MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, November 16, 2015

Tip Insurans



 

Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
  • Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
  • Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
  • Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  • Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
  • Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
  • Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman. 
Panduan membeli insurans hayat  

Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.

•    Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
•    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
•    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
•    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
•    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
•    Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
•    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
•    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
•    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.
 

Sumber: Info Insurans

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia