MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, December 7, 2016

9 penyakit paling kerap serang lelaki

Image result for heart attack1) Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
Faktor penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis


Image result for copd2) Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
Merupakan gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara.
Faktor penyebab : Merokok


Image result for diabetes for men3) Kencing manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
Faktor penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.


Image result for stroke for men4) Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba, biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Faktor penyebab : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.



Related image5) Kanser pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.
Faktor penyebab : Amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang tinggi, diabetes dan merokok.



Image result for cancer prostate for men6) Kanser prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki.
Faktor penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.



Image result for high blood for men7) Tekanan darah tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
Faktor penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.


Image result for penyakit batu karang8) Batu karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau galistone.
Faktor penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.



Image result for obesiti9) Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Faktor penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.


Continue Reading
No comments
Share:

Dosa yang tidak diampunkan

Image result for saya soal ustaz jawab 
Soalan : Adakah benar ada dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun hambaNya telah bertaubat. Mohon penjelasan daripada ustaz.

Jawapan : Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah. Merujuk soalan di atas, kita diminta bertaubat kepada Allah. Kita sentiasa berdosa kepada Allah. Kadang-kadang kita perasan melakukan dosa dan kadangkala tidak.

Berhutang
Di antara dosa-dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali setelah kita memohon maaf dan menyelesaikan dosa-dosa kita dengan orang antaranya ialah berhutang. Antara faktor menyebabkan seseorang terjebak dalam hutang adalah :-

  • Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
  • Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
  • Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
  • Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
  • Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (darurat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud ;
“Daripada Abu Hurairah berkata, seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, pekerjaan apa yang paling baik? Baginda bersabda, memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih berhutang. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserahkan atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Makan harta anak yatim secara haram
Bagi menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus.

Menuduh wanita solehah berzina
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut. Jika dimaafkan, maka terhapuslah dosa dan penuduh boleh bertaubat. Sekiranya tidak, maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
Lari dari medan jihad Allah SWT
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam tentang hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

Melakukan sihir
Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

Syirik kepada Allah
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah menerima kembali amal ibadat hamba yang telah menduakanNya.

Membunuh para Nabi
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutus utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah.


Sumber daripada : Segmen Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno, Majalah Mingguan Wanita


Continue Reading
No comments
Share:

Elak bahaya duduk lama di atas sofa

Image result for sit on sofa
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, kekerapan duduk dalam tempoh masa yang lama boleh menurunkan sistem metabolisme tubuh selain menganggu aliran darah. Kesannya, anda mudah terkena penyakit jantung, tekanan darah tinggi, hinggalah kanser.

Itu belum lagi mengambil kira bahan yang digunakan untuk menghasilkan sofa tersebut. Tidak mustahil terkandung bahan kimia berbahaya. Secara tidak langsung, ia meningkatkan risiko kesihatan. Berikut adalah beberapa tip sihat yang boleh diamalkan bagi menghindarkan diri dari terkena penyakit disebabkan kebiasaan buruk ini.

Elak material mudah koyak
Duduk di atas sofa yang mempunyai material mudah koyak dikhuatiri boleh meningkatkan pendedahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam sofa tersebut. Oleh sebab itulah, sebelum membuat keputusan untuk membeli sofa teliti terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya agar tahap kesihatan sentiasa terpelihara.

Pilih bahan alami
Sofa yang menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dikatakan lebih selamat dan sihat untuk tubuh berbanding sofa yang menggunakan bahan proses seperti poliuretana. Ini kerana, bahan tersebut menyimpan banyak sumber kimia yang tentunya membahayakan kesihatan.

Jaga kebersihan
Menjaga kebersihan sofa juga penting bagi mendapatkan tubuh yang sentiasa sihat. Paling tidak, rajinkan diri untuk membersihkan sofa sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ingat, sofa mudah sahaja dicemari oleh debu, kuman serta kotoran yang terselit di celah-celahnya.

Jalani gaya hidup yang sihat
Menjaga kebersihan sofa sahaja sebenarnya tidak cukup sekiranya anda tidak mempraktikkan amalan gaya hidup yang sihat. Setelah mengamalkan pola hidup yang sihat merangkumi hal pemakanan, senaman, diet yang seimbang, waktu tidur yang cukup serta aktiviti riadah. Apabila semua ini telah dilengkapi, jangan pula mengambil kesempatan untuk 'berehat' lebih lama di atas sofa. Ia masih mengundang bahaya sekalipun anda telah menjalani gaya hidup yang sihat.



Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita, Februari 2015

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, November 24, 2016

Elak tekanan ketika melancong

Image result for stress during holiday trip
Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan, peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat ataupun rumah. Namun ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan boleh membuatkan kita menjadi tertekan.

Antara tips yang boleh membantu anda untuk menghindari tekanan semasa mahu bercuti adalah seperti berikut :

1) Wang adalah sesuatu yang terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Periksa kembali jumlah wang anda. Tekanan sering dihadapi kerana wang yang tersedia selama percutian tidak mencukupi. Untuk atasinya, anda harus menyimpan wang atau menabung wang secukupnya untuk dibelanjakan semasa bercuti nanti.

2) Berdasarkan bajet anda, pilih destinasi percutian yang tidak lari daripadda bajet. Selepas itu, rancang perjalanan anda. Jangan ragu untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan jika anda tahu cara memilih agensi yang terbaik dan menawarkan harga yang cukup berpatutan. Jika anda bercuti bersama-sama dengan kawan-kawan atau berkumpulan, anda mungkin akan senang berasa tertekan, lebih-lebih lagi ketiga mengatur jadual perjalanan. 
    
Oleh yang demikian, jika memang susah untuk merancang aktiviti sepanjang bercuti, gunakan sahaja agensi pelancongan dan minta mereka menyediakan pakej bersesuaian dan terbaik untuk anda serta kawan-kawan atau keluarga.

3) Jika anda menggunakan khidmat agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu, wang yang akan dihabiskan, di mana anda akan mengina dan tempat akan dikunjungi. 
    
Pastikan anda sudah mengetahui semua jadual perjalanan selengkapnya. Jika anda merancang percutian sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan pula, buatlah jadual perjalanan sendiri. Ini akan memudahkan anda saat bercuti nanti.

4) Jika anda bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan dipersiapkan sepenuhnya terutama yang akan digunakan sebelum dan semasa penerbangan serta berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan anda tertekan.

5) Berkemas. Pastikan anda membawa pakaian selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tempat dituju. Berkemas sebaiknya bagi mengelak anda membawa barangan berlebihan atau kurang. Ada kalanya, kita sudah merancang semuanya tetapi ada saja hal yang tidak diduga berlaku. Oleh itu, apapun terjadi, elakkan dari merasa tertekan dan pastikan anda dapat menikmati percutian anda tanpa cemas. 

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 22, 2016

Cara menentukan bajet bulanan

Senarai sumber
Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai  dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan.

Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapatan daripada kerja sampingan dan sebagainya. Mulai sekarang, sediakan bajet bulanan anda.

Senaraikan perbelanjaan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori iaitu tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara. Apabila membahagikan kepada setiap kategori ini, anda akan dapat membuat bajet mengikut kepada pendapatan pada bulan itu. Bagi kategori tetap, mungkin tidak banyak yang boleh anda ubah. Namun bagi kategori berubah-ubah, mungkin ada yang boleh anda 'usik' untuk disesuaikan dengan bajet anda pada bulan tersebut. 

Selain itu, 10 peratus daripada pendapatan hendaklah disimpan sebelum anda berbelanja dan bukan daripada lebihan yang telah anda belanjakan.

Tentukan aliran tunai bersih
Hal ini penting untuk anda menentukan bajet agar bajet yang anda sediakan tidak menjerat diri sendiri. Antara yang boleh anda tentukan ialah :-

- Jika ada lebihan, syabas. Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan sebenar.
- Jika terdapat defisit, semak semula bajet dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif.
- Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.

Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, November 21, 2016

Kenali 6 makanan punca sakit sendi

Image result for no fried foodMakanan bergoreng - Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan janka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.


Image result for saltGaram - Pertambahan kandungan garam di dalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi. Oleh itu, segeralah hindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.




Image result for meatDaging - Ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan sehari-hari. Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat di dalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun sekali gus memburukkan masalah radang yang dirasai. 



Image result for alcohol and tobaccoAlkohol dan rokok - Merokok dan mengambil alkohol dalam tempoh yang kerap merupakan satu tabiat yang buruk. Penghidap artritis atau masyarakat yang mementingkan kualiti hidup yang sihat mesti menjauhi dua perkara ini.



Image result for glutenGluten - Gluten adalah sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi maka seeloknya perlu menghidari jenis makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung di dalamnya.




Image result for Milk productProduk berasaskan susu - Kandungan protein di dalam susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh daripada masalah peradangan. Individu yang bertarung dengan penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.

Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita Januari 2015

Continue Reading
1 comment
Share:

Tuesday, November 15, 2016

7 Adat Sambut Bayi Ibu Ayah Perlu Tahu


Image result for new baby
Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.


1. Azan atau istiqamah
Sebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercayai dapat menjadi banteng daripada gangguan syaitan. Selain itu, sunat dibacakan pada telinga kanan bayi dengan doa yang bermaksud, “bahawasanya, aku pohon perlindungan Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan”


2. Khabar gembira
Anda disunatkan menghebahkan kelahirannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dengan anugerah Allah. Bagi yang menerima berita gembira ini pula disunatkan mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan untuk ibu bapa dan bayi tersebut.


3. Nama
Nama yang dipilih untuk anak selok-eloknya disediakan terlebih dahulu. Bila sudah ada nama yang berkenan di hati, rujuk nama tersebut kepada orang yang tahu dan faham bahasa Arab. Ketahuilah sama ada sebutan dan ejaannya betul sebelum dicatatkan ke dalam sijil kelahiran anak. Sebaik-baiknya biarlah nama yang telah dipilih itu dirasmikan atau disiytiharkan pada hari ketujuh sambil dilakukan akikah.


4. Tahnik
Letakkan sedikit isi buah kurma pada bahagian lelangit setelah bayi dilahirkan sehingga isinya menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam rongga tekaknya. Amalan ini dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat dalam mulut bayi.


5. Cukur rambut
Amalan cukur rambut sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan pula bersedekah perak yang beratnya sama dengan timbangan rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan.


6. Akikah
Sebagai tanda gembira, buatlah kenduri makan. Dengan majlis akikah yang dianjurkan, diharap dapat mengeratkan hubungan sesame keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Dalam pada itu, dua ekor kambing (anak lelaki) ataupun seekor kambing (anak perempuan) perlu diakikahkan untuk amalan ini dan dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu.


7. Khatan
Masa kini, menjadi kegemaran ibu bapa mengkhatankan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ini terutamanya bagi anak lelaki. Berkhatan dilakukan untuk menjamin kebersihan agar dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh najis yang terkumpul di bahagian zakar.

Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, November 14, 2016

Jimatkan Duit Dapur Selepas Harga Minyak Naik


Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Masih panas hati dengan isu kenaikan harga minyak? Nak tak nak, anda tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri.

Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatkan wang.


1. Satu lauk dan bawa bekal
Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazirkan lauk dengan sediakan menu banyak. Pastikan sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga.

2. Jangan terpedaya jualan murah
Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi anda kena fikir balik adakah barang yang dikatakan murah itu akan digunakan dalam masa terdekat atau sebaliknya. Kemudian kena semak tarikh luputnya. Risau juga, beli beria dan akhirnya masuk tong sampah.

3. Senarai barang yang penting
Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum keluar membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak. Jangan sampai kedai, anda main tarik barang lain pula!

4. Bajet stok untuk sebulan
Kalau beli barang kedai runcit, harganya lain. Ada peluang, sila pergi beli barang dapur ketika jualan murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Contoh beli 3 PERCUMA 1. Itu kan dah jimat!

5. Elak beli barang ikut jenama
Ini memang ramai yang gagal sebab kebanyakan ramai yang suka beli barang ikut brand. Konon nak kualiti tapi sebenarnya anda kena bijak memilih barang. Kadang ada barang kualitinya OK cuma mahal sebab jenama. Cuba ubah gaya hidup anda...

6. Limitkan beli barang basah
Nak beli barang basah kena pastikan anda betul-betul memasak. Sebab kalau beli dan sekadar simpan dalam peti, akhirnya rosak dan masuk kategori membazir. Jadi, pastikan anda betul-betul ada mood nak memasak, baru beli.

7. Periksa semula troli barang yang dibeli
Sebelum anda membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu.

8. Tabung kecemasan bulanan
Setiap bulan anda kena paksa diri bayar 'tol' sebagai simpanan untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Keluarkan sejumlah wang untuk dimasukkan dalam tabung, dan lebih elok tempat yang tak boleh dibuka langsung.

9. Pergi beli barang tanpa bawa anak
Jangan bawa anak tiap kali keluar beli barang dapur. Ini boleh elak dari beli barang yang tak penting. Ajar anak jimat dari awal, dan elakkan bawa anak ke kedai mainan. Lebih bagus positifkan anak dengan didik anak-anak menabung untuk dia ada simpanan sendiri.

10. Asingkan duit dapur dari awal
Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya dari awal. Contoh anda tarik RM200 untuk beli barang dapur, kalau tak bawa duit lebih, confirm anda hanya ikut senarai yang ditulis.

Jangan mengeluh sebab anda mampu bertindak lebih bijak untuk teruskan kehidupan. Apa yang penting anda 'bulatkan hati' dalam perbelanjaan harian demi masa depan yang lebih baik bersama keluarga. Selamat mencuba!

Continue Reading
No comments
Share:

10 tip Untuk Ibu Ayah Keluar Bekerja Ketika Anak-AnAk Cuti Sekolah


Oleh:Nadia Mingguan Wanita


Ledakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.

Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.

Mungkin ada pro dan kontra peranan media sosial dalam menyebarkan kes-kes kehilangan mahupun kes culik kanak-kanak. Maklumat akan cepat dan masyarakat boleh tahu perkembangan yang berlaku dan jika ada yang ternampak atau melihat maka mereka akan cepat melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ini memudahkan tugas pihak berkuasa dan kanak-kanak tersebut akan dapat diselamatkan. Tetapi dari sudut negatif, pihak penculik atau yang terbabit dengan sindiket ini sudah tahu tentang strategi dan biasanya mereka akan mengubah kepada strategi yang lain.

