Wednesday, August 17, 2016

20 Fakta Menarik Mengenai Malaysia

Sempena bulan kemerdekaan ini, mari kita mengimbau kembali sejarah Malaysia dan kemerdekaannya. Bukannya untuk mengajar subjek Sejarah kepada anda tetapi hanya ingin berkongsi 20 fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin anda juga sudah tahu tetapi apa salahnya kita sama-sama mengimbau kembali sejarah negara kita sendiri.
Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut tahu :
(1) Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina),Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
(2) Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.
(3) Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.
merdeka_1957_tunku_abdul_rahman
(4) Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.
(5) Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.
(6) Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
jalurgemilang
Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
(7) Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
(8) Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.
(9) Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.
laila_majnun
Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.
PFS(10) Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.


nasi kandar(11) Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di kalangan  penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk ole pendatang India Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan bertentangan dengan Pasar di Jelutung.
(12) Waktu tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk memanjangkan waktu siang; pada 1 hb September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2 jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia.
askar jepun(13) Kota Bharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah – Bicycle Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat ke2 terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya.
179788101_c76338aced_m
(14) Landasan keretapi pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang  Kuala Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km.



(15) Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.klia-sgbesiLapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.

(15) Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb November, 1957.

(16) Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16 September, 1963. Walau bagaimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 2 minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan yang ditetapkan.
bintang3
(17) Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun  PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.
bukit kepong(18) Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis.200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis.

yapahloy(19) Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka.
Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun.
Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.
(20) Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis dan Belanda seperti:

clip_image002
A Famosa – Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Gereja St Paul2Gereja St. Paul – Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan “Our Lady of The Hill”.


Antara hasil peninggalan sejarah yang lain ialah Bukit Cina, Patung St Francis Xavier, Porta de Santiago, Bangunan Stadhuys (Peninggalan Belanda), Kota St John, Perigi Hang Li Po dan banyak lagi.

Tuesday, August 2, 2016

Sejarah Logo Dan Tema Hari Kebangsaan

 








1976 - KETAHANAN RAKYAT

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.

Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.






1977 - BERSATU MAJU

Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.

Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.

Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.




1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.

Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.




1979 - BERSATU BERDISIPLIN

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.

Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.




1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.




1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI

Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.




1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.

Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.




1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.

Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.




1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.




1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.

Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.




1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.

Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.




1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan.

Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.




1988 - BERSATU
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.




1989 - BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional.

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.

Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.




1990 - BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.

Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.

Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.






1991 - WAWASAN 2020
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.

Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.







1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.

Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.




1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
Rekabentuk:

Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.

Warna:

Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.

Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.

Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia




1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan 

Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.

Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat.

Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.




1995 - JATIDIRI PENGERAK WAWASAN
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. 

Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara.

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.

Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. 
Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.

Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.




1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

Warna 
Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.
Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. 
Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.




1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. 

Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.







1998 - NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.

Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.







1999 - BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.

Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.





2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006  - KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.







2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.







2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.










2009 - 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.


Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.






2010 - 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.






2011 - 1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA



Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian





Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku





Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta





Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa


Logo Merdeka 2015



Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...