world cold in their wake.

Technical accuracy and details, presented in layman’s language, help to clarify:
• Major accidents from commercial, military, and general aviation flights
• Pilot backgrounds and flight histories
• Chronology of events leading to each accident
• Description of aviation investigation process
• Insight into NTSB, military, and foreign government findings
• Resulting recommendations, requirements, and policy changes
• Preview summaries of accidents too recent for final reports are also highlighted.


Readable, authoritative, and complete, Aircraft Accident Analysis: Final Reports is at once an important reference tool and a riveting, what-went-wrong look at air safety for everyone who flies.

Featured final and preview reports include:
U.S. Air Force, U.S Commerce Secretary Ron Brown, Dubrovnik, Croatia
Jessica Dubroff, Cheyenne, Wyoming
Valujet Airlines 592, Everglades, Florida
American Airlines 955, Cali, Columbia
John Denver, Pacific Grove, California
Atlantic Southeast Airlines, Carrollton, Georgia
US Air 427, Pittsburgh, Pennsylvania
TWA 800, Long Island, New York
Delta Air Lines, LaGuardia Airport, New York
John F. Kennedy, Jr., Martha’s Vineyard, Massachusetts

 

Friday, October 12, 2012

Sipnosis Guide To Fire Protection In Malaysia



Author : Dato' Hamzah Bin Abu Bakar
ISBN : 983-808-095-0
Publisher : The Institution Of Fire Engineers
Synopsis : This book entails design concepts, standard and code, guidelines, charts, diagrams and illustations, system check list, testing and commissioning check lists which are very comprehensive for any fire safety engineering professionlas fire officers and industrial players.

Sipnosis Makan Gaji Tetapi Kaya



Pengarang : Shamsuddin Kadir
ISBN : 978-967-369-023-7
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sipnosis :  Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.

Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:
- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah

Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.

Thursday, October 11, 2012

Sipnosis Kapal Haji Dalam Kenangan

Penulis / Pengarang : Yahaya Awang
Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 
ISBN : 978-967-369-023-7
Sipnosis : Kisah ini menceritakan kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal laut. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri di samping beliau telah menemu bual beberapa orang yang pernah ke Makkah dengan kapal Ashun, Anking, Bunga Raya dan Kuala Lumpur. Jemaah haji yang belayar bersama penulis dengan kapal Kuala Lumpur awal tahun 1969 juga memberi insprasi kepada penulis. 

Di samping itu pengalaman arwah ayah penulis belayar ke Makkah dengan kapal yang menggunakan kuasa arang batu bersama datuknya kira-kira tahun 1900 dan pengalaman arwah ibu penulis yang dua kali belayar ke Tanah Suci juga memberi ilham kepada penulis untuk menulis buku ini. Kapal haji yang membawa kira-kira 1500 orang jemaah haji menjelma sebagai "kampung terapung" di Lautan Hindi. Masyarakat terapung yang datang dari seluruh pelusok Malaysia dengan dialet atau pelat bahasa yang berlainan tetapi niat dan hala tuju yang sama. Ada yang kaya, rama yang sederhana. Semua baik hati, peramah, periang dan suka menolong. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan di tengah-tengah lautan yang bergelora.

Buku ini diharapkan dapat menjadi bacaan kepada generasi muda dalam memahami budaya hidup masyarakat Malaysia sebelum ini.

Wednesday, October 10, 2012

MEMO MAKLUMAN

Kepada semua pengguna Perpustakaan Anjung Ilmu,

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem pinjaman buku perpustakaan telah kembali pulih seperti sediakala. Sistem webopac juga telah pulih seperti sediakala. Sekian, terima kasih.

Thursday, October 4, 2012

MEMO MAKLUMAN

Kepada semua kakitangan JBPM,

Sistem pinjaman perpustakaan tidak dapat dilaksanakan kerana server mengalami kerosakan dan sedang dibaikpulih. Kami akan maklumkan kepada anda sebaik sahaja server telah pulih. Segala kesulitan amat dikesali. 

Sekian, terima kasih.

Langkah-Langkah Penjimatan Elektrik Di Pejabat



  • Pastikan penggunaan alat hawa dingin, lampu, semua peralatan elektrik, mesin fotostat, komputer dan semua suis ditutup selepas waktu pejabat. Pengecualian diberikan untuk tempat-tempat tertentu bagi tujuan keselamatan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh peraturan.
  • Pemasangan lampu pada waktu malam di sekitar premis bangunan hendaklah diminimumkan tanpa menjejaskan keselamatan. Penilaian hendaklah dilakukan untuk mengetahui keperluan serta penjadualan pemasangan lampu.
  • Memastikan hawa dingin dan lampu di bilik mesyuarat, dewan/bengkel ditutup setelah gunapakai.
  • Setkan suhu penghawa dingin kepada suhu sekitar 24 darjah celsius hingga 26 darjah celsius (dalam keadaan biasa).
  • Pastikan semua pegawai dan kakitangan yang meninggalkan bilik kerana urusan mesyuarat dan urusan lain menutup lampu bilik masing-masing.
  • Menyelenggara alat penghawa dingin secara berjadual agar ianya berfungsi secara optimum dan tidak membazir elektrik.
  • Semua ketua jabatan hendaklah mengumumkan langkah-langkah penjimatan yang akan dan telah diambil kepada anggota masing-masing.

Wednesday, October 3, 2012

BULAN ZULHIJJAH : Menghayati Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Satu peristiwa penting bulan Zulhijjah yang sering kita terlupa ialah bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat terakhir kepada umat Islam. Khutbah terakhir ini disampaikan baginda pada 9 Zulhijjah Tahun Ke 10 Hijrah Di Lembah Uranah,Arafah. Justeru, marilah kita renungi khutbah tersebut yang merupakan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.
 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

             Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

             Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.

             Wahai mausia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, beremah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

             Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.

             Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

             Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu".    

 Disediakan oleh
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.

Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.

Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

- Artikel iLuvislam.com

Adab Menuntut Ilmu

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu
01.Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
 
Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

- Artikel iLuvislam.com

Tuesday, October 2, 2012

Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
"Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami," kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

"Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita," kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

"Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka," tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
"Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu," Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

"Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami," balas Yasir dengan tenang.

"Saya beriman dengan Allah sahaja," kata Sumayyah pula.
"Berani kamu melawan kata-kata saya," api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


"Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu," Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

"Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini," sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
"Tiada tuhan melainkan Allah," kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.



"Letakkan batu besar ke atas badan Yasir," arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.


Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

"Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!" Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

"Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,". Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

"Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!" Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

"Allahu Akbar". Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.


- Artikel iluvislam.com

8 Tips Mengelakkan Penangguhan


Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.

Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

- Artikel iluvislam.com

Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden


Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.

Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.

Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

Fakta

Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.

Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.

Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata.

Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.

Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.

Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan.
Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.

Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan.

Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.

Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri.
Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
01.Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

02.Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.

Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
01.Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

02.Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.
Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'.

Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental.

Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum.

Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.

Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat.

Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental.

Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.
Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.

-Dipetik dari artikel iluvislam.com

Gangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia

Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa 10 minit?

Jika YA, teruskan...
Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?

Jika YA, teruskan...
Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?

Jika YA, teruskan ...
Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :
Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?

Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?
Adakah anda gementar atau bergetar?
Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?
Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?
Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?
Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?
Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?
Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?
Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?
Adakah anda berasa akan mati?
Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?
Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?

Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA?
Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!

Baiklah, teruskan lagi ...

Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan terhadap kejadian satu serangan lagi?

Jika YA...
Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!

* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia

Agorafobia (Agoraphobia)
Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur, apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau kereta?

Jika YA, teruskan...
Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk menghadapi keadaan itu?
Jika YA...
 
Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !


- Artikel iluvislam.com

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi


Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.
Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi.  Mari kita amalkan 5S ini :

Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.

- Artikel iluvislam.com
Sumber Grafik : Koleksi iluvislam.com

Monday, October 1, 2012

Mentaliti Bersenam Dikalangan Orang Malaysia

Agak sukar seseorang itu hendak memulakan satu-satu senaman, tambahan jika individu tersebut sememangnya jarang bersenam, bersenam sebulan sekali, dan yang paling teruk, tidak pernah bersenam langsung sepanjang tahun tersebut. Ada yang menjadikan alasan tak masuk akal seperti “kurang fit”, tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada alternatif, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu MALAS BERSENAM.

Bersenam bukan bermaksud anda melakukannya untuk kurus, atau bila dah naik berat badan, baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Tetapi tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik semestinya mensasarkan 5 pecahan berikut, iaitu

1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
2. Daya tahan otot (stamina)
3. Kekuatan otot (strength)
4. Komposisi badan
5. Kelenturan


Namun disebabkan senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti lain, disamping sesetengah daripadanya mampu meningkatkan kadar metabolisma jika dilakukan dengan betul, maka dengan itu ia merupakan “alat” yang berkesan dalam menurunkan berat badan! Konsep seperti ini harus difahami semua. Bersenam untuk kesihatan dahulu, kemudian barulah kepada kesan sampingannya, iaitu penurunan berat badan.

Tidak perlu hurai terlalu jauh, mari kita tinjau faktor utama dan terpenting di antara kelima-lima komponen tadi. Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar/utama manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Manusia mungkin boleh hidup jika ketiadaan otot tertentu, tetapi tanpa jantung, manusia itu mati.

Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan, supaya otot-otot dan organ-organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin kita, jantung adalah penentu sejauh mana badan kita lancar berfungsi, dan semua fenomena ini berkait rapat dengan Metabolisma – sehebat mana badan kita bekerja, sehebat itu jugalah kadar metabolisma kita. Anggap sahaja senaman merupakan salah satu cara untuk kita servis enjin, yakni jantung kita. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana pula dengan prestasi kereta tersebut?

Di samping itu, senaman yang memberikan fokus kepada daya tahan otot dan kekuatan otot (senaman pemberat atau weight training) juga mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya) dan ini penting kerana jumlah otot yang banyak bermaksud anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dan kebarangkalian untuk berjaya mengekalkan berat badan adalah tinggi. Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan sahaja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin berkumpul, dan 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot (membawa kepada rendah kadar metabolisma).

Oleh yang demikian, janganlah ditunggu lagi. Tidak perlu tunggu sehingga berat badan mencanak naik baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Keadaan akan menjadi lebih sukar jika tahap kesihatan jatuh teruk sehinggakan pada saat itu hendak bersenam pun tak dibenarkan oleh doktor. Kes paling mudah adalah arthritis, yang mana mudah dihidapi mereka yang mengalami obesiti untuk satu jangkamasa yang panjang. Ingatlah, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom kita bersenam?

Tahukah anda: Kebanyakkan selebriti yang mengekalkan wajah “awet muda” seperti Naseer Wahab menjadikan senaman sebagai rutin harian? Benar, senaman melambatkan proses penuaan!

- Artikel iluvislam.com

Sumber artikel dipetik dari Kevin Zahri

10 Tip Motivasi dalam Diet



Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
  1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
    Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.
     
  2. Pelaburan untuk kesihatan (gym)
    Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.
     
  3. Secret admirer
    Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
     
  4. Baju-baju idaman
    Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
     
  5. Model-model
    Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
  6. …one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…
  7. Kawan baru
    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
     
  8. Pencapaian anda sendiri
    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
     
  9. Bayangan masa hadapan
    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
     
  10. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
     
  11. Berasa semakin sihat
    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
- Artikel iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...