Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.. Maaf zahir dan batin diucapkan, berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman.. Pastikan anda menutup semua kelengkapan elektrik dengan menutup dan mencabut plug, pastikan semua tingkap dikunci dan sila buat laporan kepada pihak polis semasa ketiadaan anda di rumah..

Ingatan tulus ikhlas,
Warga kerja Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM


Wednesday, June 14, 2017

Tip sewakan rumah

Image result for house to rent

Bagi anda yang mempunyai hartanah untuk disewakan, anda perlu mengambil kira beberapa perkara berikut agar hartanah tersebut mudah menarik minat penyewa.

1. Bersih rumah
Bersihkan rumah sepenuhnya untuk kemasukan penyewa baru. Bagi yang sewakan dengan perabot dan peralatan, pastikan ianya berfungsi dengan baik. Sediakan kemudahan yang paling disukai oleh penyewa seperti kipas, penyaman udara, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, ddapur dan pemanas air.

2. Iklan rumah
Pastikan anda mengiklankan rumah anda dengan menggunakan pelbagai medium, termasuk website hartanah, di kedai-kedai, atau di pagar rumah bagi mendapatkan penyewa dengan mudah.

3. Lantik ejen
Menyewa rumah memang nampak mudah, tapi sekiranya anda berdepan dengan kekangan masa, anda boleh melantik ejen hartanah untuk mencarikan penyewa rumah tersebut. Dan pastikan ejen yang dilantik adalah terlatih dan profesional. Khidmat profesional ini memudahkan urusan anda termasuk menyediakan perjanjian sewa beli.

4. Harga menarik
Letak harga yang menarik dari hartanah sekitar yang lain. Penyewa akan mencari rumah yang membuat tawaran yang hebat dan termasuk ciri-ciri rumah yang menarik. Jadi pastikan anda mengiklankan ciri-ciri dan kemudahan yang terdapat pada rumah anda.

5. Pilih penyewa
Cari penyewa yang mampu bayar sewa bulanan tepat pada masa dan juga boleh menjaga rumah sewa dengan baik. Dapatkan maklumat mengenai bakal penyewa lebih-lebih lagi keupayaan kewangan mereka. Tanya pekerjaan dan gaji mereka. Ia dapat membantu anda menilai tahap kewangan mereka.

6. Perjanjian sewa
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, perjanjian hartanah yang lengkap serta dimeterai lengkap dengan setem duti adalah penting untuk menjamin hak pemilik dan juga hak penyewa. Malah pemilik juga mendapat kelebihan menerusi pendapatan sewa untuk dinilai pihak bank. 

Kini tak gayat dah - Keratan Akhbar Metro 11 Jun 2017

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Wednesday, June 7, 2017

5 Tip kedudukan membaca

Image result for reading books

Lazimnya kita ada pelbagai postur semasa membaca buku dan ianya bergantung pada situasi, mood dan medium yang sedang kita gunakan. Kebanyakan orang akan berada di dalam kedudukan duduk semasa membaca, tidak kurang juga ada yang membaca sambil berbaring di atas tilam dan ada juga yang membaca mengikut postur keselesaan masing-masing.

Tetapi menurut sumber Times Of India, ada beberapa postur dan kedudukan yang sesuai yang boleh dipraktikkan semasa membaca. Anda boleh mencuba beberapa kaedah kedudukan seperti berikut :

1) Duduk dengan selesa
Sebelum memulakan bab menarik dalam buku yang dipegang, perkara yang perlu diutamakan adalah pilih kedudukan yang selesa, jika tidak kaki anda menjadi sakit dan bahananya anda tidak boleh fokus pada pembacaan. Penting untuk anda memastikan peredaran darah yang lancar ke kaki dengan menentukan kedudukan kerusi yang betul.

2) Beri sokongan pada kaki
Jika anda ingin duduk dalam postur yang santai, anda boleh menyokong kaki dengan meletakkan alas seperti kusyen kecil. Keadaan yang selesa dapat membantu anda memberi tumpuan penuh pada bahan bacaan.

3) Sokongan pada belakang
Jangan lupakan juga pada keselesaan belakang selain daripada kaki! Memberi sokongan kepada belakang ialah satu kemestian ketika duduk. Berada dalam keadaan membongkok ke hadapan boleh memberi kesan kepada leher dan belakang. Pastikan anda duduk secara tegak dan elakkan daripada membaca dalam keadaan yang membongkok. Tindakan itu akan mengundang sakit belakang dan memberi ketidakselesaan kepada anda.

4) Mata
Mata antara organ penting yang digunakan semasa membaca. Jadi semasa membaca, pastikan anda selesa dengan jarak antara mata dan buku. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan bantal kecil untuk menyokong siku dan lengan semasa memegang buku.

5) Rehat
Sejujurnya, segala perkara yang kita lakukan perlukan rehat. Begitulah juga dengan membaca, cuba beri ruang kepada diri sendiri untuk berehat daripada terus memberi fokus kepada bacaan semata-mata. Anda boleh selitkan dengan secawan kopi ataupun sedikit senaman regangan badan yang ringan supaya aktiviti sebegini mampu memberi sedikit ruang rehat dalam tempoh membaca.



Friday, May 12, 2017

Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-16

Assalamualaikum wbt

Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah membuat pinjaman berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk kali ke-16. Pinjaman berkelompok ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga JBPM.

Berikut adalah disertakan senarai buku-buku yang telah dipinjam daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk tempoh tiga bulan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman di perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

Jamilah Binti Sailillah
(Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi)


Keratan akhbar : Ada apa dalam jentera bomba?

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Thursday, May 11, 2017

Novel adaptasi dari drama bersiri bomba 'Hero'

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Jika anda telah terlepas peluang untuk menonton drama bersiri kebombaan 'Hero', kini anda boleh miliki novel yang diadaptasi daripada drama tersebut.

Novel yang diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd telah berada di pasaran sekarang dengan harga RM29.90 senaskhah.

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Sinopsis

Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut.

Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya.

Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya.

Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut?


Thursday, April 20, 2017

Gerun Lihat Mangsa Putus Tangan Jatuh Jambatan - Keratan Mingguan Wanita 24-30 Mac 2017

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Bahagia Biarpun Jadi Wira Tak Didendang - Keratan Mingguan Wanita 7-13 April 2017

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Larian Bersama Bomba



larian bomba


Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Tahun 2017, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur akan menngajurkan Larian Bersama Bomba kali ke 15 tahun 2017 yang merupakan acara tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Larian Bersama Bomba Tahun 2017 ini akan menggunakan vanue/tempat yang sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dimana ianya akan diadakan pada 06 Mei 2017 hari Sabtu.

Larian Bersama Bomba 2017 membawa tema “Bersama Mencegah Kebakaran” dan juga “Bantu Bomba untuk Membantu Anda” adalah dengan harapan untuk menarik penyertaan dari semua lapisan masyarakat di seluruh negara dan terdapat pelbagai aktiviti sampingan serta pameran akan diadakan pada hari tersebut.

Penyertaan Larian Bersama Bomba 2017 dibuka kepada 9 kategori dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30 (Kategori A-G) manakala sebanyak RM 20 bagi kategori H&J


Setiap penyertaan akan diberikan T-Shirt larian dan juga sijil penyertaan sekiranya Berjaya menamatkan larian mengikut kategori penyertaan.

Thursday, April 13, 2017

Larian Jerai Bersama Bomba


https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

SYARAT –SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas yang Warganegara Malaysia sahaja
2. Yuran Penyertaan : RM 40.00 setiap peserta
3. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit terus ke akaun atas nama (Persatuan Sukan, Kebajikan Dan Kebudayaan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah) CIMB 8007038010
***Sila kemukakan slip pembayaran semasa penyerahan borang dan WhatsApp kepada 016-9776462 (Ezzat) atau emel (ezzat-ezani.bomba@1govuc.gov.my)
4. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 10 MEI 2017 jam 5.00 petang.
5. Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah dan semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah atau melayari laman sesawang www.bomba.gov.my
6. Borang penyertaan yang lengkap beserta bayaran hendaklah dihantar kepada urusetia secara terus di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah atau semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah
7. Peserta boleh mengambil Baju dan Nombor pada tarikh 8, 9, & 10 Mei 2017 (Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) di Ibu Pejabat Bomba Alor Setar, Pejabat Zon Sungai Petani, Pejabat Zon Kulim dan Balai Bomba Guar Chempedak.
8. Peserta boleh mengambil sijil penyertaan selepas larian di tamatkan.

WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA
JARAK LALUAN : 10 KM


Sebarang pertanyaan, pendaftaran sila hubungi :
Yunus (Ibu Pejabat) : 012-539 4525
Ezzat (Alor Setar) : 016-977 6462
Hamizul (Kulim) : 013-251 9038
Azmir (Sungai Petani) : 012-571 7124
Safuwan (Guar Chempedak) : 016-412 8995
Zuhair (Langkawi) : 013-602 2542

Majlis Perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2017

https://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Wednesday, March 8, 2017

Tag nama pada beg

Image result for travel

Keterujaan balik ke kampung atau percutian panjang di dalam dan luar negara sempena cuti perayaan tidak terungkap dengan kata-kata. Segala persiapan pastinya sudah siap dan beg penuh dengan pakaian juga sudah tersedia. Kesesakan di lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api dengan orang yang ramai mengundang kepada pelbagai hal terutama kehilangan beg. Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan. Tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda? Tips ini mungkin dapat membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.


    Image result for tag name for travel
  • Gantung tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg dan jangan lupa kunci. Anda juga boleh meletakkan mangga atau 'padlock' supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
  • Daftar masuk penerbangan seawal mungkin mengelakkan anda kehilangan beg. Ini kerana, dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.
  • Selain itu, beg anda juga tidak akan bercampur dengan beg dalam penerbangan lain jika berlaku kekalutan semasa proses daftar masuk.
  • Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di lokasi tuntutan bagasi.
  • Secara tidak langsung, anda tidak keliru mencari beg anda terutama apabila sesetengah penumpang lain mempunyai rekaan, warna serta saiz yang sama dengan beg anda.
  • Pastikan pembantu penerbangan meletakkan tag destinasi yang betul pada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tetapi ia untuk kebaikan anda juga.
  • Kekerapan anda melancong membuatkan bagasi anda dipenuhi dengan pelbagai pelekat. Justeru, bagi mengelak kehilangan beg, buang segala pelekat atau tag lama yang ada. Tindakan tidak membuang pelekat atau tag lama itu mengundang kekeliruan, sekali gus menjadi salah satu faktor beg anda hilang.
  • Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir. Pastikan juga salinan kod pelekat beg anda sentiasa bersama dan tidak dibuang walaupun anda sudah berada di dalam pesawat. Ini kerana, jika berlaku kehilangan, nombor rujukan yang dilekatkan pada beg anda sangat membantu.
  • Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas 'carousel' sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di lapangan terbang.
  • Pastikan juga anda mengingati bilangan beg yang dibawa terutama jika anda melancong bersama keluarga dan anak-anak.

Tuesday, March 7, 2017

Melancong perlu menabung

Image result for saving for tripTidak punya wang, bajet tidak mencukupi dan banyak lagi jawapan yang akan diberikan ketika diajak bercuti di luar negara. Selain tiada masa, wang adalah faktor paling penting bagi menentukan mewujudkan percutian impian terutama di luar negara. Sama seperti impian atau cita-cita lain, melancong juga harus diusahakan dan memerlukan perjuangan atau pengorbanan. Antara perjuangan yang harus dipersiapkan adalah menabung. Tip kali ini mungkin dapat membantu anda menabung untuk bercuti di destinasi yang diidamkan. 




Menabung mata wang asing
Disebabkan mata wang yang paling 'laku' di dunia adalah dolar Amerika Syarikat, cara menyimpan wang paling efektif untuk melancong adalah dalam mata wang ini. Menukar wang simpanan kepada mata wang dolar bukan sahaja menyenangkan tetapi juga salah satu cara menyimpan wang bijak. Nilainya yang tinggi dan sentiasa diterima di mana-mana agensi kewangan serata dunia memudahkan anda jika menukarnya kepada mata wang negara yang dikunjungi. Selain dolar Amerika Syarikat, euro dan poundsterling juga adalah mata wang yang menguntungkan untuk disimpan kerana 'laku' di kebanyakan negara. Bagaimanapun, jika sudah tahu negara atau tempat tujuan, anda juga boleh terus membeli mata wang negara dituju.

Menabung tidak seharusnya wang
Menabung untuk melancong tidak seharusnya wang semata-mata. Ini kerana menyimpan atau mengumpul keperluan saat bercuti nanti juga boleh meringankan beban anda. Sebagai contoh, bulan pertama mengeluarkan wang untuk membeli tiket perjalanan diikuti dengan penempahan bilik penginapan di bulan kedua  seterusnya membeli kelengkapan perjalanan di bulan ketiga dan bulan-bulan berikutnya barulah menyimpan wang tunai sebagai perbelanjaan sepanjang bercuti. Menabung juga berkait dengan masa. Semakin jauh tempoh percutian yang dirancang, semakin besar jumlah wang yang boleh ditabung. Justeru, jika perancangan bercuti bersama insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan, menabung membantu menyenangkan percutian anda.

Akuan tabung berasingan
Wang kalau ada  di depan mata pasti akan digunakan untuk pelbagai hal.  Penyelesaiannya adalah dengan membuka akaun tabung berasingan dari akaun tabung yang digunakan sehari-hari. Membuka akaun khusus untuk melancong sememangnya memudahkan anda merancang perbelanjaan sepanjang bercuti nanti.

Jangan berhutang untuk bercuti
Berhutang untuk berjalan-jalan adalah tidak wajar. Termasuklah berhutang dengan kad kredit. Berhutang tidak akan membuatkan perjalanan anda lebih menyenangkan tetapi mengundang kepada penyiksaan. Ini kerana dengan berhutang anda akan dibebani dengan hutang saat pulang sekaligus membuatkan kewangan peribadi anda menjadi tidak sihat. Jika terpaksa menggunakan kad kredit, biarlah jumlahnya masih mampu dilunaskan dua tiga kali pembayaran setiap bulan. Jangan sampai balik dari percutian yang menyeronokkan tetapi masih perlu membayar hutang selama enam bulan atau sehingga setahun.

Tentukan tempoh bercuti
Penting untuk menentukan tujuan dan tempoh percutian yang bersesuaian dengan kemampuan. Jangan memaksa diri bercuti di tempat yang mahal hanya untuk bergaya atau mahu menunjuk-nunjuk. Bercuti mengikut kemampuan supaya matlamat percutian itu tercapai dan memberikan 1001 kenangan terindah buat anda.

Wednesday, March 1, 2017

5 Kesan Buruk Tangguh Waktu Makan

Image result for makan

Perubahan hormon
Apabila waktu makan ditangguhkan maka berlakulah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Selain membuatkan pertambahan berat badan, anda juga akan berhadapan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala.

Masalah di bahagian pencernaan
Sebaliknya, makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi. Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar da teratur.

Kenaikan berat badan
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan cara 'mencuri' waktu makan maka tindakan itu adalah salah sama sekali. Kebiasaannya cara itu hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.

Pengaruhi tabiat makan
Mengelak waktu makan pastinya akan menjejaskan waktu makan anda yang sebenar. Oleh sebab itu, jangan sekali-kali cuba untuk menangguhkan waktu makan yang menjadi kebiasaan anda.

Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur mampu melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi fungsi normal dari keseluruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.

Kompilasi diabetes
Sekiranya anda tergolong sebagai pesakit diabetes maka menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak? Justeru, apabila anda menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan mulai berkurangan. Secara tidak langsung ia menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan ia kurang berfungsi dengan baik.

Tuesday, February 28, 2017

Tahukah anda tentang Unit HAZMAT

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Letupan Kilang Mercun di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991, menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status Negara perindustrian. Ekoran daripada kejadian itu, kerajaan telah membentuk Majlis Industri Kebangsaan Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya yang diurus setia oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 24 jawatankuasa kecil telah dibentuk meliputi pelbagai aspek seperti pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, import dan eksport, pembungkusan, pembuangan dan lain-lain. Daripada jawatankuasa tersebut sebanyak tujuh jawatankuasa telah melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Melalui keputusan Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia diminta mengambil tanggungjawab mengendalikan kemalangan yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya dan peraturan pengendalian kemalangan dibuat oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Peraturan ini dikenali sebagai CIMAH ( Control Of Industrial Major Accident Hazards).

Menyedari tanggungjawab ini, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengorak langkah dengan menghantar seorang pegawai kanan iaitu Tuan Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bagi mengikuti Kursus Hazardous Materials Course (HMC) di Fire Services College, Moreton in Marsh, United Kingdom pada tahun 1992.

Explorasi yang dibuat oleh beliau telah memberi laluan kepada pihak kolej bagi mengendalikan Kursus Khas Hazardous Materials untuk Malaysia. Ekoran daripada itu seramai 11 orang pegawai kanan bomba dihantar untuk menghadiri kursus khas ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Tuan Hj. Zurkarnain Bin Mohd Kassim.

Sekembalinya mereka dari United Kingdom, pasukan ini telah dipertanggungjawabkan untuk merangka rancangan jangka panjang dan jangka pendek bagi penubuhan pasukan HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini telah menggubal modul latihan, mereka bentuk jentera dan kaedah bertindak sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan bahan kimia berbahaya.

Akhirnya pada 28 Oktober 1992, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menerima sebanyak 7 buah jentera HAZMAT dan ditempatkan seperti berikut :

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam, Selangor
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kerteh, Terengganu
  • Pasir Gudang, Johor
  • Jalan Perak, Pulau Pinang
  • Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (bagi tujuan latihan)


Petikan daripada : Buletin Integriti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia edisi kedua 2016



Monday, February 20, 2017

Makanan untuk mencantikkan kulit

Image result for ikan salmon
Ikan salmon
Ikan merupakan sumber protein dan omega yang baik untuk kesihatan kulit wajah terutamanya seperti ikan tuna dan salmon. Ikan salmon mengandungi protein tinggi untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Sekiranya anda makan ikan salmon secara teratur,  ia sangat membantu memperbaiki tekstur kulit, selain bagus untuk mata, kuku dan rambut.


Image result for green tea
Teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat memberi perlindungan pada kulit daripada sinar ultra violet yang menjadi penyebab timbulnya tanda-tanda penuaan. Pengambilan teh hijau secara rutin juga boleh membantu meremajakan sel-sel kulit, meringankan maslah jerawat dan mencerahkan kulit.


Image result for spinach
Bayam
Bayam merupakan sayuran yang baik untuk kesihatan kulit. Ia mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besi dan kaya dengan antioksidan. Sekiranya diambil setiap hari, ia membantu menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan masalah jerawat pada kulit.


Image result for lemon juice
Jus lemon
Buah yang kaa dengan khasiat ini memang dikenali sebagai buah yang sangat baik untuk perawatan kulit. Minum jus lemon segera sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu meremajakan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan menyembuhkan banyak masalah kulit.


Image result for avocado
Avokado
Buah ini mengandungi lemak sihat yang dapat memberi manfaat untuk menjaga kelembapan kulit wajah terutama bagi anda yang memiliki jenis kulit kering. Sekiranya diambil secara rutin dan teratur sama ada anda makan secara terus ataupun dibuat jus, avokado dapat membantu membersihkan dan menyegarkan kulit wajah.

Image result for badam
Badam
Badam mengandungi vitamin E yang berperanan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ambil segenggam badam untuk setiap hari membantu melembapkan kulit dan membuat kulit cerah serta bercahaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...