MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, June 7, 2017

5 Tip kedudukan membaca

Image result for reading books

Lazimnya kita ada pelbagai postur semasa membaca buku dan ianya bergantung pada situasi, mood dan medium yang sedang kita gunakan. Kebanyakan orang akan berada di dalam kedudukan duduk semasa membaca, tidak kurang juga ada yang membaca sambil berbaring di atas tilam dan ada juga yang membaca mengikut postur keselesaan masing-masing.

Tetapi menurut sumber Times Of India, ada beberapa postur dan kedudukan yang sesuai yang boleh dipraktikkan semasa membaca. Anda boleh mencuba beberapa kaedah kedudukan seperti berikut :

1) Duduk dengan selesa
Sebelum memulakan bab menarik dalam buku yang dipegang, perkara yang perlu diutamakan adalah pilih kedudukan yang selesa, jika tidak kaki anda menjadi sakit dan bahananya anda tidak boleh fokus pada pembacaan. Penting untuk anda memastikan peredaran darah yang lancar ke kaki dengan menentukan kedudukan kerusi yang betul.

2) Beri sokongan pada kaki
Jika anda ingin duduk dalam postur yang santai, anda boleh menyokong kaki dengan meletakkan alas seperti kusyen kecil. Keadaan yang selesa dapat membantu anda memberi tumpuan penuh pada bahan bacaan.

3) Sokongan pada belakang
Jangan lupakan juga pada keselesaan belakang selain daripada kaki! Memberi sokongan kepada belakang ialah satu kemestian ketika duduk. Berada dalam keadaan membongkok ke hadapan boleh memberi kesan kepada leher dan belakang. Pastikan anda duduk secara tegak dan elakkan daripada membaca dalam keadaan yang membongkok. Tindakan itu akan mengundang sakit belakang dan memberi ketidakselesaan kepada anda.

4) Mata
Mata antara organ penting yang digunakan semasa membaca. Jadi semasa membaca, pastikan anda selesa dengan jarak antara mata dan buku. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan bantal kecil untuk menyokong siku dan lengan semasa memegang buku.

5) Rehat
Sejujurnya, segala perkara yang kita lakukan perlukan rehat. Begitulah juga dengan membaca, cuba beri ruang kepada diri sendiri untuk berehat daripada terus memberi fokus kepada bacaan semata-mata. Anda boleh selitkan dengan secawan kopi ataupun sedikit senaman regangan badan yang ringan supaya aktiviti sebegini mampu memberi sedikit ruang rehat dalam tempoh membaca.



1 comment:

  1. hihi....sya selalu tak ikut mcm tip ni..sebab lebih suka baca sambil baring

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia