Wednesday, November 12, 2014

Fakta Mengenai Kucing


1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.
2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.

8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.

9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.

10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.

11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.

12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.

13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.

14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!

15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.

16. Kucing yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.

17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.

18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.

19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.

20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.

21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.

22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.

23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.

24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.

25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.

26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.

27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.

28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.

29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.

30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.

31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.

32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.

33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.

34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.

35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.

36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.

37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.

38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.

40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.

41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.

42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.

43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.

44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.

45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.

46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.

47. Kucing yang tidak 'dikasi' adalah lebih agresif.

48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.

49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.

50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.

51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.

52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.

53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).

62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.

64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.

65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.

67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

Monday, November 10, 2014

Tips Membeli Laptop

KOMPUTER Riba atau lebih dikenali sebagai 'laptop' kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop...

...sebagai teman sejati yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.

Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.

Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.

Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:

KEGUNAAN

Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card - Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih 'ringan'. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MB dan seterusnya.

Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang mobile. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

SERVIS YANG DISEDIAKAN DAN ALAT GANTI

Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan servis yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection dan home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari.

Sumber: http://www.amzanimokhtar.com


Friday, November 7, 2014

Tips Menjaga Laptop

 
LAPTOP kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti seharian mereka...

Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Di sini disertakan tips menjaga laptop dan bateri laptop :-

* Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
* Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
* Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
* Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
* Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
* Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
* Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual

Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber: http://www.amzanimokhtar.com/




Tuesday, November 4, 2014

Petua Hilangkan Ketuat

.


Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia malah ada juga pada bahagian lainseperti di muka, leher, siku dan bahagian-bahagian yang lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis  yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar. Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah petua ini :-


  • Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan sendiri, Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
  • Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...