MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, November 27, 2015

Tanah Runtuh


Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia. 

Kawasan tanah runtuh boleh berlaku: 
  • Di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama 
  • Di kaki atau permukaan atas cerun 
  • Di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama 
  • Di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak 
Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh : 
  • Di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau 
  • Di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai 
Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh : 
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi 
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima 
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan 
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah 
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit 
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air 
  • Kecondongan pada tiang telefon / elektrik, pokok, dinding penahan atau pagar 
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok 
  • Pemendapan ketara permukaan jalan 
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia