Friday, July 29, 2016

Segi tiga kebakaran dan teknik pemadaman


Rekabentuk dan ciri-ciri keselamatan pemasangan jeriji boleh dibuka

Sentiasa bersedia


Pili bomba teman anda

Alat Pengesan Asap

Bomba komuniti kawasan perumahan mulai 2016

Cadang tubuh bomba komuniti setiap taman

Panduan keselamatan android

Gesa tubuh Majlis Keselamatan Air Negara untuk tangani kes lemas


*Sumber daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Kos operasi, gaji guru antara faktor caj tadika swasta mahal


*Sumber daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Patuhi arahan semasa : Waspada kebakaran di pejabat

Fakta Air


  • Sungai tercemar ialah sungai yang telah mengalami perubahan kepada sifat fizikal, kimia dan biologi sehingga menjejas kegunaan berfaedah air, menyebabkan keadaan berbahaya kepada kesihatan atau kebajikan awam atau kepada kehidupan dan tumbuhan.
  • Air digunakan dalam pelbagai aktiviti harian, tiga kegunaan utama ialah: domestik, industri dan pengairan dalam sektor pertanian.
  • Air permukaan adalah air yang mengalir di permukaan Bumi.
  • Kategori air adalah air di dalam sungai, tasik, pantai, dan air larian permukaan. Walaubagaimapaun air tanah juga dikenali sebagai air bawah tanah.
  • Lembangan sungai ialah kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta.
  • Air juga digunakan dalam akuakultur, eko-pelancongan, aktiviti sosial, perlombongan, dan untuk pengeluaran hidroelektrik secara tidak langsung.
  • Tebatan Banjir ialah kerja-kerja yang melibatkan pengurusan kesan banjir, bukan usaha untuk menghalang kejadian banjir daripada berlaku.
  • Air Panas ialah Mata air panas terbentuk apabila air di permukaan bumi menyerap masuk ke bawah tanah lalu di panaskan (boleh sehingga ke takat didih) oleh batuan panas dan kemudian mengalir semula ke permukaan.
  • Air tanah ialah air yang terdapat dalam lapisan tanah atau bebatuan di bawah permukaan tanah.
  • Alur ialah Lekuk pada dasar laut samada ianya tertutup,garisan,sempit,cetek.
  • Banjir ialah satu badan air yang meningkat naik, membuak dan melimpah ke kawasan tanah yang kebiasannya tidak menakung air.
  • Kualiti Air ialah pernyataan mengenai suatu badan air di mana ciri-cirinya boleh diukur dari segi fizikal, kimia dan biologi (sekurang-kurangnya) serta penceritaan (narrative statements) boleh dibuat mengenainya.
  • Loji Rawatan Air ialah tempat menapis dan merawat air.
  • Permatang ialah ketinggian bentuk muka bumi dasar laut yang kedalamannya menjadi cetek tetapi tidak membahayakan keselamatan pelayaran.
  • Air graviti adalah sistem bekalan air dimana sumber air terletak ditempat yang lebih tinggi daripada tempat ianya digunakan. Bekalan air diagihkan melalui daya graviti semulajadi.
  • Kira-kira 97% daripada air di bumi adalah air masin (salt water) dan hanya 3% sahaja air tawar (fresh water). Lebih dua pertiga daripada air tawar merupakan ais manakala bakinya ditemui sebagai air tanah dan sebahagian kecil sahaja sebagai air permukaan.
  • Telaga Aluvium ialah telaga yang digali ke dalam lapisan aluvium bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
  • Telaga Batuan Keras ialah telaga yang digali ke dalam lapisan batuan keras bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
  • Terumbu ialah permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut.
  • Terumbu Karang ialah sejenis haiwan invertebrata yang terbina daripada kalsium karbonat di dalam laut.

*Sumber daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Elakkan pembakaran terbuka

12M - Petua mengatasi keinginan merokok

Friday, July 22, 2016

Haram Guna Wifi Jiran Tanpa Kebenaran

Laman Sosial jejas kekeluargaan

3 Cara Mudah Untuk Makan Lebih Sayuran

sayur-sayuranRamai orang tidak suka makan sayur-sayuran, tak dinafikan ada juga yang suka kepada sayur-sayuran. Saya ada beberapa cara yang akan membantu anda makan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet harian anda.\
 
Ramai di antara kita berfikir sayur-sayuran sebagai sesuatu yang kita makan pada waktu makan, tetapi tidak semestinya begitu. Sudah tentu sangat elok kalau kita dapat makan sayur-sayuran setiap kali waktu makan; tetapi anda juga boleh memasukkan hidangan sayur-sayuran ke dalam sos anda, smoothie dan makanan ringan. Dengan itu, berikut adalah tiga tips terbaik untuk makan lebih banyak sayur-sayuran:

1. Kisarkan Sayuran Bersama Sos Anda
Jika anda tidak suka tekstur atau rasa sayur-sayuran, anda boleh dengan mudah mencampurkan pelbagai sayur-sayuran seperti labu, lobak merah, bayam dan sayur-sayuran berdaun lain ke dalam sos pasta anda. Anda juga boleh campurkan sayur-sayuran ke dalam sos untuk daging atau ikan. Mengadunkan sayur-sayuran ke dalam sos adalah terbaik untuk mereka yang inginkan nutrien daripada sayur-sayuran, tetapi tidak suka kepada rasa atau teksturnya. Cuba dan lihat jika anda akan menjadi salah satu daripada kisah kejayaan.

2. Snek dengan Smoothie Hijau
Cara lain untuk memasukkan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda adalah dengan menggunakannya dalam smoothie hijau. Hijau di sini bukan bermakna anda harus menggunakan sayur-sayuran hijau sahaja. Anda boleh menggunakan sayur-sayuran warna lain seperti labu, lobak merah, tomato dan lain-lain, untuk menambah nutrien kepada diet anda.
Dicadangkan anda tidak menggunakan terlalu banyak buah-buahan, kerana ia akan meningkatkan kandungan gula dalam smoothie. Gunakan sayur-sayuran dengan sedikit buah-buahan untuk perisa. Jika anda ingin menambahkan protein, anda boleh kisar badam atau ricihan kacang lain menjadikannya serbuk dan diadun menjadi smoothie. Dengan cara ini, anda benar-benar tahu bahawa segala-galanya di dalam smoothie anda adalah terus dari alam semula jadi.

3. Menggunakan Sayur-sayuran Sebagai Alat Pencelup
Akhir sekali, kebanyakan kita berfikir bahawa kita perlu menggunakan keropok atau cip untuk mencelup, tetapi sayur-sayuran adalah pilihan yang lebih sihat untuk mencelup ke dalam salsa, mentega kacang, hummus atau kuah-kuah lain. Dengan menggunakan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis bunga, lobak merah, saderi dan lada benggala untuk mencelup, anda akan mengurangkan saiz pinggang dan meningkatkan pengambilan nutrien. Selain dari itu, pilihan ini mungkin boleh juga membantu meningkatkan tahap tenaga anda – bukannya membuat anda merasa lembap, seperti jika memakan kanji diproses seperti kerepek dan keropok.

Kasih Sayang Dapat Menghilangkan Stres

penawar stres 
Kasih sayang mempunyai peranan yang sangat berguna dalam menangani stres. Hubungan kasih sayang boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan anda. Kasih sayang memberi kesan yang hebat kepada jiwa anda, dan ia juga adalah penawar stres semula jadi. Dalam hubungan yang sihat, kuasa kasih sayang adalah cukup kuat untuk membuat hati anda senang, jiwa anda tenang dan badan anda sihat.

Penurunan Stres: Bagaimana Kasih Sayang Membantu

Berkongsi kegembiraan dan cabaran hidup adalah salah satu manfaat utama yang diperolehi daripada sebuah hubungan.
Apabila anda mempunyai perkahwinan atau hubungan yang baik, anda mempunyai seseorang untuk berkongsi kerisauan anda, seseorang untuk meluahkan masalah anda, dan juga untuk bersama anda menikmati masa yang terluang. Hubungan boleh melegakan stres dengan tidak membuat anda memikul setiap beban keseorangan.
Anda juga mempunyai seseorang untuk berkongsi impian masa depan. Seseorang yang akan memberi anda sokongan dan bersama-sama melalui liku-liku kehidupan. Beberapa kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai perkahwinan yang sihat hidup lebih lama dan mempunyai lebih sedikit masalah kesihatan berbanding mereka yang mempunyai masalah dalam perkahwinan atau tidak mempunyai hubungan. Itulah kuasa kasih sayang. Tambah lagi, mereka yang mempunyai perkahwinan bahagia bukan sahaja mendapat manfaat menghilangkan stres, mereka juga jarang murung.
Pasangan yang penyayang akan berkongsi menanggung masalah yang dihadapi, memberi sokongan, mendengar keluhan dan memberi nasihat apabila diperlukan. Dan apabila anda ingin mengingati masa bahagia dan senang anda, pasangan yang penyayang dapat membantu anda mengingatinya.

Memperbaiki Hubungan

Jika anda mempunyai hubungan suami isteri, rakan, atau dengan yang tersayang, yang sedikit bergolak, usahakan untuk menyelesaikannya. Hubungan yang tidak sihat merupakan salah satu punca stres yang boleh dijauhkan, dan memperbaikinya boleh mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan anda. Berusaha untuk memperbaiki hubungan akan membuat anda merasa gembira.
Memulakannya mungkin terasa sukar, tetapi usahakan untuk mendekati yang tersayang. Lihat sama ada terdapat masalah atau isu yang merenggangkan hubungan, yang perlu ditangani untuk meneruskan hubungan bahagia. Atau, jika jarak di antara anda makin bertambah, usahakan untuk membina semula hubungan itu.

Permulaan Ke Arah Hubungan Baik

Tidak semua orang selesa untuk menunjukkan kasih sayang atau kemesraan – mungkin ia adalah personaliti atau pengaruh keluarga ketika mereka membesar. Jika menunjukkan kasih sayang atau kemesraan adalah sukar untuk anda. Demi untuk memperkukuhkan hubungan, pertimbangkan untuk mula meluahkan perasaan anda kepada mereka yang anda sayangi.
Menunjukkan kasih sayang sebenarnya boleh menjadi kebiasaan, dan kita boleh belajar bagaimana untuk mengubah kebiasaan atau tabiat. Mulakan dengan langkah kecil, dekati secara fizikal seperti memeluk atau dengan sentuhan lembut, atau dengan kata-kata mesra. Dari situ, anda perlahan-lahan boleh membina hubungan dan kasih sayang anda. Ucapkan tahniah kepada diri anda setiap kali anda keluar dari zon selesa anda, dan perhatikan kesan yang berlaku kepada pasangan anda.

Belajar Untuk Menunjukkan Kasih Sayang

Fikirkan apa jenis kasih sayang atau kemesraan yang anda ingini di dalam hubungan anda. Gambarkan kemesraan tersebut dan bagaimana anda hendak menunjukkannya. Berlatih melakukannya di dalam minda anda untuk membiasakan diri menjadi lebih penyayang. Baca buku tentang cara untuk menunjukkan kasih sayang, atau cari contoh dalam filem atau rancangan televisyen.
Fikirkan tentang kemesraan dan berapa banyak anda mengambil berat tentang orang yang anda mahu tunjukkan kasih sayang. Fikirkan tentang perkara tersebut sepanjang hari.
Kehidupan ini mempunyai banyak penyebab stres dan juga cabaran, dan anda memerlukan seseorang untuk menyokong anda menyusuri masa-masa sukar – sama ada pasangan, ahli keluarga, kawan baik atau rakan kongsi. Dan ia sama penting untuk mempunyai seseorang untuk berkongsi kegembiraan dan sesuatu yang ingin disambut atau dirayakan. Luangkan masa untuk memberi tumpuan kepada hubungan dalam hidup anda, dan meraih manfaatnya. Penawar stres yang berkesan akan diperolehi hanya dengan mengetahui bahawa anda mempunyai kasih sayang, sokongan dan bantuan daripada orang yang dikasihi.

Ikan Bakar atau Panggang Dapat Tingkatkan Kesihatan Otak

Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan pengalihan fokus daripada omega-3s kepada memakan ikan, asli dan mudah, bakar atau panggang, untuk meningkatkan kesihatan otak.

“Kajian kami menunjukkan mereka dengan pola makan yang termasuk ikan bakar atau panggang, tapi bukan digoreng, memiliki isipadu otak lebih besar di bahagian yang berkaitan dengan memori dan kognisi,” kata penyelidik kanan James T. Becker, PhD, profesor psikiatri, Fakulti Perubatan, University Pittsburgh.

fish-baked-in-salt-crust-newMeskipun banyak kajian yang memuji pelbagai manfaat kesihatan asid lemak omega-3 terutamanya kesihatan otak, namun Becker dan pasukannya tidak terkesan dengan pengaruh omega-3s dalam kajian mereka.

“Kami tidak menemui kaitan antara tahap omega-3 dan perubahan otak ini, yang membuat kami sedikit terkejut,” katanya. “Ia membuat kami menyimpulkan bahawa kami menerokai ke dalam satu set umum faktor gaya hidup yang memberi kesan kepada kesihatan otak di mana pemakanan hanya sebahagian daripadanya.”

Dengan menggunakan imbasan otak MRI resolusi tinggi, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Cyrus Raji dari Residensi Latihan Radiologi, Universiti California, Los Angeles (UCLA), menganalisis data daripada 260 orang yang pada masa yang sama mengambil bahagian dalam kajian kesihatan jantung. Peserta yang kesemuanya terdiri daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas, dinilai berada dalam kesihatan kognitif yang baik dalam tempoh 10 tahun kajian berlangsung, yang bermula pada tahun 1989. Secara teratur, peserta melaporkan sendiri pengambilan pemakanan mereka.

“Dalam kajian ini, peserta menjawab soalan mengenai amalan pemakanan mereka, seperti berapa banyak ikan yang dimakan dan bagaimana ia disediakan,” kata Raji.

“Ikan bakar atau panggang mengandung tahap omega-3 lebih tinggi berbanding ikan goreng, disebabkan asid lemak hancur dalam suhu tinggi penggorengan, justeru kami mengambilkira perkara tersebut ketika kami memeriksa imbasan otak mereka.”

Penyelidik menyimpulkan bahawa peserta yang makan ikan bakar atau panggang sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki isipadu korteks otak besar (grey matter) kira-kira 4.3% lebih besar berbanding yang tidak memakannya. Kognisi mereka pun lebih unggul 14 peratus berbanding yang tidak makan ikan dan lebih cenderung untuk mempunyai pendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak makan ikan.

“Ini menunjukkan bahwa faktor gaya hidup, dalam kes ini adalah makan ikan, bukannya faktor biologi yang menyumbang kepada perubahan struktural di dalam otak. Gabungan faktor gaya hidup bertanggungjawab ke atas kesihatan otak yang lebih baik, dan ini mungkin mencegah atau menunda masalah kognitif yang mungkin berkembang di kemudian hari,” tambah Becker

Friday, July 1, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin

 Assalamualaikum wbt...

Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga JBPM.. 

Berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...