MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, March 7, 2017

Melancong perlu menabung


Tidak punya wang, bajet tidak mencukupi dan banyak lagi jawapan yang akan diberikan ketika diajak bercuti di luar negara. Selain tiada masa, wang adalah faktor paling penting bagi menentukan mewujudkan percutian impian terutama di luar negara. Sama seperti impian atau cita-cita lain, melancong juga harus diusahakan dan memerlukan perjuangan atau pengorbanan. Antara perjuangan yang harus dipersiapkan adalah menabung. Tip kali ini mungkin dapat membantu anda menabung untuk bercuti di destinasi yang diidamkan. 

Menabung mata wang asing
Disebabkan mata wang yang paling 'laku' di dunia adalah dolar Amerika Syarikat, cara menyimpan wang paling efektif untuk melancong adalah dalam mata wang ini. Menukar wang simpanan kepada mata wang dolar bukan sahaja menyenangkan tetapi juga salah satu cara menyimpan wang bijak. Nilainya yang tinggi dan sentiasa diterima di mana-mana agensi kewangan serata dunia memudahkan anda jika menukarnya kepada mata wang negara yang dikunjungi. Selain dolar Amerika Syarikat, euro dan poundsterling juga adalah mata wang yang menguntungkan untuk disimpan kerana 'laku' di kebanyakan negara. Bagaimanapun, jika sudah tahu negara atau tempat tujuan, anda juga boleh terus membeli mata wang negara dituju.

Menabung tidak seharusnya wang
Menabung untuk melancong tidak seharusnya wang semata-mata. Ini kerana menyimpan atau mengumpul keperluan saat bercuti nanti juga boleh meringankan beban anda. Sebagai contoh, bulan pertama mengeluarkan wang untuk membeli tiket perjalanan diikuti dengan penempahan bilik penginapan di bulan kedua  seterusnya membeli kelengkapan perjalanan di bulan ketiga dan bulan-bulan berikutnya barulah menyimpan wang tunai sebagai perbelanjaan sepanjang bercuti. Menabung juga berkait dengan masa. Semakin jauh tempoh percutian yang dirancang, semakin besar jumlah wang yang boleh ditabung. Justeru, jika perancangan bercuti bersama insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan, menabung membantu menyenangkan percutian anda.

Akuan tabung berasingan
Wang kalau ada  di depan mata pasti akan digunakan untuk pelbagai hal.  Penyelesaiannya adalah dengan membuka akaun tabung berasingan dari akaun tabung yang digunakan sehari-hari. Membuka akaun khusus untuk melancong sememangnya memudahkan anda merancang perbelanjaan sepanjang bercuti nanti.

Jangan berhutang untuk bercuti
Berhutang untuk berjalan-jalan adalah tidak wajar. Termasuklah berhutang dengan kad kredit. Berhutang tidak akan membuatkan perjalanan anda lebih menyenangkan tetapi mengundang kepada penyiksaan. Ini kerana dengan berhutang anda akan dibebani dengan hutang saat pulang sekaligus membuatkan kewangan peribadi anda menjadi tidak sihat. Jika terpaksa menggunakan kad kredit, biarlah jumlahnya masih mampu dilunaskan dua tiga kali pembayaran setiap bulan. Jangan sampai balik dari percutian yang menyeronokkan tetapi masih perlu membayar hutang selama enam bulan atau sehingga setahun.

Tentukan tempoh bercuti
Penting untuk menentukan tujuan dan tempoh percutian yang bersesuaian dengan kemampuan. Jangan memaksa diri bercuti di tempat yang mahal hanya untuk bergaya atau mahu menunjuk-nunjuk. Bercuti mengikut kemampuan supaya matlamat percutian itu tercapai dan memberikan 1001 kenangan terindah buat anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia