MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, July 25, 2017

11 panduan hidup tanpa murung

Image result for happy life


1. Minta bantuan
Jangan malu untuk mendapatkan bantuan bagi menangani situasi dalam kehidupan. Tiada siapa yang menjangka untuk menghadapi beban hidup yang sukar. Mencari bantuan daripada pasangan hidup, rakan sekerja atau kawan dapat melegakan sedikit beban emosi kita.

2. Bersenam
Senaman adalah cara yang sempurna untuk mengalahkan lamunan. Bukan sahaja ia membantu membina tubuh yang lebih baik tetapi juga meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan. Bersenam membantu merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang menstabilkan perasaan serta memendamkan kemurungan.

3. Bercakap dengan psikiatri
Cara yang paling mudah dan mujarab mengatasi kemurungan adalah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi akan membantu anda dalam mendapatkan punca kemurungan dan membantu dalam mengurangkan masalah.

4. Memelihara haiwan
Haiwan peliharaan mempunyai perhubungan yang unik dengan tuannya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kesan kemurungan, berbanding mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini akan membantu kita menghindari perasaan negatif.

5. Tidur
Tidur malam yang berkualiti adalah satu keperluan untuk kembali kepada positif. Penyelidikan menunjukkan bahawa tidur selama 7 sehingga 8 jam setiap malam menunjukkan kurang gejala kemurungan berbandng mereka yang kurang tidur, Tidur juga membantu mengurangkan beban emosi dan pulih dari kemurungan.


Image result for happy life


6. Ikut preskripsi
Ubat yang ditetapkan adalah bahan kimia yang boleh membantutkan permulaan kemurungan. Dengan mengikuti dos yang telah ditetapkan, kita secara beransu-ansur dapat mengembalikan kesihatan mental.

7. Diet seimbang
Pengambilan diet sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat akan membantu dalam pengawalan emosi. Diet yang seimbang bukan sahaja mengekalkan kesihatan fizikal tetapi juga dapat memulihkan perasaan kecewa.

8. Mendengar muzik
Apabila tertekan, mendengar muzik boleh menjadi rangsangan yang cepat untuk fikiran yang tertekan. Muzik mempunyai keupayaan untuk mengubah perasaan, meningkatkan semangat dan emosi. Bagaimanapun, seseorang itu perlu mengelak daripada mendengar lagu-lagu sedih kerana ia boleh memberi kesan negatif ke atas emosi. 

9. Membaca buku motivasi
Ramai pengarang terkenal telah menulis buku tentang panduan bagaimana untuk berfikir secara positif. Buku-buku seperti ini dapat membantu memberi nasihat yang mudah bagaimana seseorang itu boleh menangani kemurungan mereka. Ia juga akan memberikan motivasi yang diperlukan dalam mengharungi kekecewaan. 

10. Jadi positif
Mengekalkan pandangan yang positif dalam kehidupan adalah cara terbaik untuk menyimpang kepada pemikiran yang menyedihkan. Apabila minda menjadi negatif serta menyalurkan pemikiran itu ke arah positif, kita dapat merungkai kesan kemurungan.

11. Sinaran matahari
Kehangatan sinat mentari amat sesuai dalam menghindari fikiran negatif. Vitamin D oleh rembesan hormon daripada sumber cahaya matahari membantu dalam mengukuhkan perasaan. Apabila kita berasa sugul, pergilah keluar untuk mendapatkan sinaran matahari untuk mendapatkan emosi yang lebih baik. 

1 comment:

  1. memelihara haiwan tu mmg betul terapi kan. Ada org suka bela kucing, ikan, burung dan sebagainya.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia