Monday, February 25, 2013

6 Rahsia Besar Gajet Perlu Anda Tahu

detektif gajet
Gajet anda mampu melakukan lebih daripada apa yang anda bayangkan. Sama ada anda seorang yang gila gajet, tech-junkie atau sekadar pengguna tahap satu, anda boleh meneroka rahsia gajet untuk mendapatkan lebih daripada apa yang diceritakan. Jangan terlalu percaya dengan kisah seram yang menyatakan susah untuk berbuat apa-apa dengan gajet lebih daripada apa yang ditawarkan.

Kreativiti, yakin dan bertujuan. Anda pasti akan menemui idea kreatif yang boleh dibuat dengannya. iPhone 5, Galaxy Note II atau tablet, begini caranya untuk memecah potensi gajet anda!

Sewaktu kita mula-mula diperkenalkan dengan tablet, soalan pertama yang bermain di minda, “Apa aku nak buat dengan benda ini?” Meski mendiang Steve Jobs atau pengeluar tablet lain tidak pernah pasti apa yang boleh dilakukan dengan tablet, kerana terlalu banyak yang boleh difikirkan dengan adanya teknologi. Kita membongkar 6 rahsia besar tablet yang sebelum ini mungkin tidak diketahui.

1.Pejabat Bergerak
Ini rahsia utama gajet yang anda ada, tetapi mungkin tidak menggunakan potensi ini sepenuhnya. Tablet boleh menggantikan keperluan laptop dan menjadikan ia pejabat bergerak yang berguna. Meskipun ada beberapa tugas kerja yang memerlukan saya berhubung dengan komputer, namun boleh dikatakan 80 peratus tugas kini dilakukan menggunakan tablet, terutama apabila tidak berada di pejabat.

Ramai orang sudah mengetahui perkara ini, tetapi keliru untuk memulakan dan mencari aplikasi yang sesuai bagi melakukan tugas-tugas penting kerja yang dibawa pulang ke rumah. Ada juga yang membeli tablet kerana diberitahu bahawa ia boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja ofis, tetapi akhirnya menjual semula tablet kerana merasakan ia tidak banyak berfungsi. Cara yang disediakan ini bukan sahaja untuk mereka yang bekerja, malah bagi pelajar yang kini sebilangan besarnya memiliki tablet juga boleh memanfaatkan cara di bilik kuliah.

Kunci utama untuk perkara ini dicapai ialah menerusi sut aplikasi pejabat. Terdapat banyak aplikasi pejabat yang membolehkan anda meningkatkan produktiviti kerja tanpa sekatan masa dan tempat. Bagi pengguna iPad misalnya, aplikasi Notes yang disediakan dalam OS boleh digunakan untuk menaip dokumen. Anda kemudian boleh e-mel nota berkenaan untuk dibuka di pejabat atau di peranti lain. Namun cara ini kurang efisien. Anda masih memerlukan sut aplikasi pejabat fungsi penuh bagi menyunting beberapa bahagian dalam dokumen dan tidak sesuai untuk mereka ingin menyediakan kertas kerja pada masa terdesak.

Jadi, ini cara lebih baik melakukannya dan apa yang diperlukan untuk membongkar rahsia tablet sebagai pejabat bergerak:

01. Muat turun aplikasi
Ini perkara pertama anda perlu lakukan, muat turun aplikasi. Bagi pengguna iPad, anda boleh dapatkan aplikasi seperti Quickoffice HD, Pages dan Keynote serta aplikasi lain di App Store. Bagi pengguna Android pula, sut aplikasi pejabat boleh didapatkan di Play Store atau Market.
 
02. Dokumen
Pejabat bergerak anda tidak akan beroperasi jika anda tidak mempunyai aplikasi atau program yang sesuai untuknya. Jika di pejabat anda menggunakan Microsoft Office Word, ini pula dua alternatif aplikasi tablet yang akan membuatkan anda rasa tidak memerlukan laptop lagi.

Quickoffice Pro HD
Sut produktiviti pejabat kegemaran saya yang serasi iOS dan Android. Mungkin ia kekurangan beberapa fungsi jika hendak dibandingkan dengan sut program Microsoft Office yang sering anda gunakan di komputer, namun QuickOffice HD sudah cukup untuk saya menyelesaikan tugas kerja, menyiapkan tesis, menaip skrip dan banyak lagi. Malah artikel ini juga ditaip menggunakan program Document 2007-2010 di iPad menerusi Quickoffice HD.

Aplikasi berharga $19.99 ini membenarkan anda melakukan beberapa suntingan mudah dokumen seperti menukar font, menyusun perenggan, menukar warna dan menetapkan format teks seperti Bold, Italik dan Garis. Fungsi cetakan dan Save to PDF sangat berguna dan boleh dilakukan terus dari tablet dengan pantas.

Pages
Aplikasi dokumen khas untuk iPad ini adalah jauh lebih baik, cuma bezanya ia dijual secara berasingan berbanding Quickoffice yang menawarkan program dokumen, spreadsheet dan presentation dalam satu sut aplikasi yang sama. Pages boleh dikatakan aplikasi lengkap untuk dokumen anda pada harga $9.99. Ia menyediakan pembaris (ruler) untuk anda menetapkan margin dokumen, lebih banyak formating boleh dibuat pada teks seperti menukar style teks, memasukan bullet dan numbering serta mengubah layout teks kepada dua kolum atau lebih. Jika bertanyakan pada saya, ini aplikasi yang patut anda dapatkan bagi produktiviti di iPad.

Kita juga boleh masukkan gambar, jadual, carta dan bentuk ke dalam dokumen, malah templat dokumen juga disediakan bagi mereka yang tidak tahu hendak mula di mana, sama seperti program Microsoft Office yang kita ada. Anda boleh betulkan saiz gambar berkenaan, susun mengikut keperluan, memasukkan carta dan jadual dalam kertas kerja, apa sahaja yang boleh menjadikan dokumen anda lebih mantap. Dalam Document Setup, anda boleh masukkan Header dan Footer pada, sekali gus membolehkan anda menghantar dokumen tanpa perlu menyuntingnya di laptop atau komputer lagi.

03. Penayang Dokumen
Kadangkala anda tidak melakukan kerja di tablet tetapi perlu untuk membaca atau menyemak dokumen. Menerusi aplikasi pejabat seperti yang disyorkan di atas, anda tidak perlu bergegas masuk ke pejabat tetapi boleh melakukan semakan di mana sahaja anda berada.

04. Papan Kekunci
Potensi tablet anda sebagai pejabat bergerak juga lebih baik jika anda memiliki papan kekunci Bluetooth. Semua tablet mempunyai fungsi papan kekunci terbina, namun menggunakan papan kekunci Bluetooth, anda lebih selesa menaip dan sekali gus menukar tablet anda menjadi sebuah netbook berkuasa. Banyak papan kekunci yang berharga RM200 ke bawah di pasaran daripada jenama Apple, Logitech, ZaggKeys Flex. Terima kasih kepada teknologi Bluetooth, ia juga boleh digunakan untuk peranti lain seperti Smartphone. Tidak rugi jika anda ada satu.

05. Storan
Kerja-kerja yang anda lakukan di tablet kadangkala perlu dihantar, dikongsi, dibuka di pejabat. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah secara e-mel. Namun ada juga alternatif lain seperti Dropbox yang membenarkan anda membuka dan berkongsi dokumen secara seret dan lepas. Anda boleh pasang klien ini di desktop komputer pejabat, muat turun aplikasi ke tablet dan kemudian boleh melihat dan bekerja dengan dokumen anda terus di kedua-dua platform. Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan Dropbox di komputer, hanya taipkan sahaja di Google.

Tablet anda juga boleh dijadikan storan gambar. Gambar projek bangunan, peralatan atau apa sahaja yang mungkin akan digunakan nanti boleh dimuatkan ke tablet dengan penyambung khas. Rahsia ini pernah diberitahu sebelum ini, jadi tidaklah begitu rahsia lagi. Namun begitu belum ramai yang memanfaatkannya. Menerusi Camera Connection Kit untuk iPad, anda boleh menukarkan tablet kepada storan foto berkuasa. Ia sungguh mudah tanpa perlu memasang apa-apa aplikasi lain. Pengguna Galaxy Tab juga boleh melakukan yang sama menggunakan Galaxy Tab USB&SD Connection Kit. Ada juga alternatif aplikasi pihak ketiga yang boleh digunakan untuk mengurus fail, namun kebanyakannya secara hack, jadi kami tidak begitu mengesyorkannya.

06. Aksesori
Bagi melengkapkan lagi konsep pejabat bergerak dan pernah kami siarkan dalam Majalah PC isu lepas, beberapa gajet lain diperlukan. Antaranya Seagate Backup Plus (RM289), pencetak Brother PocketJet A4 (RM1,099) dan pengimbas Magicscan Portable. Gabungan aksesori ini bersama tablet akan membolehkan anda memiliki pejabat bergerak tanpa kos tinggi. Bagi kami inilah rahsia terhebat gajet anda!

2. Robot Perjumpaan Semula!
Mungkin ada yang memikirkan, apakah kaitan antara tablet dengan perjumpaan semula atau gathering? Ia segala-galanya.

Menerusi aplikasi seperti Evite (percuma), Greetinvite ($1.99) atau aplikasi sosial yang biasa anda guna dan kami pasti anda ada Facebbok dan Twitter, anda boleh menghantar undangan kepada rakan tentang majlis perjumpaan yang akan diadakan. Mereka akan memaklumkan pengesahan kehadiran dan anda boleh sediakan senarai aktiviti yang akan dilakukan di Simplenote atau Reminder. Sewaktu majlis, rakam gambar menggunakan kamera pada tablet anda dan cetak terus kepada pencetak WiFi seperti Canon SELPHY CP900 untuk dibuat kenang-kenangan.

Berkongsi gambar terus ke tablet rakan lain menerusi penyambung kamera dan kemudian menayang suasana majlis perjumpaan dalam masa sebenar ke skrin besar menerusi penyambung VGA. Duduk bersembang sambil melihat gambar-gambar keluarga, gambar majlis dan mungkin gambar kenangan lama yang membuatkan anda tertawa secara persembahan slaid (slideshow) di tablet. Atau panggil pelukis karikatur untuk melukis gambar tetamu dan dicetak menggunakan pencetak mudah alih. Jadikan tablet sebagai robot yang akan melakukan tugas-tugas anda, perancang majlis, pengerat hubungan dan penyimpan kenangan. Fikirkan sesuatu yang besar dan unik!

3. Pemula Bisnes
Perkara baik boleh berlaku meskipun dengan hanya sebuah tablet. Tidak percaya? Cuba anda fikirkan kemampuan yang boleh dicapai oleh gajet anda termasuk tablet. Anda boleh memanipulasi alat ini untuk menjadi alat pemula bisnes dan penyedut wang. Mungkin anda kurang percaya, tetapi saya telah mencubanya. Saya sediakan sebuah tablet (iPad), muat turun aplikasi Papers daripada fifhtytree, sebatang stilus dan mengajak seorang rakan yang juga kartunis melukis di satu majlis tertutup yang diadakan baru-baru ini. Rakan saya melukis gambar karikatur tetamu yang hadir dan dia sememangnya mempunyai bakat. Kemudian kami cetak lukisan tersebut untuk diberikan kepada tetamu berkenaan yang dijual pada harga RM15. Hasilnya keseluruhannya, lumayan.

Ini mungkin idea yang sangat biasa, tetapi sekadar ingin menunjukkan bahawa banyak yang boleh anda lakukan dengan tablet, bukan sekadar melaburkan wang beribu ringgit membelinya. Anda boleh mendapat modal semula dengan cara berkreatif sedikit. Anda juga tidak perlu lagi membawa laptop yang berat semasa pembentangan. Ia boleh dilakukan menerusi tablet dan dipancarkan terus ke projektor menerusi kabel sambungan. Anda boleh berbincang dengan rakan bisnes di luar negara tanpa perlu membeli peralatan persidangan video yang mahal-mahal.

Malah dengan adanya teknologi seperti US-focused Square yang membolehkan bayaran selamat dilakukan menerusi alat seret kad kredit khas untuk iPad; PayWizard retail yang menggunakan sistem ‘bump’ NFC dan PayEverywhere yang boleh menguruskan resit dan pangkalan data pelanggan; serta Enders POS for Android yang membenarkan imbasan kod bar, memungkinkan kita membuka kedai talian sendiri, dan alatnya hanya tablet. Pelanggan boleh melihat barangan yang kita jual, dan membuat bayaran dengan seret sahaja kad menerusi alat khas iPad, seperti berjualan langsung. Sama ada tablet untuk pemula bisnes atau pengurus bisnes, ia boleh melakukannya. Bukan rahsia lagi.

4. Suara kepada yang tiada
E-mel, persidangan video dan Internet, tablet merupakan alat komunikasi yang baik dan praktikal, meskipun untuk mereka yang tidak boleh bercakap. Menerusi aplikasi Speak for Yourself, kanak-kanak autistik dan pengguna bisu boleh memanfaatkan tablet untuk bercakap bagi pihak mereka. Aplikasi itu memaparkan skrin yang mempunyai beberapa gambar simbol, yang apabila disusun boleh digunakan untuk menyampaikan ayat yang ingin diberitahu. Sayangnya aplikasi ini telah ditarik balik daripada App Store berikutan masalah paten.

Tetapi bayangkan apa yang boleh kita lakukan menerusi tablet. Gajet ini sudah pun banyak digunakan dalam industri kesihatan dan perkembangan dalam bidang seperti aplikasi Speak for Yourself tentu akan membuka inovasi baru buat tablet. Sebuah alat komunikasi hebat untuk setiap golongan manusia.

5. E Segalanya
Melihat kemampuan tablet sebagai pejabat bergerak membuatkan minda kita terus berkreatif dan memikirkan apa yang boleh dilakukan pada tablet selain daripada apa yang biasa kita lakukan. Cubalah e-Profail. Sebenarnya saya telah mencubanya beberapa kali. Saya hasilkan profail peribadi menerusi Pages, lengkap dengan keterangan diri, gambar dan beberapa elemen lain untuk menjadikan profail lebih menarik. Profil itu kemudiannya dieksport sebagai format PDF. Tidak perlu lagi membawa profail bercetak (melainkan diperlukan) untuk menghadiri sebarang temubual atau temuduga. Gunakan tablet sebagai e-kertas yang menayangkan e-profail anda.

Selain itu fungsi lazim tablet adalah membaca e-book. Tetapi rahsia besarnya pula ialah anda boleh menghasilkan sebuah menerusinya. Gunakan kemahiran dan bakat anda untuk menulis tentang sesuatu. Kemudian terbitkan ia menerusi tablet sama ada dengan sokongan aplikasi pihak ketiga yang menukar dokumen kepada PDF atau gunakan sahaja alternatif aplikasi pejabat yang dinyatakan tadi. Beberapa rahsia besar di atas, jika digabungkan dengan idea ini pasti akan membawakan hasil yang lumayan. Saya dengar ramai yang bercita-cita menghasilkan e-book sendiri. Jadi jangan lagi dengar dan fikir, jom terus buat!

6. Tablet Sebenarnya Komputer
Siapa yang saya hendak tipu, tablet sememangnya sebuah komputer, bukan samaran lagi. Tetapi bagi mereka yang ingin dapatkan mood bekerja dengan tablet sama seperti sebuah komputer, mungkin boleh lakukan beberapa pengubahsuaian pada desktop seperti menukar tema, icon dan sebagainya. Kemunculan Surface akan mengatasi hal ini bagi mereka yang tidak biasa dengan rekaan antara muka tablet. Jika anda ingin bekerja dengan rasa seperti sebuah komputer desktop, tukar ia. Tetapi ini rahsia besar tablet yang tidak seharusnya anda beritahu pada komputer :)

Friday, February 22, 2013

Didik Keluarga Tentang Istiqamah


rehlah

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun masih ramai yang belum jelas tentang maksud sebenar istiqamah.

Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika anda kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti anda akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.


Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa anda sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan anda dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.


Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya anda sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, anda perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar anda menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, anda tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.


Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang anda cakapkan, jangan berputus asa.


Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.


5 Elemen Utama Istiqamah :
1. Berpegang kepada akidah yang benar.
2. Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
3. Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
4. Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.


Cara Untuk Meraih Istiqamah :
º Kesedaran dan kefahaman yang benar
º Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
º Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
º Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
º Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
º Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
º Bergaul dengan orang yang istiqamah.
º Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
º Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
º Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
º Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Islam.

Anakku, Jagalah Aurat Mu

pix
Setiap kali melihat kanak-kanak kecil bertudung, tentunya anda rasa sungguh kagum. Walaupun masih samar tentang kenapa perlu bertudung, mereka tetap memenuhi tuntutan agama Islam yang satu ini. Mereka memang hebat. Mudah-mudahan mereka bukan sekadar bertudung malah menutup aurat mengikut kehendak agama yang dianuti.

Diakui ada segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak kecilnya bertudung kerana ingin memberikan peluang padanya berpakaian seperti ‘minah salleh’ atau ‘minah Korea’. Katanya, biar anaknya puas menggayakan pelbagai fesyen terkini. Nanti, bila tiba waktunya, barulah bertudung.

Pada masa yang sama, ibu tersebut juga bimbang jika anaknya bertudung terlalu awal, usia tudung lekat di kepala mereka tidak lama. Apabila sudah menginjak remaja, mereka pasti akan membuang tudung dan mula menyarungkan busana-busana yang menjadi trend remaja ketika itu kerana semasa kecil tidak merasa.   

Mungkin ada kebenaran di sebalik kata-kata tersebut. Lagi pun, anak kecil tidak wajib menutup aurat. Nanti apabila sudah bergelar anak dara barulah ditutup apa yang dimestikan. Tapi, bukankah pepatah Melayu ada menyebut, jika ingin melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Sekiranya anak telah dibiasakan menutup aurat sejak kecil, tentu tidak akan ada masalah untuk mereka meneruskannya setelah baligh nanti. Cuba bayangkan jika anak yang sejak kecil sudah dibiasakan hanya memakai singlet atau baju T tanpa lengan dan berseluar pendek atau berskirt mini disuruh berbaju lengan panjang, berseluar panjang dan bertudung. Saya pasti mereka akan merengek kepanasan. Jadi, saya berpendapat tidak salah malah patut kita sebagai ibu bapa mendidik anak menutup auratnya sejak kecil agar mereka dapat membiasakan diri dengan amalan wajib itu.

Ini tidaklah bermakna kita kena memaksa anak kecik bertudung sepanjang masa. Kita sediakan tudung dan galakkan mereka memakainya tetapi jika dia rasa tidak selesa memakainya dalam tempoh yang lama, biarkan mereka membukanya. Pada masa yang sama, beritahu anak mengapa Islam menyuruh hambanya menutup aurat. Hasilnya, anak akan lebih faham dan bukan hanya mengikut sahaja tanpa sebab yang nyata. Jika cara ini kita amalkan, insya-Allah, anak kecil kita akan kekal bertudung hingga ke hujung nyawa.

Sebenarnya, penekanan tentang bab menutup aurat ini bukan hanya kepada anak-anak perempuan tetapi juga anak-anak lelaki. Orang lelaki pun ada batasan auratnya. Batasan aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Ini bermaksud mereka mesti menutup keseluruhan kawasan tersebut setiap masa kecuali pada waktu-waktu tertentu. Walaupun begitu, tidak salah jika kita biasa-biasakan mereka berseluar panjang agar lebih sopan dan sedap mata memandang.

Semoga usaha kita yang sedikit ini mampu membentuk generasi Islam masa hadapan yang lebih mantap dan berada di landasan yang benar.

INFO 
Dalil Al-Quran tentang kepentingan menutup aurat.
1. “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)” Surah Al-A’raaf : Ayat 26)
2. “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : Ayat 59 

Allah SWT Maha Bijaksana

pix
“Ibu, dalam Asmaul Husna ada kata Allah SWT Al Hakim. Maknanya Maha Bijaksana. Betul ke Allah Maha Bijaksana? Apa yang Allah dah buat? Adik tak nampak pun.

Memang ada ketikanya soalan-soalan yang anak-anak kita utarakan mencabar minda. Secara umumnya, kita semua pasti faham apa yang anak-anak ini maksudkan dan boleh menjawabnya. Tetapi, bagaimanakah cara terbaik untuk menjawab soalan-soalan itu agar mereka boleh faham dan tidak perlu tanya berulang kali.

Misalnya soalan di atas tadi. Menerangkan tentang sesuatu yang benda yang kita semua tidak nampak memang sukar. Apatah lagi apabila soalan tersebut ada kaitannya dengan agama. Jawapan yang diberikan mesti tepat dan tidak boleh direka sesedap rasa. Untuk itu, kita sendiri sebagai ibu bapa mestilah berilmu.

Bagi persoalan tadi, anda boleh memberitahu anak bahawa semua yang ada di dunia ini Allah SWT yang cipta. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bulan, bintang, matahari, malah bumi sendiri Allah SWT yang buat. Hebat bukan? Hanya yang bijaksana sahaja boleh mencipta.
 
Supaya anak lebih jelas, gunakan contoh yang dekat dengan kita. Misalnya tubuh badan sendiri. Ajak anak melihat anggota tubuh mereka sendiri. Beritahu mereka bahawa setiap yang ada pada tubuh kita Allah SWT telah cipta dengan begitu sempurna. Kaki kita contohnya. Pada kaki ada lutut. Lutut membolehkan kita membengkokkan kaki supaya kita dapat berjalan. Bayangkan jika kita tidak ada lutut, bagaimanakah caranya kita hendak berjalan? Anak-anak tentu boleh faham dan menerima jawapan yang anda berikan ini tanpa mempertikaikannya kerana penerangan anda begitu jelas dan dia sendiri dapat membayangkan kesukaran dia berjalan jika tidak ada lutut.

Satu lagi contoh Allah SWT Maha Bijaksana ialah tentang ikan. Walaupun ikan tinggal di laut, isinya tetap sedap dimakan dan tidak masin seperti air laut. Begitu juga dengan buah durian, Allah SWT menciptakan kulit yang berduri untuk menjaga isinya yang lembut dan enak.   

Kesimpulannya, selain daripada perlu berilmu, ibu bapa mestilah kreatif ketika menjawab setiap soalan anak dan gunakan contoh yang dekat dengan mereka. Barulah mereka faham dan berpuas hati dengan jawapan anda.

Thursday, February 21, 2013

Waktu Makan Yang Tepat


pix
Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting.

Sarapan pagi
  • Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil.
  • Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan yang lebih baik.
Cadangan hidangan:
  • Bijirin sarapan pagi
  • Telur hancur bersama roti bakar
  • Apam kukus / balik
  • Pau kacang / daging
  • Nasi goreng dengan telur
  • Thosai dengan telur
*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi.

Makan tengah hari / Makan malam
  • Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan hidangan:
  • Nasi goreng
  • Pai ayam
  • Makaroni dengan keju
  • Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran
  • Sandwic daging dan sayur-sayuran
Hidangan mesra kanak-kanak
  • Kurma ayam
  • Ikan masak pindang
  • Nasi ayam dengan salad
  • Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran.
  • Tofu / kentang masak masam manis
(Sumber : Buku Memupuk Gaya Pemakanan Sihat: Makan Secara Sihat untuk Tumbesar Optimum sempena Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 ) 

10 Tip Keselamatan WiFi Hotspot

Mahir IT
Gunakan Antivirus

1. Matikan penyesuai WiFi anda
Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda sedari.      

2. Pastikan firewall aktif
Firewallmembantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3.Gunakan Virtual Private Network (VPN)
Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.
Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.

4. Sulitkan data
Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5. Gunakan HTTPS dan SSL
Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://.

6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak
Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.

 7. Pemantauan pintu akses
Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8. Privasi folder anda
Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.
*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings - Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.

9. OS dan aplikasi ‘up to date’.
Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

10. Gunakan Antivirus
Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuk

21 Cara ‘Power’ kan PC

Mahir IT
Anda perlu lebih kenal dengan PC anda (Gambar Hiasan)

Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?

1.       Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda. 2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.

2.       Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan mengumpul maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus.

3.       Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’ daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan kerana kekurangan RAM.

4.       Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik.

5.       Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti.

6.       Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop ‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.

7.       Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.

8.       Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi sistem boots dan perintah lain.

9.       Melumpuhkan Wireless Internet dan Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk menjimatkan sumber.

10.   Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan perlahan.  Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan prestasi, gunakan Windows Defender.

11.   Bersihkan paparan desktop
Kadang kala sikap terburu-buru membawa padah. Tidak perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan, fail atau dokumen yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban. Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan desktop. Anda akan melihat peningkatan dalam prestasi.

12.   Laraskan pilihan pengindeksan
Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda boleh mencari dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.

13.   Mengesan dan membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda, ada alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi dengan boleh menyemak integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
 
14.   Kosongkan Recyle Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia secara automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak bermanfaat lagi.

15.   Belajar tentang ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista, anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda. Satu konsep baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia membolehkan anda menggunakan pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah memori tambahan.

16.   Buang bunyi kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi ‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih stabil dengan prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ‘hang’ kurang.

17.   Matikan Indeks Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer. Ia membantu anda untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail anda, anda boleh melumpuhkan sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.

18.   Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka panjang, Desktop anda akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan positif.

19.   Nyahpasang program tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang dipasang, anda mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya. Jika anda pasti tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang pemacu keras dan sumber.

20.   Kosongkan Prefetch cache
Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat turun program, Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam mana yang tidak perlu. Cache akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar-benar perlu. Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi PC.

21.   Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan. Apabila berkeinginan untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas yang memberikan resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.  

Wednesday, February 20, 2013

Pupuk Bahagia Walau Berjauhan

pix Tentu ramai yang pernah mendengar istilah ‘PJJ’ iaitu singkatan bagi perkahwinan jarak jauh. Malah mungkin ramai di kalangan kita sedang melalui fasa tersebut. Inilah salah satu cabaran alam rumah tangga.

Bagi anda yang pernah melalui fasa PJJ ini, mungkin istilah ini tidak pelik namun bagi yang tidak pernah mengalaminya, mungkin akan terasa sedikit janggal dan lucu. Istilah lain iaitu weekend wife atau weekend husband tidak dinafikan sedikit sebanyak menguji emosi pasangan seterusnya mampu menggegarkan rumah tangga anda ia tidak mampu dikendalikan dengan baik. Namun demi tugas atau pelajaran, pasangan terlibat terpaksa akur dan mengharapkan akan ada pengakhiran buat mereka.

Jarak yang jauh dengan adalah satu cabaran kerana masa untuk bertemu dan melunaskan pelbagai tanggungjawab adalah amat terhad. Ya, bukan mudah untuk menghadapi situasi ini. Kedua-dua pihak perlu berkorban dan bertolak ansur. Biasanya jika berjauhan, anak-anak akan bersama si ibu. Dengan kata lain, si ibu harus kental berdikari menguruskan perihal anak-anak termasuk sakit demam.

Masih teringat kisah seorang teman yang sanggup berkorban jiwa raganya demi suami tercinta yang menyambung pelajaran di luar negara setelah beranak tiga! Beban rindu sukar diungkap dengan kata-kata, namun dia mengakui teknologi komunikasi moden kini banyak membantunya tidak terasa begitu jauh dengan suaminya.

“Mujurlah saya tinggal dengan mak ayah kak. Kalau tak saya sendiri tak pasti apa akan berlaku pada saya dan anak-anak. Inilah pengorbanan saya paling besar untuk masa depan rumah tangga kami”, Ujar Anne.

Cari jalan bahagia
Ingatlah kebahagiaan perkahwinan tidak terletak pada kesempurnaan semata-mata tetapi terletak pada hati yang sentiasa reda dan positif melalui kehidupan ini. Usah fokus kepada masalah-masalah yang timbul tetapi carilah jalan bagaimana untuk mencipta bahagia sedangkan diri dan pasangan terpisah jauh beribu-ribu batu. Moga tip yang dipaparkan akan memberikan panduan dan kebahagiaan kepada pasangan yang melayari bahtera pernikahan secara jarak jauh.

Terima kenyataan dan komited
Terima kenyataan bahawa anda memiliki pasangan yang berada jauh. Set kan pada minda bahawa anda perlu melalui kehidupan tanpa si dia berada di sisi sepanjang masa. Hanya dengan menerima kenyataan ini anda akan menjadi kuat untuk menempuh cabaran kehidupan berumah tangga jarak jauh ini terutama sekali  ketika melalui saat-saat genting. Jangan sesekali membanding-bandingkan rumah tangga anda dengan perkahwinan orang lain yang tinggal sebumbung kerana halnya tidak akan sama. Sentiasalah bersikap positif dan bersabar. Jika anda mempunyai anak dan ia tinggal bersama anda, terangkan kepadanya kenapa ayah atau ibunya tidak selalu bersama seperti keluarga orang lain.
Jaga kehormatan diri
Apabila pasangan tiada di sisi, jangan pula kita berlagak bujang dan bebas bergaul dengan insan bukan muhrim. Ingatlah anda adalah suami atau isteri orang yang wajib menjaga kehormatan diri. Benar anda mungkin sepi dan rasa sunyi. Oleh sebab itu, semasa ketiadaan suami atau isteri, cuba penuhi masa anda yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti menumpukan perhatian kepada anak, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengambil kursus secara sambilan atau melakukan kerja sambilan. Usah membuka ruang pada diri anda untuk terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti pergaulan bebas dengan bukan muhrim.

Kerapkan berhubung
Hubungi pasangan anda dengan kerap. Anda pasti rindu padanya dan luahkan cinta anda menerusi panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, e-mel atau saluran media sosial seperti Facebook. Teknologi terkini seperti Skype dan panggilan video membolehkan anda boleh berkomunikasi dengan pasangan anda dengan lebih mudah dan berkesan. Sekiranya ada hal mengenai anak atau keluarga, segera maklumkan kepadanya kerana hal ini akan menyebabkan pasangan anda berasa dekat, diperlukan, sebahagian daripada keluarga dan disayangi anda.

Maksimumkan masa bertemu
Berusahalah memaksimumkan tempoh pertemuan anda dan pasangan. Rancang dan wujudkan jadual sepanjang tahun dan tentukan tarikh anda boleh bersamanya. Adalah lebih baik jika pertemuan boleh dilakukan ketika cuti hujung minggu dan ketika anda bercuti peristiwa atau public holiday. Anda juga boleh merancang agar pasangan dan anda bergilir-gilir untuk pergi ke lokasi tempat tinggal masing-masing supaya lebih adil dan saksama. Selain itu gunakan masa bertemu sebaik mungkin untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan melakukan aktiviti berfaedah bersama.

Jujur dan setia pada pasangan
Bersikap jujur pada pasangan anda adalah kemestian dalam hubungan jarak jauh. Letakkan kejujuran ini pada sudut hati yang paling dalam. Justeru, murnikan hubungan anda dengan rasa  jujur dan setia nescaya pasangan anda juga akan berbuat demikian. Jangan sesekali menipu walau pun mengenai hal-hal yang kecil kerana si dia berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Tepis godaan dari luar yang mungkin akan mengeruhkan keadaan. Apabila kita komited, jujur, setia dan menghormati ijab kabul anda dan pasangan, tidak mustahil segala perkara negatif seperti perbuatan menduakan suami atau bermain kayu tiga dapat ditangkis.

Tunai tanggungjawab masing-masing
Anda dan pasangan anda perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami, isteri atau ibu dan bapa kepada anak-anak. Meski pun berada jauh, tanggungjawab dan kewajipan terhadap mereka tetap perlu dilunaskan. Sebagai contoh suami perlu menyediakan nafkah, perlindungan, tempat tinggal semampunya ia walau pun tidak duduk sebumbung. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya anda tidak mampu untuk menunaikannya kerana dengan kukuhnya sesebuah ikatan perkahwinan itu terletak pada persefahaman, saling bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Saling percaya
Berikanlah kepercayaan kepada pasangan anda saat anda berdua berjauhan. Suami atau isteri yang patuh pada agama sudah tentu akan sentiasa menjaga kesejahteraan rumah tangga. Yakinlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Oleh sebab itu, jagalah pekerti anda supaya suami juga melakukan hal yang sama.

Sentiasa menghargai  dan raikan pasangan
Hargailah pasangan anda dengan mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan anda berdua. Raikan juga saat-saat gembiranya seperti kenaikan pangkat, kejayaannya menurunkan berat badan  atau keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak. Kirimkan jambangan bunga atau hadiah sebagai tanda penghargaan anda. Apabila bertemu pula raikan ia dengan memasak makanan kegemarannya atau membawanya ke tempat yang disukainya. Wujudkan saat romantis anda dan dia berdua-duaan seperti keluar bersama atau dating yang pastinya akan menghangatkan ikatan kasih sayang yang terjalin.

Tulis surat cinta
 Selain itu, menulis surat cinta adalah idea lama yang boleh dipraktikkan kala berjauhan. Apa kata tulis surat cinta yang penuh kata-kata romantis dan kasih sayang untuk kepada suami atau isteri. Sebagai contoh anda dan suami terpisah selama sebulan maka tulislah 30 surat cinta yang berbeza isi kandungan buatnya dan suruhlah dia membuka satu surat setiap sehari supaya kasih antara anda berdua sentiasa membara dan segar setiap hari.

Tawakal dan berdoa
Di saat anda tidak berada di sisinya maka berdoalah kepada Allah SWT agar dipelihara keselamatan pasangan anda dan kesejahteraan rumah tangga yang terbina. Deria manusia amat terhad tetapi Allah SWT  Maha Mendengar dan Maha Melihat. Pohonlah pada Rabbul Izzati agar pasangan sentiasa jujur dan setia dalam melayari bahtera perkahwinan walau pun jarak yang jauh memisahkan. Pinta juga keredaan hati menempuh pelbagai dugaan agar anda sentiasa pasrah dalam mencari syurga rumah tangga.

(Sumber: Majalah Pa&Ma Mac 2013)

3 Variasi Penggayaan Pasu

ComelComel
 
Ringkas Berketrampilan
Ringkas Berketrampilan
 
Nyaman dan Segar
Nyaman dan Segar
 
1. Comel
Punyai tarikan tersendiri, tumbuhan hidrokultur Aglaonema Treubiií atau nama saintifiknya Aglaonema commutatum. Digandingkan bersama pasu telus pandang bersaiz kecil sebegini, hasilnya pasti tidak kaku, malah ruang tampil lebih berseri-seri. Dilengkapkan dengan baby jelly pada ruang pasu berbaki yang membantu penyerapan air, pasu kecil ini tampak comel dan menyerlah. Ia sesuai dijadikan pelengkap rak aksesori dan dijadikan hiasan tambahan di sudut tertentu.
 
2. Ringkas Berketerampilan
Pasu bersaiz sederhana dengan dominasi rona putih sebegini pastinya lebih menyerlah dengan pelengkap bunga rona merah terang. Spesies tumbuhan hidup ini dikenali sebagai kekwa atau nama santifiknya Gerbera jamesonii. Sesuai digayakan di meja konsol diruang tamu mahupun riasan tambahan pada meja makan.
 
3. Nyaman & Segar
Tanaman mahupun tumbuhan hijau sinonim dengan sifat pemilik yang teliti dan cintakan ketenangan. Tidak
hairanlah, ia dijadikan hiasan tambahan yang menjadi kemestian pada kediaman. Tidak terkecuali, spesies tanaman Alocasia White Vein atau Alocasia Reginula ini. Biarpun digandingkan dengan pasu biasa seumpama ini, ruang pasti tampak kekal menawan. Bertindak sebagai penyeri tambahan, ia sesuai diletakkan di ruang tamu mahupun meja makan.

5 Tip Bijak BlackBerry

gajet
Tip asas yang perlu dititik beratkan.
1. Bersihkan Event Log
BlackBerry anda akan menjejaki semua perkara secara mutlak dalam usaha untuk membantu prestasi melalui proses ‘debugging’ dan ‘troubleshooting’ yang digelar Event Log. Jika anda membersihkan secara berkala Event Log ini, ia akan dapat membantu masalah prestasi telefon pintar anda yang lambat agar berkelajuan yang dinginkan.

Caranya :
Daripada ikon Skrin Utama (Home Screen), tekan dan tahan kekunci ALT dan pada masa yang sama taip aksara ‘LGLG’. Menu skrin Event Log akan ditunjukkan. Tekan kekunci Menu dan pilih ‘Clear Log’. Kemudian pilih ‘Delete’ untuk mengesahkan sebelum menekan kekunci ESCAPE untuk kembali ke Skrin Utama.

2. Beralih antara program
Untuk lebih memudahkan serta menambah kelincahan penggunaan BlackBerry, anda boleh bertukar-tukar program pada BlackBerry tanpa perlu melakukan banyak gerakan.

Caranya :
Tekan dan tahan kekunci ALT dan butang ESCAPE pada masa yang sama. Teruskan menekan kekunci ALT dan gunakan bebola untuk tatal ke program yang anda inginkan. Lepaskan kekunci ALT apabila anda telah selesai.

3. Tutup sistem secara automatik
Sekali-sekala pengguna telefon pintar ingin berhenti seketika daripada dunia telekomunikasi dan mengelak menerima panggilan yang tidak perlu, ingin senyap. Sama ada tidur atau pun setelah menyemak jadual seharian. Untuk itu, anda boleh menutup sistem BlackBerry anda secara automatik. Bukan sahaja menjimatkan bateri, malah anda tidak perlu kerap reboot secara manual ataupun mencabut baterinya.

Caranya :
Klik pada ikon Options dan pilih Auto On/Off. Selepas itu, pilih Enables daripada menu drop-down bersebelahan Weekday dan seterusnya tetapkan masa yang anda inginkan. Anda juga boleh menetapkan secara automatik buka dan tutup BlackBerry anda pada hujung minggu. Klik butang Menu dan pilih Save setelah selesai.

4. Pelayar web perlahan?
Mungkin ini masalah terbesar yang dihadapi pengguna BlackBerry tetapi tidak tahu penyelesaiannya. Mudah saja, kosongkan dan padamkan Cache untuk peningkatan konsistensi pelayar web anda.
 
Caranya :
Klik pada ikon pelayar web anda terlebih dahulu. Klik kekunci Menu dan pilih ‘Options’. Selepas itu, pilih ‘Cache Operations’ dan klik ‘Clear History’. Seterusnya anda perlu klik pada butang ‘Clear’ di bawah. Jawab ‘Yes’ bila ditanya mengenai mengosongkan ‘Pushed Content’. Apabila selesai, klik ESCAPE beberapa kali untuk kembali pada pelayar web.

5. Padam e-mel atau mesej
Tentu sukar untuk memadam e-mel atau mesej yang berlambak-lambak masuk ke akaun atau peti masuk anda. Sesetengah pengguna BlackBerry tidak tahu cara untuk memilih dan memadamkan kesemuanya secara serentak.

Caranya :
Untuk memadam berdasarkan pada hari tertentu, gerakkan dan pergi kepada penyataan tarikh dalam mesej atau e-mel anda. Tekan butang menu dan pilih ‘Delete Prior’.

Tuesday, February 19, 2013

Kenali Kesalahan Dalam Senaman


Senaman yang betul  
Kita mempunyai pilihan untuk menjalankan aktiviti senaman sama ada di gimnasium atau kawasan terbuka seperti di taman, padang permainan atau sebagainya. Tetapi, kita perlu berhati-hati ketika menjalani program senaman di gimnasium walaupun sentiasa diawasi oleh jurulatih. Dalam hal ini, beberapa jenis kesalahan  yang sering dilakukan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecederaan menimpa diri ketika menjalani sesi latihan. Antara kesalahan yang sering  dilakukan ketika bersenam di gimnasium:
 
 
Kedudukan badan tidak betul
  • Postur badan anda mesti dalam keadaan neutral. Jika tidak, ia akan menyebabkan tekanan pada sendi dan senaman yang dilakukan menjadi tidak sempurna. Melakukan gerak kerja senaman tanpa memastikan lutut dalam keadaan lembut 
  • Semasa bersenam di atas treadmill, anda mesti membengkokkan sedikit lutut bagi mengekalkan kedudukan badan yang sempurna. Cara pernafasan tidak betul
  • Anda dinasihatkan supaya memperlahankan pergerakan yang sedang dilakukan. Pernafasan yang betul dapat mempertingkatkan daya tahan otot serta  kardiovaskular diri. Bersandar di belakang atau depan mesin latihan 
  • Semasa bersenam di atas treadmill,  anda dinasihatkan supaya tidak memegang alat pemegang di hadapan kerana ia akan mengakibatkan kedudukan tulang belakang tidak selari. Kedudukan di tempat duduk basikal
  • Apabila berkayuh, pastikan lutut bengkok sedikit semasa ditolak ke bawah bagi mengelakkan kecederaan pada lutut. Meningkatkan sudut `treadmill’ secara mendadak 
  • Bagi yang gemar menggunakan mesin ini untuk bersenam, anda tidak seharusnya meningkatkan sudut `treadmill’ supaya bersesuaian dengan pergerakan  senaman secara mendadak. Melakukan pergerakan melebihi sudut yang dibenarkan
  • Semasa mengangkat berat, anda perlu mengawal pergerakan agar tidak melebihi sudut pergerakan yang dibenarkan. Sendi bahu, siku dan lutut tidak boleh diluruskan dengan sepenuhnya. Ini bagi memastikan program kecergasan `work out’ di gimnasium adalah selamat. Pergerakan berulang kali dengan bebanan yang rendah 
  • Sekiranya matlamat anda adalah untuk mempertingkatkan kekuatan otot, anda harus meningkatkan bebanan dan mengurangkan ulangan. Terlalu bergantung kepada pergerakan ketika mengangkat bebanan 
  • Anda seharusnya bergantung kepada kekuatan otot bagi memastikan keberkesanan gerak kerja yang dilakukan, bukannya dengan bergantung kepada pergerakan (momentum). 
 
Masa rehat tidak mencukupi
  • Anda perlu berehat selama 48 jam sebelum meneruskan sesi senaman yang berikutnya. Jika anda ingin bersenam lebih kerap terutamanya untuk  mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, tumpuan harus diberikan terhadap kumpulan otot yang berlainan pada setiap hari.
 
Tidak mempelbagaikan program senaman
  • Anda akan merasa bosan sekiranya tidak mempelbagaikan aktiviti ketika menjalani program senaman di gimnasium. Ini akan menyebabkan anda berhenti  daripada meneruskan sesi latihan.  
 
5 Kesalahan Biasa Yang Kerap Berulang
Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.
 
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan. 
 
1. Bersenam dengan perut kosong 
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.
 
2. Tidak memanaskan badan 
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot
anda. Luangkan sekurangkurangnya lima minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman. 
 
3. Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya. 
 
4. Tidak menjaga pemakanan 
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan
pemakanan adalah penting  untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
 
5. Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak  boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. 

Jom pilih lampu!

Idea deko 1

 
1. Rancang Dari Awal
Bilakah masa yang sesuai untuk pasang lampu? Menurut Lai, pemilik rumah digalakkan memasang lampu seawal mungkin, sebelum kerja pemasangan kemasan lain di rumah, seperti siling dan pendawaian. Maksudnya, pemilihan jenis lampu perlu dipilih sebelum anda berpindah masuk lagi, bukan ketika berpindah atau telah berpindah masuk. Ini bagi mengelakkan daripada risiko atau kos yang besar ketika kerja pemasangan lampu.
 
2. Jenis Lampu Yang Sesuai
Bagaimanakah memilih jenis lampu yang sesuai? Pemilihan jenis lampu pastinya harus disesuaikan mengikut konsep penataan interior ruang tamu anda. Terdapat beberapa jenis pilihan lampu yang sesuai mengikut konsep penataan terkini seperti moden kontemporari, tropika Bali, klasik atau inspirasi etnik. Jika ruang tamu anda berkonsep moden kontemporari, jangan pula pilih lampu berkonsep tropika!
 
3. Gantung atau Mounted?
Jika berkunjung ke kedai lampu, pasti dilema ini yang kerap bermain di fikiran anda. Lazimnya, terdapat dua jenis lampu yang ada di pasaran, iaitu lampu jenis gantung, sama ada candelier atau pendant dan mounted, iaitu jenis lekapkan siling (ceiling fixtures), pencahayaan trek (track lighting) atau recessed lighting. Pemilihan jenis lampu ini sebenarnya disesuaikan dengan ketinggian siling dari lantai dan fungsi ruang. Bagi ruang tamu, jika memiliki ketinggian siling yang tinggi sekitar 10 kaki ke atas, lampu jenis gantung boleh digunakan. Selain itu, jika inginkan jom pilih lampu! Sebagai ruang sosial utama di rumah, penataan pencahayaan yang betul perlu diwujudkan agar dapat menghidupkan suasana ruang yang mesra tetamu selain meningkatkan fungsi ruang. Ayuh ubah lampu di ruang tamu anda dengan bantuan perunding pencahayaan dari Tropical Home & Lighting, Lai Heng Sieng.
 
4. Bulb Yang Sesuai
Pastinya, selepas memilih jenis lampu, mentol atau bulb juga penting dalam menghidupkan suasana pencahayaan diingini selain jenis dan reka bentuk lampu itu sendiri. Kini terdapat pilihan jenis bulb yang biasa digunakan seperti lampu pendarfluor (fluorescent), mentol pijar (incandescent), halogen atau LED. Hakikatnya, kesemua jenis bulb ini mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang indah bagi ruang tamu, namun bergantung pada kehendak dan cita rasa anda. Menurut Lai, lazimnya, untuk menghidupkan suasana ruang tamu yang cosy, lampu jenis incandescent digunakan bagi menghasilkan cahaya warna kuning yang lebih lembut dan tenang. Setelah seharian bekerja di pejabat yang menggunakan lampu general lighting warna putih, pastinya suasana ruang tamu yang cosy dengan pencahayaan kuning adalah apa yang anda perlukan. Elakkan penggunaan lampu jenis LED yang kurang sesuai bagi ruang ini.

Monday, February 18, 2013

Pejabat Tempat Berpotensi Untuk Gemuk?


 
 
Diet di pejabat Tidak mustahil juga ketika anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat merasa lapar. Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet, ketika anda merasa lapar, gula darah akan rendah menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik.
Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek. Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan: Wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali mengunyah. Ini sudah mengganggu program diet yang  dilakukan.
 

6 Penyebab Berat Badan Meningkat 

 
CareerBuilder.com telah melakukan kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di pejabat. Antaranya ialah: 
 
1. Makan Kerana Stres
  •  Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat  sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak. 
  • Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan. 
 
2. Makan Tengahari Di Luar
  • Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan  berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan. 
  • Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan 
 
3. Melewatkan Waktu makan
  • 19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan. 
  • Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahari dengan terlalu banyak. 
 
4. Menyambut Perayaan
  • Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza. 
  • Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang  dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain.
 
5. Mengunyah Gula-gula Getah
  • Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air. 
  • Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi. 
 
6. Snek Dari Kawan Sepejabat
  • Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila kawan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. 
 
 

Hidup Sihat Di Pejabat

Berada di pejabat adalah perkara yang sukar untuk menjalani hidup yang sihat. Aktiviti yang padat membuatkan wanita yang berkerjaya lebih senang mengambil makanan segera. Ini belum lagi termasuk, godaan snek yang dihidangkan oleh kawan sekerja. Ingat! Masih belum terlambat untuk anda mengubah pola hidup yang  lebih sihat. 
 
Beberapa tip untuk mengatasi masalah ini:
 
a) Kekerapan Mengunyah Snek
 
Siapa yang tidak suka mengunyah snek? Biskut, kerepek atau makanan ringan adalah kebiasaan yang ada di tempat kerja. Walaupun snek ini memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Kadar garam yang terkandung dalam makanan ringan juga dapat menyebabkan hipertensi. 
CARA PERBAIKI:
Jangan letakkan pelbagai jenis snek di dalam laci kerja anda. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang. Cara ini juga membuatkan anda mampu menolak saat kawan mempelawa snek lain. 
 
 
b) Jangan Terlalu Banyak Minum Teh atau Kopi
 
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ini kerana, ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. 
CARA PERBAIKI:
Kurangkan hidangan teh atau kopi setiap hari. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. Pilih minuman yang tidak mengandungi banyak gula atau susu.
 
 
c) Banyakkan Minum Air Mineral 
 
Berusahalah untuk minum air dengan lebih banyak, walaupun anda tahu akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air. Namun, jika anda kurang minum dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam. 
CARA PERBAIKI:
Letakkan satu liter botol air mineral di atas meja dan pastikan anda minum habis sebelum pulang dari tempat kerja. Cara ini akan membuatkan anda tidak lupa untuk minum.
 
d) Elak Makan Malam
 
Apabila tamat waktu kerja, kawan anda mengajak untuk makan di restoran. Ini membuatkan anda tidak makan lagi di rumah. Walau bagaimanapun, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jangan terus mengalah, sebenarnya anda penat dan perlu berehat, bukannya mencari makanan. 
CARA PERBAIKI:
Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Sayuran berserat tinggi dan daging tanpa lemak kaya  dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.
 
 
e) Elakkan Makan Banyak Pada Hujung Minggu 
 
Mungkin anda terfikir untuk memberi  ganjaran kepada diri selepas sukses menjalani diet selama hampir seminggu. Makan sepuasnya pada hujung minggu bukanlah cara yang betul untuk diterapkan dalam program diet anda. 
CARA PERBAIKI:
Cari cara lain untuk memberikan penghargaan pada diri sendiri. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan  sekaligus menjaga berat  badan anda.
 

Pilihan Snek Sihat Di Pejabat

a) Aprikot Kering
PILIHAN:
  • Buah ini kaya dengan nutrisi dan penuh vitamin, mineral dan enzim penting. Snek ini kaya dengan serat, beta karoten, vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium dan kaya dengan antioksidan dalam melindungi diri daripada melawan kanser prostat serta paru-paru. 
  • Gula semulajadi yang terdapat dalam aprikot dapat meningkatkan kadar gula darah. Demikian  menurut Susan Kleiner, penulis buku The Good Mood Diet.
HARUS DIPERHATIKAN:
  • Kalori banyak terdapat dalam buah kering. Jadi perhatikan hidangannya. 
  • Setiap ½ cawan (65g) aprikot kering mengandungi 156kcal dan 0.3g lemak. 
 
b) Epal
 PILIHAN:
  • Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh, otak dan kesihatan jantung. Kandungan serat dapat membantu anda merasa  lebih kenyang dan menahan daripada makan secara berlebihan. 
 
HARUS PERHATIKAN:
  • Pilih epal yang bersaiz kecil atau sederhana untuk snek. Anda juga boleh gabungkan epal dengan sekeping keju rendah lemak atau satu sudu makan kacang untuk tenaga yang tahan  lama dan badan yang sihat.
  • Setiap 1 biji epal ukuran sederhana (180g) mengandungi 77kcal dan 0.3g lemak. 
 
c) Yogurt 
PILIHAN: 
  • Snek ini rendah lemak dan kolesterol. Ia juga sumber vitamin B12, protein, potassium, zat besi dan sumber riboflavin, kalsium dan fosfor yang sangat baik. 
HARUS DIPERHATIKAN: 
  • Banyak yogurt yang dikatakan sihat tetapi mengandungi banyak pemanis, sirap atau gula. Pilihlah yogurt rendah lemak dan rendah gula. Untuk lebih elok,  taburlah yogurt dengan blueberry atau potongan buah-buahan untuk mendapatkan serat. 
  • Setiap 100g yogurt rasa buah dan rendah lemak mengandungi 102kcal dan 1.1g lemak.  
 
d) Dark Chocolate
PILIHAN: 
  • Peneliti di Jerman dalam The Journal of the American Medical Association mengatakan dark chocolate kaya dengan flavonoid, menjaga tekanan darah tetap stabil ketika stress. 
  • Dengan mengunyah coklat, ia dapat mengurangkan mood negatif sehingga anda boleh santai bersama rakan sekerja. 
 
HARUS PERHATIKAN:
  • Pilih dark chocolate yang mengandungi kurang 70% koko untuk mendapatkan manfaat flavonoid yang maksimum. Ia juga mengandungi lemak tepu, jadi pastikan anda makan sepotong kecil sahaja ketika ingin mengunyah. 
  •  Setiap potongan kecil (28g) dark chocolate, 70-85% koko mengandungi 168kcal dan 12g lemak. 
 
e) Kraker
PILIHAN: 
  • Sangat praktis dan baik untuk perut. Banyak kraker diberi vitamin tambahan dan kalsium yang baik untuk tulang. Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat sesuai untuk anda yang memerlukan banyak tenaga ketika bekerja. 
 
HARUS PERHATIKAN:
  • Sesetengah kraker mengandungi sodium dan gula yang tinggi. Jadi, pilihlah plain cracker yang diperbuat dari gandum, mengandungi serat dan vitamin B. Sapukan kraker dengan mentega kacang, celupkan dengan susu atau yogurt rendah lemak. 
  • Setiap 4 keping kraker masin (23g)  mengandungi 103kcal dan 3g lemak. 
 
f) Almond
PILIHAN:
  • Snek ini sangat rendah kolesterol dan sodium. Beberapa jenis kacang lain seperti walnut mengandungi sumber magnesium dan vitamin E, asid lemak omega 6 serta omega 3 (walnut). 
HARUS PERHATIKAN: 
  • Makan kacang boleh membuatkan anda ketagih. Walaupun almond rendah kolesterol, anda juga perlu perhatikan jumlah kalorinya. Cukup dengan mengambil 11 biji almond atau satu sudu makan walnut antara waktu sarapan dan makan tengahari. 
  • Setiap 11 biji almond tanpa garam mengandungi 85kcal dan 7g lemak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...