Namun dari pihak ibu bapa sendiri, eloklah jika mampu terapkan bab keselamatan dari awal dalam diri anak-anak. Tambah pula musim cuti sekolah bakal tiba dalam beberapa minggu lagi...


1. Kunci pintu
Sentiasa alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan.

2. Ada peneman
Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.


3. Peka dengan aktiviti anak
Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan.

4. Ajar bab keselamatan
Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran.


5. Sediakan jadual
Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.


6. Biar ada rutin
Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya!


7. Selalu telefon
Sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan bertanyakan aktiviti anak-anak di rumah.


8. Ada orang dewasa

Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.


9. Bergilir dengan pasangan jaga anak
Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak.


10. Hantar anak ke kem
Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.


Sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. Moga info ini bermanfaat buat ibu ayah.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 8, 2016

Pusat Darah Negara (PDN)

Image result for pusat darah negara

Pusat Darah Negara adalah salah satu institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat sebagai pusat koordinasi dan rujukan perkhidmatan transfusi perubatan seluruh negara dan juga menjalankan kutipan darah bagi Wilayah Tengah seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan status kewangan penerima.

Image result for bomba derma darah

Manfaat menderma darah

  • Penghasilan sel darah baru oleh sumsum tulang
  • Dapat mengetahui jenis darah
  • Pemeriksaan perubatan mini
  • Vaksin Hepatitis B percuma
  • Kemudahan percuma rawatan hospital
  • Menyelamatkan tiga nyawa dengan setiap pendermaan 
Proses menderma darah
  • Pendaftaran
  • Pemeriksaan darah
  • Berat badan
  • Tekanan darah
  • Pendermaan darah
Usai menderma, seseorang disyorkan untuk berehat seketika sambil mengambil makanan ringan sebelum meninggalkan tempat menderma darah.

Semasa menderma darah, ia hanya memerlukan 350-450ml  darah iaitu 10-12% daripada jumlah darah di dalam badan kita. Isipadu darah yang didermakan bergantung kepada berat badan, tekanan darah dan faktor-faktor lain bagi memastikan kesejahteraan para penderma darah terjamin dan tiada kesan sampingan atau kejadian yang tidak diingini berlaku semasa atau selepas pendermaan.

Info:
  1. Seseorang penderma darah boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali.
  2. Kajian di Finland dalam American Journal Of Epidemiologi mendapati penderma lelaki yang menderma sekurang-kurangnya sekali setahun mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding dengan bukan penderma.


Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, October 20, 2016

Adakah anda seorang 'pencandu' internet?

Image result for internet addiction

Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awak Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut.


  1. Memperuntukkan masa dan peluang berada dalam dunia maya lebih lama daripada di alam fizikal.
  2. Mereka amat aktif daam ruang maya berbanding di luar.
  3. Pemikiran mereka berfungsi lebih baik dalam ruang maya.
  4. Menunjukkan tanda keletihan yang tinggi kerana terlalu memfokus menggunakan otak dan tenaga dalaman.
  5. Mempunyai masalah mata untuk memfokus jarak dan silau.
  6. Kegagalan koordinasi mata dan otak akibat terlalu lama melihat dan berfikir melalui gajet teknologi.
  7. Bergantung sebahagian besar keperluan hidup berasaskan aplikasi dari internet.
  8. Kurang bercakap dan kurang memberi pandangan di dunia nyata.
  9. Hilang fokus belajar dan bekerja kerana keasyikan dan sentiasa memikirkan dunia maya.
  10. Sanggup menyediakan peruntukan besar untuk gajet dan perkhidmatan berasaskan internet.


Sumber daripada : Dr. Mohd Sobhi Ishak, Majalah Wanita Oktober 2016

Continue Reading
No comments
Share:

Penstoran bilik tidur sempit


Image result for small bedroom
  1. Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa.
  2. Anda boleh dapatkan perabot dengan reka bentuk dwi fungsi seperti katil yang memiliki laci pada bahagian bawahnya.
  3. Jangan terlalu sayangkan barangan yang lama dan sudah tidak dipakai. Buang atau berikan kepada orang lain supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak kelihatan semak. 
  4. Gunakan pintu sebagai ruang penstoran. Anda boleh menyimpan pelbagai barangan seperti beg, kasut, buku dan jaket.
  5. Untuk ruang sempit letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan raung pada ruang lantai.
  6. Gunakan kotak penyimpanan barang atau aksesori dan jadikan ia meja lampu. 
  7. Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek, kerusi dan meja sisi.

Continue Reading
No comments
Share:

Anda ketua yang baik JIKA...


Image result for leader
  • Mengamalkan komunikasi terbuka
Sedia menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila berkomunikasi dan bersemuka dengan pekerja. Jika ada sebarang perkara berbangkit, ketua sentiasa jujur dan berterus terang kepada pekerja yang sering memerlukan maklumat tepat dalam sesuatu situasi. Elakkan daripada merahsiakan sesuatu hal terutama yang melibatkan pekerja anda. Ini bagi mengelakkan timbulnya prasangka dan ketidakpuasan hati pekerja terhadap anda.


  • Pengagihan tugasan yang saksama
Memastikan pekerja memahami hala tuju yang diingini. Selain pengurus perlu berhati-hati dalam mengagihkan tugasan kepada pekerjanya, agar dapat mengelak sesuatu salah faham yang berkemungkinan berlaku. Elakkan daripada membebankan satu pihak kerana merasakan pekerja tersebut boleh diharap dan tidak banyak membantah sekiranya diberi apa-apa tugasan. Kadang-kadang bila kita terlepas pandang hal tersebut, dn ajukan pertanyaan kepada pekerja sama ada tugasan  yang diberikan mempunyai masalahdan beritahu anda sedia berkongsi untuk mengatasinya.


  • Memberi anugerah
Ketua yang prihatin akan memberi penghargaan kepada pekerja yang telah menunjukkan yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dengan memberi anugerah atau bonus kepada pekerja supaya mereka sentiasa merasa hasil titik peluh dihargai. Tidak perlu hadiah mahal. Memadai dengan pujian atau menghargainya di hadapan pekerja lain. Sekali gus ia menaikkan semangat pekerja bekenaan untuk terus berusaha dan menjadi sumber inspirasi kepad pekerja lain untuk turut sama berusaha.


  • Memberi tunjuk ajar dan sokongan pekerja
Pengurus juga jangan kedekut ilmu untuk membantu pekerja melaksanakan sesuatu tugasan. tidak salah anda hulurkan kerjasama sekiranya ada sebarang masalah yang berkaitan dengan pencapaian dan prestasi organisasi.


  • Menerima pendapat orang lain
Bukan hanya pendapat dirinya sahaja yang diambil kira tetapi turut menerima pendapat orang lain. Idea dan kemahiran yang ada pada pekerja perlu didengar, mana tahu dapat memberikan input yang bermanfaat pada syarikat. Jangan mudah melatah atau tunjuk sikap yang baik kepada bekerja kerana ia sikap begini  menjadi contoh buat pekerja.


  • Tidak lemah semangat
Pengurus yang bijak tidak akan mudah putus semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Jika masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain dan sentiasa bersikap positif. Jangan mudah mengalah, tunjukkan anda mampu melakukannya sekali gus memberi aura yang sama kepada pekerja bawahannya.                                                                                                                                                                                 

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, October 18, 2016

Unit Pasukan Hazmat

Image result for unit hazmat bomba malaysia

PENGENALAN
Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah beroperasi pada tahun 2003 dengan keluasan 340 ekar. kemasukan pelatih Kursus Asas Sains kebombaan yang pertama siri 1/2003 seramai 115 orang.Pada masa tersebut Akademi ini hanya mengendalikan kursus Asas Sains Kebombaan sahaja.

LATARBELAKANG
Akademi Bomba dan Malaysia, adalah bertanggungjawab menjalankan latihan dan kursus Pasukan Hazmat Jabatan Bomba Dan Penyelamat malaysia di negara ini sejak dari penubuhannya.Justeru itu Y.S.Komandan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah mengambil langkah menghantar pegawai dan jurulatih untuk menjalani kursus dan latihan di dalam dan luar Negara.Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai 15 orang pegawai terdiri daripada pelbagai pangkat dan berperanan sebagai tenaga pengajar dan jurulatih pasukan “HAZMAT”. Pasukan ini telah menerima Watikah Pelantikan dan Elaun dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Disamping selaku tenaga pengajar dan jurulatih,pasukan ini juga sentiasa siapsaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa ke tempat operasi apabila di perlukan.

Akademi Bomba Dan penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai Peralatan yang cukup dan sesuai bagi tujuan latihan dan operasi.Pasukan ini juga sering meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan pengukuhan yang diatur mengikut jadual selain dari mengendalikan kursus-kursus semasa.


Image result for unit hazmat bomba malaysia

OBJEKTIF
Melahirkan Pegawai latihan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan bahan berbahaya
Meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai latihan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai latihan.
Meningkatkan keyakinan dan disiplin diri serta mengamalkan gerak kerja yang selamat serta efisien mengikut prosedur yang telah ditetapkan

MISI
Memberikan Perkhidmatan Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Kepada Pegawai Bomba Dalam Pelbagai Bidang dan Kemahiran

VISI
Sebuah Organisasi Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Antarabangsa

KEANGGOTAAN
Keanggotaan seramai 11 orang pegawai pelbagai pangkat.

AKTIVITI SEMASALatihan remedial kemahiran akan dijalankan 20 jam setiap bulan meliputi sekurang-kurangnya sembilan (9) modul yang ditetapkan dalam Buku Log (Hazmat) sepertimana berikut:
  1. L1 - Latihan kemahiran pemakaian alat pernafasan
  2. L2 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan pengesan
  3. L3 - Latihan kemahiran pemakaian dan penggunaan alat perlindungan
  4. L4 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan operasi Hazmat
  5. L5 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan decontamination
  6. L6 - Latihan kemahiran pengggunaan peralatan komunikasi dan data maklumat Hazmat
  7. L7 - Latihan kemahiran taktikal dan metodologi pengurusan bencana Hazmat
  8. L8 - Latihan kemahiran maklumat kemerbahayaan bahan-bahan kimia terkini (Khas untuk Komander Hazmat dan Pakar Hazmat)
  9. L9 - Aktiviti dan latihan Hazmat lain yang dilaksanakan

PERANCANGAN TAHUNAN
  • Program latihan berkala
  • Program Latihan Bersama Pasukan HAZMAT JBPM negeri-negeri
  • Program Latihan Major Exercise
  • Pengendalian Kursus Pengukuhan Pasukan HAZMAT
  • Mengadakan lawatan di tempat-tempat seperti berikut :
  • Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi yang berada di Negeri Terengganu.
  • Negeri-negeri yang mempunyai Pasukan Hazmat.

Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

Unit MUST




Pengenalan
Matlamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya berkembang disebabkan keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterima oleh pasukan bomba juga telah berubah. Kalau dulu panggilan kebakaran jauh mengatasi panggilan menyelamat, kini kedua-dua jenis kecemasan ini telah hampir sama banyaknya dan trend menunjukkan panggilan menyelamat semakin meningkat.

Lebih merumitkan keadaan ialah kerja-kerja menyelamat adalah jauh lebih pelbagai dari kerja-kerja pemadaman kebakaran dan memerlukan peralatan yang berbeza serta kemahiran yang pelbagai.

Bagi menyahut cabaran inilah, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memperkenalkan konsep "multi-skill" dimana setiap pegawai bomba dilatih dengan pelbagai kemahiran dan unit-unit khas telah dibentuk bagi mengkhususkan lagi kemahiran di dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti.

Di antara bidang kemahiran utama yang dikenalpasti adalah :-


Menyelamat di Bangunan Tinggi (High Rise Rescue)
Menyelamat di Air (Water Rescue, SCUBA)
Kemalangan Jalan Raya (RTA)
Hazardous Materials (HAZMAT)
Urban Search and Rescue
Emergency Medical and Rescue Services (EMRS)
Kebakaran Hutan
High Angle Rescue
Menyelamat Dari Udara (Air Rescue)


Latar Belakang
Tanggal 11 september 1998 merupakan tarikh bersejarah kepada JBPM. Ini kerana pada tarikh tersebut, merupakan tarikh asmi penubuhan Pasukan Multi-Skill Team (MUST). Jabatan telah menerima 2 buah helicopter iaitu Mi-17-1V buatan Rusia yang mana majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pasukan ini adalah merupakan pasukan atau krew yang melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa dan situasi kecemasan.

VISI & MISI
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.

Keanggotaan
Sehingga sekarang keanggotaan seramai 20 orang di FRAM Wakaf Tapai.

Aktiviti semasa
Membantu menjayakan Kursus Asas MUST.

Perancangan Tahunan
Mengikuti latihan tahunan atau latihan Currency sekurangnya-kurangnya sekali setahun dan menjadi tenaga pelajar kepada Kursus Asas MUST sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Penyelamat Di Dalam Air (SCUBA)

Image result for unit scuba bomba

Pengenalan
Peranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".

Latar Belakang
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah merupakan Pusat Kecemerlangan Pasukan SCUBA. Justeru itu, semua penganjuran kursus-kursus berkaitan dengan pasukan SCUBA akan dianjurkan di sini yang meliputi kursus-kursus Asas SCUBA, Open Water SCBA Diver, Advanced SCUBA Diver, Rescue SCUBA Diver, Master SCUBA Diver, Dive Master SCUBA Diver, Assistant Instructor dan Instructor.


VISI"Menjadi sebuah pasukan penyelamatan di air yang bertaraf antarabangsa."


MISI
"Pasukan penyelamatan di air Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."

Keanggotaan
Sehingga sekarang, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keanggotaan pasukan penyelam seramai 7 orang. Dimana 2 orang Dive Master dan 5 orang Advanced SCUBA Diver.

Aktiviti SemasaSetiap anggota penyelam JBPM di FRAM Wakaf Tapai perlu menjalani latihan selaman atau latihan Currency setiap bulan sekurang-kurangnya 9 jam.

Perancangan tahunanMembantu FRAM Wakaf Tapai menjalankan kursus melibatkan pasukan selam JBPM sekurang-kurangnya 12 kali setahun.

Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

PGO Nadi Bomba - Metro 18 Oktober 2016



Continue Reading
1 comment
Share:

Friday, October 14, 2016

Mengenai pasukan Smoke Jumper JBPM

Image result for smoke jumper malaysia
Gambar ehsan daripada : link 
Dalam usaha jabatan untuk memperkembangkan kemampuan untuk menangani isu-isu bencana di dalam negara, jabatan telah mengorak langkah bagi mengembangkan operasi dengan mewujudkan satu unit pasukan khas dinamakan Smoke Jumper. Kursus payung terjun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mula dilaksanakan pada 2 Oktober 2000 di mana jabatan telah menghantar seramai 5 orang anggota bagi menyertai Kursus Asas Payung Terjun Statik di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur bersama-sama dengan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kumpulan perintis tersebut telah melakukan penerjunan di Pengkalan TUDM Gong Kedak, Kelantan pada bulan November 2000. Seterusnya seramai 22 orang lagi anggota dihantar bagi menyertai kumpulan perintis ini di dalam bulan September 2001 sehingga Mei 2002. Bagi kumpulan perintis ini mereka telah menggunakan payung statik (bulat) ataupun payung yang sama digunakan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan perintis ini dan bagi merealisasi hasrat jabatan untuk menjadikan pasukan smoke jumper sebuah pasukan elit, jabatan telah mengadakan Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air mulai pada tahun 2007. Sehinga kini jabatan telah mempunyai seramai 489 anggota smoke jumper terlatih.

Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Soalan Lazim Bakal Pelatih Anggota Bomba

banner2fgfg

1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa Bomba KB29 dan Penguasa Bomba KB41?
Jawapan: Tempoh kursus bagi pelatih Pegawai Bomba Gred KB17 adalah selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Bomba KB29 selama 6 bulan dan Pegawai Kadet Penguasa Bomba KB41 ialah selama 9 bulan. Walaubagaimanapun tempoh sebenar adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempoh ini tidak dikira dengan tempoh Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus serta Kursus Waja Diri.

2. Soalan: Sekiranya saya sedang mengandung, adakah saya dibenarkan untuk menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang sedang mengandung tidak dibenarkan untuk menjalani latihan. Mereka akan ditempatkan sementara di mana-mana bahagian sebelum dipanggil untuk menjalani latihan selepas selesai urusan tersebut dalam kumpulan pelatih yang lain.

3. Soalan: Sekiranya saya mempunyai masalah pernafasan (asthma)/ kecederaan akibat kemalangan, adakah saya boleh menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang mempunyai masalah kesihatan boleh menjalani latihan tetapi bergantung kepada jenis latihan tertentu. Semua pelatih perlu mengistiharkan keadaan kesihatan masing-masing semasa menjalani pemeriksaan perubatan. Kegagalan untuk membuat pengistiharan akan menyebabkan pihak Akademi tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko kejadian yang lebih buruk. Bagi pesakit asthma, anda tidak digalakkan untuk memilih kerjaya ini kerana ia memerlukan kecergasan fizikal dan mental sepanjang masa.

4. Soalan : Adakah saya mesti menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di hospital sebelum melapor diri?
Jawapan: Sebaik-baiknya anda perlu menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sekiranya masa semakin suntuk anda akan dibawa untuk membuat pemeriksaan perubatan selepas melaporkan diri.

5. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa sedang berkursus?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa latihan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan pertama latihan. Kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit akan diberi hanya dengan kebenaran YS Komandan.

6. Soalan: Bagaimanakah cara perhubungan di antara pelatih dengan keluarga?
Jawapan: Pelatih boleh menghubungi keluarga dengan menggunakan surat sahaja. Sekiranya keluarga ingin menghantar surat kepada pelatih, keluarga boleh menghantarkan kepada alamat berikut:-

Kepada: Nama Penuh Pelatih

Nama Platun (Nama Kursus)


Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman.



7. Soalan: Adakah saya akan dibayar elaun semasa menjalani latihan?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibayar elaun. Semua pelatih dianggap telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam. Oleh itu, semua pelatih layak untuk dibayar gaji penuh beserta dengan elaun yang berkaitan. Walaubagaimanapun, proses untuk gaji pertama akan memakan masa selewat-lewatnya 2 bulan selepas mula berkhidmat.

8. Soalan: Saya tidak pernah bekerja dan saya tidak mempunyai akaun KWSP. Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu ke pejabat KWSP?
Jawapan: Tidak perlu. Sila maklumkan kepada pegawai semasa melapor diri dan anda akan dibawa ke pejabat KWSP berhampiran untuk membuka akaun KWSP.

9. Soalan: Adakah semua keperluan boleh dibeli semasa dalam berkursus seperti sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan pewangi bilik?
Jawapan: Semua keperluan tersebut boleh dibeli di Kiosk PESKKAB, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.

10. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk tidak memakai tudung kepala semasa berkursus?
Jawapan: Pihak Akademi menggalakkan semua pelatih bertudung kepala untuk memperlihatkan keseragaman.

11. Soalan: Adakah saya dibenarkan balik ke rumah sepanjang masa berkursus?
Jawapan: Semua pelatih hanya akan dibenarkan untuk balik kerumah selepas 2 bulan menjalani latihan atau selepas menerima gaji pertama. Cuti yang diberi hanyalah cuti hujung minggu.

12. Soalan: Adakah saya perlu membawa sendiri semua ubat-ubatan seperti panadol dan minyak panas semasa melaporkan diri?
Jawapan : Semua keperluan ubat-ubatan peribadi perlu dibawa sendiri. Walaubagaimanapun, pihak akademi ada menyediakan keperluan ubat-ubatan sekiranya perlu.

13. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk membawa wang tunai sepanjang masa latihan?
Jawapan: Semua pelatih boleh membawa wang tunai tetapi tidak digalakkan untuk membawa wang tunai melebihi RM500. Semua makan dan minum pelatih adalah diberi secara percuma sehingga tamat latihan. Sekiranya perlu, pelatih boleh memasukkan wang ke dalam bank dan mengeluarkan apabila perlu.

14. Soalan: Adakah keluarga dibenarkan untuk menghantar saya semasa melapor diri?
Jawapan: Ya. Keluarga boleh menghantar pelatih semasa melapor diri tetapi keluarga hanya dibenarkan berada di kawasan akademi sehingga jam 12 tengahari.

15. Soalan: Adakah saya perlu membawa pakaian untuk keperluan sehingga tamat latihan?
Jawapan: Anda hanya perlu membawa lebih kemeja lengan panjang putih, stokin putih, kasut putih dan seluar track bottom hitam. Selain daripada itu anda tidak perlu membawa seluar denim, seluar track bottom pelbagai warna, kasut sukan pelbagai warna, baju t-shirt berkolar pelbagai warna dan baju t-shirt tanpa kolar. Semua baju yang dipakai sepanjang masa latihan telah ditetapkan dan terkandung dalam surat panggilan melapor diri.



Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

Mengenai pasukan EMRS





LATAR BELAKANG
Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia. Kerajaan juga bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.


OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA
Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.


Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah: Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi. Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara. Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital. Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat: Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan. Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.


JENTERA EMRS
Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu. JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM. JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian. Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 99 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di seluruh negara dan akan bertambah pada masa terdekat.

SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.

Kursus yang perlu dihadiri:-

Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal)

Tahap 2 : Emergency Medical Trauma Technician Advanced (Instructor course) selama 2 minggu. Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan) Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan. Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber. Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.

PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN

Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamtannya.

PENUTUP
Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.


Disediakan oleh: PgB Andy Alie (Bhgn Operasi Putrajaya)
PBT Noorhamidi bin Ali (Akademi Bomba)
Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Soalan lazim tentang kerjaya anggota bomba

banner3vz



1. Soalan: Saya sangat berminat untuk menjadi seorang anggota bomba. Bagaimanakah caranya untuk memohon bagi jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
Jawapan: Sekiranya anda mempunyai kelulusan SPM, anda boleh memohon Jawatan Pegawai Bomba Gred KB 17. Bagi permohonan tersebut, anda perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

2. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Diploma dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

3. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

4. Soalan: Adakah cara lain untuk memohon menjadi pegawai bomba selain daripada melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Jawapan: Sekiranya anda ingin menjadi pegawai bomba dalam erti kata lain memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Bomba Gred KB17, Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 atau Penguasa Bomba Gred KB41, anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA dihttp://www.spa.gov.my.

5. Soalan: Adakah saya boleh memohon melalui Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, sekiranya saya ingin menjadi anggota Bomba?
Jawapan: Tidak boleh. Anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

6. Soalan: Bagaimanakah proses pemilihan bagi memasuki skim Pegawai Bomba Gred KB17 dan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29?
Jawapan: Terlebih dahulu anda perlu membuat permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tunggu sehingga dipanggil untuk melalui Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Ujian Kecergasan yang akan dimaklumkan melalui surat atau laman web SPA. Selepas berjaya dalam Pemeriksaan tersebut, anda akan dipanggil untuk melalui proses seterusnya iaitu Proses Temuduga yang akan dijalankan pada tarikh yang lain. Selepas berjaya dalam temuduga, anda akan ditawarkan untuk Jawatan tersebut sama ada Pegawai Bomba Gred KB17 atau Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Untuk maklumat lanjut bagi proses Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Fizikal atau maklumat lain berkaitan kerjaya, sila klik disini.

Continue Reading
No comments
Share:

PROGRAM LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA



1. Pengenalan
Sebagai satu cara untuk mendekatkan diri Akademi dengan masyarakat, pihak akademi amat mengalu-alukan sebarang program lawatan daripada semua pihak termasuk kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej dan universiti, Agensi Kerajaan dan dari syarikat korporat. Semua program lawatan di Akademi ini dikendalikan oleh Pengajian Keselamatan Kebakaran dan semua pertanyaan boleh dibuat melalui Pegawai Perhubungan Awam atau Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai.

2. Aktiviti Lawatan
2.1 Taklimat Akademi daripada Wakil YS Komandan
2.2 Lawatan Ke Sekitar Akademi.
2.3 Demonstrasi menggunakan Alat Pemadam Api.
2.4 Lawatan ke Galeri Akademi.
2.5 Lain-lain aktiviti boleh dibincangkan bersama Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran

3. Cara Permohonan
3.1 Sediakan surat permohonan dan di alamatkan kepada:-
YS Komandan,
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai,
KM 24, Jalan Kuala Berang,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman

atau;

melalui emel : pro@wakaftapai.fram.edu.my

3.2 Maklumat yang diperlukan di dalam surat permohonan:-

Nama Wakil/ Pegawai bertanggungjawab.
Anggaran / Jumlah sebenar peserta dan pegawai pengiring.
Aktiviti lawatan/ jadual keseluruhan program bermula dari masa bertolak hingga bergerak keluar dari Akademi.
Latar belakang peserta.
Tarikh Cadangan Program.

4. Tindakan Akademi

Memberikan pengesahan/ kelulusan melalui telefon.
Memberikan kelulusan melalui surat rasmi.
Memberikan nama pegawai untuk dihubungi dan nombor telefon pegawai.

Semua perkara di atas hanyalah sebagai gambaran untuk memudahkan pihak awam membuat persediaan yang perlu. Sekiranya ada apa-apa persoalan, sila klik di sini untuk dihubungkan ke Soalan Lazim Lawatan.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, September 22, 2016

Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-14

Assalamualaikum wbt

Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah membuat pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk kali ke-14. Pinjaman berkelompok ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga JBPM.

Berikut adalah disertakan senarai buku-buku yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk tempoh tiga bulan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

Jamilah Binti Sailillah
(Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi)


SENARAI BUKU PINJAMAN BERKELOMPOK KALI KE-14

BIL TAJUK BUKU BARKOD
1 INGIN KUBALAS CINTAMU YA RASULULLAH 1001173392
2 AZAN UNTUK MENCERDASKAN MINDA ANAK SEJAK LAHIR 1001326469
3 ZIKIR, DOA DAN SELAWAT POPULAR 1001118947
4 MENCARI BAHAGIA SESUDAH MATI 1000319663
5 MALAIKAT MAUT DENGAN PARA NABI 1001231226
6 MENGAPA REZEKI SELALU SEMPIT 1001306421
7 DOA AJARAN ILAHI – HIMPUNAN DOA-DOA YANG DIPETIK DARIPADA QURATUL KARIM 1001140148
8 BERSYUKUR SAAT DIUJI 1000804679
9 PETUNJUK BAGI ORANG YANG KEBINGUNGAN DAN TERHADAP HUJAH YAHUDI & KRISTIAN 1000263564
10 NIKAH MUT'AH – NIKAH YANG BOLEH SATU HARI, TANPA WALI, TANPA SAKSI 1001307047
11 100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT 1001261094
12 DAHSYATNYA TAUBAT – 42 KISAH ORANG YANG BERTAUBAT 1000533623
13 BEDUK DIKETUK – KISAH-KISAH YANG DIBERI NAFAS ISLAM 1000779239
14 SEDEKAH LUAR BIASA – KEAJAIBAN AMALAN PENARIK REZEKI 1001332062
15 PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA 1001153261
16 RAHSIA SOLAT TAHAJJUD – UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA SAKINAH 1001262017
17 DIDIKLAH DARI HATI 1001331672
18 WASIAT RASULULLAH KEPADA PARA PENIAGA 1000524812
19 MEDITASI MEMBINA KETENANGAN 1001305252
20 MENJAUHI TABIAT MEROKOK 1001305422
21 KHASIAT MAKANAN SEIMBANG 1001305404
22 TEKNIK MENGURUS TEKANAN 1001305452
23 PANDUAN KETIKA BERLAKU KECEMASAN 1001305442
24 OBESITI YANG MEMBAWA MUDARAT 1001305412
25 MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT 1001305432
26 BERSENAM DEMI KECERGASAN 1001305242
27 KRAF MENARIK – SELUAR JEAN LAMA 1000779181
28 ASAL USUL MELAKA 1001148807
29 ANAK ITIK TUNGGAL 1000542865
30 AKIBAT SOMBONG 1000795867
31 SENANGNYA MATEMATIK – BELAJAR TAMBAH DAN TOLAK 1001243051
32 SENANGNYA MATEMATIK – BELAJAR MENGENAL BENTUK AKHIR 1001243058
33 BACALAH SAYANG 1000577401
34 KUCING YANG TIDAK MENGENANG JASA 1001065387
35 KUPILIH KEJUJURAN 1000569275
36 KEMAAFAN FAZLI 1000539665
37 KISAH MUNIRAH 1000539677
38 KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT 1000575833
39 MAIN CARI CUCU 1001140291
40 MATA APAKAH ITU? 1001134657
41 ANEKA BENDA MENAKJUBKAN 1000772222
42 RAJA SUKA BERBICARA 1000546416
43 AMIRUL DENGAN HELIKOPTER KAYU 1000587179
44 ANEHNYA HIDUPAN AKUATIK 1000772204
45 AGUNGNYA CIPTAAN TUHAN 1000772227
46 DIA ATAU DIA? 1001177290
47 FANTASI PIPI 2 – JOHANNA, CUTI SEKOLAH DAN KELIP-KELIP 1001276471
48 BERATUR 1000397672
49 LOST IN THE JUNGLE 1001238154
50 TRAPPED IN A WELL 1001337641
51 IKMAL BUDAK DEGIL 1001238741
52 AIZZAT MENYEDARI KESALAHANNYA 1001238797
53 CILI MERAH DAN HIJAU BERDAMAI 1001097823
54 DURIAN DAN NANAS YANG NAKAL 1001097834
55 KIMMY YANG BONGKAK 1001259564
56 KAWAN BARU BEAVER 1001259536
57 DERIS BERKHAYAL 1001259417
58 BERUANG BEANY SI PEMBULI 1001259543
59 PUTERI DAIYU DAN KISAH 24 PUTERI-PUTERI CHINA 1001276527
60 ANAK RAKUN YANG PENGOTOR 1001259551
61 SI ANAK TUPAI YANG MENGENANG BUDI 1001259480
62 WARDA YANG PERIANG 1001259486
63 MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA 1001140413
64 MELAKA MENDAPAT NAMA 1001047552
65 TEMPUA BERSARANG RENDAH 1001047467
66 NYAMUK JELMAAN DARI PAYA 1001047575
67 GULLIVER DI NEGERI LILIPUT 1000642552
68 ANJING PEMBURU DENGAN SAHABATNYA 1001189511
69 BERTEMU SEMULA 1001352026
70 NASIHAT BURUNG NURI 1001174828
71 A GUEST FROM THE CITY 1001337593
72 PLEASE AND THANK YOU 1000838978
73 KOLEKSI 33 KISAH SEJARAH MELAYU 1000796077
74 WHERE IN THE WORLDS? 1000/841490
75 WINNIE THE POOH 1000828735
76 SUPER SLEUTHS 1000828813
77 BUNNIES 1000828766
78 THE WISE CROW AND OTHER STORIES 1000734693
79 KAEDAH BACAAN PERTAMA – DENGAN SUKU KATA – TAHAP 1D 1000820381
80 KAEDAH BACAAN PERTAMA – DENGAN SUKU KATA – TAHAP 2D 1000820245
81 KAEDAH BACAAN PERTAMA – DENGAN SUKU KATA – TAHAP 3D 1000820699
82 MUSANG YANG LICIK DENGAN AYAM BETINA KATIK 1001258863
83 HARIMAU BETINA DENGAN ANAK KAMBING 1001258919
84 ALADDIN DENGAN PELITA AJAIB 1001258835
85 SANG ARNAB YANG TAMAK 1001237071
86 TIKUS YANG DEGIL 1001237091
87 NUT LEBAH YANG GARANG 1001139017
88 SOMPTOTONKU 1001134920
89 BERATUR JANGAN BERLARI 1001134730
90 RAJIN ATIKAH RAJIN 1001134667
91 BIRU COKLAT JINGGA 1001134598
92 SI KAYA DAN SI TUKANG 1001134932
93 API! TOLONG! API! 1001134643
94 BERDISIPLIN 1001305842
95 HORMATI GURU 1001305820
96 PATUH PADA PERATURAN 1001305811
97 JAGA KEBERSIHAN 1001305830
98 KEJUJURAN 1001333192
99 TIDAK AMANAH 1001333211
100 TOLONG-MENOLONG 1001333221
101 KEMAAFAN 1001333141
102 BAHANA DEGIL 1001333152
103 KERANA SEBIJI EPAL 1001333201
104 BUMI 1001333002
105 TUMBUH-TUMBUHAN 1001333042
106 BUMI 1001332991
107 TUBUH MANUSIA 1001333021
108 PEREMPUAN YANG SUCI 1001305760
109 KAPAL MENJADI PENYELAMAT 1001305720
110 BINASA RAJA YANG ANGKUH 1001305700
111 PERISTIWA PEMBALASAN DI LANGIT 1001305770
112 DISEMBELIH AYAH SENDIRI 1001305730
113 SAYANG SEKOLAH 1001305850
114 PATUNG-PATUNG DAN KAPAK 1001305750
115 PADA TIGA SUKU HARI 1001283706
116 KOMIK SAINS 1001243271
117 ULTRA QALIF – BUDAK BIASA DENGAN KUASA LUAR BIASA 1000801418
118 ABANG MUNIR – PROJEK MEMIKAT MUNIRAH 1001251626
119 CUTI SEKOLAH – BAH 2 1001239198
120 KAWAN BAIK 1001239301
121 CUTI SEKOLAH – BAH 1 1001239190
122 BAYU SEMALAM PERIT MENCENGKAM 1000529097
123 RAMADAN OH RAMADAN – MUSLIM SHOW 1001243293
124 SUPER SAFEE – TERUS BERLARI 1000639223
125 BAJU RAYA DARI SYURGA 1000649976
126 REDA PINTU HATI 1001243285
127 PUTERA PLANET HIJAU 1001179277
128 TAKAZA – KAU TAK BERJUMPA KERANA KAU TAK MENCARI 1000801423
129 HARI KELAS! 1000582216
130 IKHTIAR HIDUP RIMBA RAYA 1001258043
131 LA FLORA – RALI KHAZANAH DUNIA 1001253911
132 SAMUDERA OSYRIA 1001116639
133 DUNIA DID – DALAM EPISOD KITAR SEMULA 1000775806
134 ANIS KOMPUTER MINI ANIS 1001325849
135 HEBRID SIAPA AKU? 1001231171
136 ALI DAN TUAH – SARANG EMPAT PENJAHAT 1000777202
137 KEMBARA KHAZANAH CINTA 1001258213
138 IKHTIAR HIDUP RIMBA RAYA – DISERANG RAJA REPTILIA 1001258117
139 LILI LULU LALA 1000610953
140 LAWAK KAMPUS – JILID 9 1001162864
141 MISI 10A PLUS 1000850920
142 AKU, KAU DAN SEKOLAH 1000775780
143 TUSUKAN MAUT BERDARAH 1001162841
144 AKADEMI DAPUR HEBAT 1000826753
145 LIUKAN BERBISA TEDUNG VS OROK-OROK 1001258099
146 KEMBARA KHAZANAH JEPUN 1001258317
147 NASIHAT NABI KITA 1001325690
148 KOMIK – M 1001243330
149 AKU, KAU DAN BOLA – PIALA DUNIA 1001243336
150 SELAMAT PAGI CIKGU 1001258309
151 RUMAH PATUNG HANTU 1001112278
152 KOMPLEKS MEMBELI-BELAH 1001111346
153 PENCURI IDENTITI 1001116628
154 GENG NINJA TOTOI – KEMBARA ALAM MAGIS 1001237975
155 MISI TERAKHIR 1001315045
156 SERANGAN TENTERA MERAH 1000559640
157 WARQAH KHALIFAH 1001325709
158 KELUARGA ALYAA BATRISYIA 1001315284
159 AMARAH MUMIA 1001267434
160 IKHTIAR HIDUP MAKAM MAHARAJA PERTAMA QIN 1001258237
161 IKHTIAR HIDUP RIMBA RAYA 1001258148
162 MISI MENYELAMAT KAPPA 1001162786
163 ANCAMAN BOA PURBA 1001162727
164 IKHTIAR HIDUP RIMBA RAYA – 6 1001258021
165 SATRIA JUNIOR 1001325670
166 CUTI SEKOLAH – BAH 1 1001239189
167 HARI INI TIDAK AKAN DILUPAKAN 1001239207
168 HIKAYAT JINGGO SI PEMBURU 1000592107
169 AVIASI FANTASI – BUKAN SEMUA ORANG MAMPU TERBANG 1000838828
170 ANGEL BOY 1000568498
171 ADIWIRA – KEHEBATAN MUSUH BARU 1001243346
172 DONGENG HAIWAN 1001325830
173 PASUKAN X-VENTURE – TUSUKAN MAUT BERDARAH 1001162840
174 AMBUSH PYTHON VS CROCODILE 1001320260
175 IKHTIAR HIDUP DUNIA VIRUS 1001320868
176 DUNIA KARTUN 1001231194
177 GENERASI RAJAWALI JR 1001198697
178 UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI 1000798914
179 IKHTIAR RIMBA RAYA – AMUKAN KALA JENGKING GERGASI 1001258125
180 DUNIA DIDI – PASUKAN KITAR SEMULA 1000775809
181 KEBANGKITAN MUMIA 1001307549
182 LA FLORA – RALI KHAZANAH DUNIA – JILID 1 1001253912
183 ARENA KESATRIA TOMBAK 1001257979
184 BERKILAU DAN BERCAHAYA – TOPIK KESIHATAN 1001320084
185 SATELIT PUAKA 1001283614
186 DUNIA LUQMAN 1001325679
187 KEMBARA KHAZANAH INDIA 1001257964
188 MISTERI ANGKASA BOOM! 1001242964
189 GADIS YANG TIADA DI SITU 1001112268
190 LAUT DALAM 1001258197
191 KELAB SAINS TERHEBAT DI DUNIA 1001258189
192 SAHABAT KEGEMARAN RAMAI 1001244988
193 EVOLUSI 1001179835
194 BUDAK KOMBO 1001318473
195 AKU, KAU DAN BOLA – SEPAKAN PERCUMA 1001164261
196 KEKASIH UPAJAN 1001281507
197 HATI PEREMPUAN 1001218538
198 SAAT KAU LAFAZKAN 1001260264
199 HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI 1001275948
200 CINTA TAK SEMPURNA 1001291599
201 TERIMA AKUS EADANYA 1001306841
202 CINTA JANGAN SAKITI AKU 1001306651
203 AISHITERU 1001278439
204 DIA BUKAN ARISSA 1001278895
205 DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU 1001193855
206 DEKAT PADAMU 1001163194
207 HANYA DIA CINTA 1001342744
208 DIAM-DIAM RINDU 1000605230
209 NILAI CINTAMU 1001155014
210 KASUT HITAM TOPI PINK 1001306700
211 HATIKU TERTINGGAL DI MANCHESTER 1001342629
212 CINTA KITA MCAM DALAM DRAMA TV, CUMA... 1001307006
213 SUARA CINTA KITA 1000779957
214 JANGAN KAU TANGISI 1001075995
215 JODOH DEPAN MATA 1001317096
216 JIKA KAU TIADA 1000582983
217 TUHAN LEBIH SAINTIFIK 1001293026
218 CINTA TAK BERDUSTA 1000605166
219 KERANA SEBUAH JANJI 1000795802
220 SUKA SAYA YA? SUKA SAYA TIDAK? 1000531659
221 KERDIPAN BINTANG CINTA 1001173628
222 BIAR JARIMU KUGENGGAM 1001225621
223 MAMA MIA SHAZA 1000639857
224 JET JONAH 1000531762
225 TELUKI ITU UNTUK AKU 1001070162
226 SEINDAHMU 1001257694
227 PROJEK FESEYN AIN MAISARAH 1000555022
228 CINTA SANG PARI-PARI 1001011043
229 TERTULIS DI HATI 1001317146
230 DALAM HATI ADA DIA? 1001218414
231 NURUL LAILA SURIA 1000542257
232 ISTERI DENGAN SYARAT 1001288291
233 YES BOSS! 1000661846
234 MANISNYA ALUNAN RINDU 1000580213
235 DI HATIKU KAU DI SITU 1000849675
236 CINTA COPY PASTE 1001315737
237 LOVE RIDDLES 1001323955
238 MR PAI EPAL 1001288455
239 CUMA DIA KEKASIHKU 1001342637
240 KERANAMU AKU RELA 1000856228
241 MY LOVELY TENGKU 1001323661
242 DIA KEKASIH HATI 1001342727
243 HARI-HARI AKU RINDU 1001242296
244 SETELAH HATI DIMILIKI 1000856275
245 HARRY PORTER – BANDUAN AZKALAN 1000654353
246 SERU SAJA BINTANG ITU 1000849808
247 LEBIH KURANG 1000799553
248 TANYA SAMA HATI 1000799539
249 ENCIK GULA UNDER AGE? 1001323905
250 KAU KEKASIH GELAPKU 1001177889
251 SUAMI TAK KUHADAP 1000853839
252 MARGASATWA 1001186107
253 SETULUS KASIH INDAH 1001306760
254 LAGU CINTA BUATMU 1001145247
255 TAKKAN MELUPAKANMU 1000817794
256 TITIAN CINTA 1001177876
257 PERGI 1001323916
258 SEPET JODOHKU 1001219859
259 MEREMANG 1001323865
260 BE MY WIFE 1001234866
261 MR. SECRET ADMIRER 1001289219
262 LAVENDER DARI ROCHESTER 1001277265
263 DI MANA TERANGNYA BULAN 1001293768
264 PERMAINAN MAUT 1001307326
265 MAGIS 1000847352
266 MAHAR SETULUS HATI 1000797734
267 PENCURI CINTA 1001164709
268 AKHIRNYA AKU KAHWIN! 1000785363
269 MRS. NOVELIST 1001293195
270 JIKA BUKAN KERANA BINTANG 1000774596
271 GADISKU RABBITA 1001177731
272 ROS BIRU UNTUK DIA 1001277245
273 D'BLUR 1000605185
274 CINTA HATI CIKGU RABBIT 1001291700
275 KUUINGIN CINTAMU 1000849563
276 GELORA ASMARA 1001155407
277 SAH, AKU CINTA KAMU! 1001242456
278 CINTA 100% 1001216453
279 BERIKAN AKU BAHAGIS 1001177960
280 ANTHEM 1001277302
281 TAKDIR FITRAH TERINDAH 1000559290
282 AKU DIIKAT CINTA 13 JAM 1001288340
283 CINTA CAPE TOWN 100278416
284 DIA TUNANG AKU! 1000849609
285 MELODI KASIH 1001155191
286 MELBOURNE, AKU INGIN PULANG 1001219878
287 AKU UNTUKMU 1000847229
288 JERAT HATI 1001288495
289 DEMI WAKTU DEMI NINA 1001317137

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia