MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, February 28, 2014

5 PERSEDIAAN HATI

 


Setiap musibah atau ujian dari Yang Maha Esa, terkandung padanya pengajaran dan hikmah yang mesti dicungkil dan disuluh dengan mata hati yang tajam. Ujian yang bertandang datang kepada manusia, ia pasti. Sememangnya kita tidak boleh mengawal arah angin, tetapi yang kita boleh dan kena kawal ialah layar hati kita. Sediakanlah hati dan jiwa dengan persediaan berikut : -

  • Tetapkan keyakinan dalam hati bahawa musibah itu daripada Allah.
  • Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar.
  • Banyakkan doa dan zikir.
  • Tetap berusaha untuk mengatasi musibah itu.
  • Segera bertaubat. Membanyakkan istighfar lantas bertawakal kepada Allah.


Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, February 27, 2014

HINDARI MENCARI-CARI ALASAN


Begitu ramai orang menangguhkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah seperti :-

  • Saya tidak boleh ....
  • Saya tidak mampu sebab ....
  • Pendidikan saya belum memadai ....
  • Saya sudah terlalu tua ....
  • Saya masih terlalu muda ....

Sesiapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseorang daripada pencapaian sasaran.

Ingatlah bahawa otak anda ialah kawasan penyimpanan, apa-apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.




Continue Reading
No comments
Share:

Monday, February 24, 2014

CARA MEMOTIVASIKAN DIRI

 


Motivasi bukan sesuatu yang mudah datang, terutama jika keadaan sekeliling tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Terdapat beberapa petua untuk anda pertimbangkan :

Tahu apa sebenarnya yang anda mahu
Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mecapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.

Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan
Masalah ramai orang ialah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa yang anda berusaha.

Bercuti dan berehat
Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri daripada semuanya untuk seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi anda.

Jangan takut mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain
Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja dan merasa sangat stres sehingga berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di tahap terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka masa yang panjang.


Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, February 18, 2014

TIP TANGANI TEKANAN


Anda sering merasa tertekan dengan keadaan sekeliling? Tekanan bukan sahaja berpunca daripada masalah di tempat kerja, malah ia turut merangkumi masalah-masalah lain seperti masalah dengan pasangan, keluarga, persekitaran dan sebagainya. Berikut disenaraikan lapan tip menangani tekanan :

  1. KENALI MASALAH – Apakah masalah yang dihadapi mengakibatkan timbulnya tekanan dalam diri?
  2. KURANGKAN KEPADA PENDEDAHAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA TEKANAN – Kurangkan bebanan kerja. Jika kerja bertambah berat maka stres akan bertambah.
  3. BELAJAR SEMAIKAN EMPAT PERKARA IAITU KELUARGA, KERJA, REHAT DAN KAWAN-KAWAN – Imbangi hubungan keluarga, kerja, kawan dan waktu rehat.
  4. GUNAKAN DIARI – Bagi mendapatkan kehidupan yang lebih berkesan dan teratur, pengunaan diari amat digalakkan. Diari berfungsi sebagai reminder tentang temu janji dan perkara-perkara yang penting dan perlu diingati.
  5. BELAJAR CARA MEREHATKAN MINDA DAN BADAN – Pejam mata, lapangkan fikiran, tarik nafas. Bernafas secara perlahan-lahan hingga atas pusat (tiga jari diletakkan di atas pusat). Lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung, angkat tangan perlahan-lahan apabila udara masuk ke perut. Tahan nafas beberapa saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulangi beberapa kali. Cara ini akan memberikan laluan kepada oksigen masuk ke dalam darag dan dapat merehatkan badan.
  6. BELAJAR MEREHATKAN BADAN – Jadi seperti seekor kucing atau stoking lembut. Relaks badan seperti objek-objek itu. Tengok stoking yang lembut, lembutkan badan daripada otot supaya otot-otot dan saraf tidak tegang.
  7. BAYANGKAN SUASANA KETENANGAN – Bayangkan ketenangan air terjun yang sejuk mengalir dan kita berada di dalam air itu. Tenangkan fikiran dan bayangkan kesejukan air, bunyi air dan burung berkicau yang melegakan minda dan badan kita.
  8. PEMAKANAN YANG SEIMBANG – Dapatkan makanan yang seimbang dan berzat seperti waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, February 12, 2014

10 KATA-KATA HIKMAH MOTIVASI DIRI



  1. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik (Larry Bielat)
  2. Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. ( Dr. Shukri Abdullah)
  3. Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
  4. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah berputus asa. (Lewis Timberlane)
  5. Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
  6. Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
  7. Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
  8. Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
  9. Secara semula jadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
  10. Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)



Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia