Wednesday, August 23, 2017

Panduan mengemas dapur

Image result for clean kitchen


Mengekalkan kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sendiri sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutama ketika memasak. Tugas untuk  memastikan ruang ini sentiasa bersih memang memenatkan terutama jika kita memiliki anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian kita. 

Berikut adalah beberapa tips untuk meringankan bebanan kerja mengemas di dapur yang boleh kita praktiskan bersama-sama.

  • Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan. Ini termasuk bekas aiskrim, botol plastik dan peralatan memasak seperti penapis. Masukkan semua barang ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan jika masih tidak digunakan, buang atau berikan kepada orang lain. Selain itu, penggunaan barangan di dapur perlu diminimumkan mengikut kesesuaian keluarga.  Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah.

  • Selepas memasak, basuh semua peralatan memasak. Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihkan. Menangguhkan kerja mencuci boleh menambahkan bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Anda perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak. Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk yang dikumpul tidak dicuci. Jika anda sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak-anak anda akan mudah sahaja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sehingga berbau dan berulat baru hendak membuangnya.

  • Selain itu, tuala dapur dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunakan air panas.

  • Gunakan papan pemotong yang diperbuat kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara. Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunakan air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Papan pemotong perlu dibersihkan dengan rapi terutamanya selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan. Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

  • Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakkan kotoran masuk ke dalam makanan. Kemudian bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap kali penggunaan.

  • Mesin pengisar perlu dibuka dan dibersihkan selepas digunakan bagi mengelakkan kesan kotoran melekat.

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air suam. Jangan sesekali menggunakan sabun atau bahan pencuci. 

Thursday, August 10, 2017

BELI RUMAH ‘SECOND HAND’. LAKUKAN 3 PERKARA INI UNTUK JIMATKAN KOS PEGUAM

Image result for rumah

1) Ini Penting! Tukar nama ada segala bil utiliti
Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water. Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah ‘second hand’, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama. Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).

Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :

A: Buka akaun baru
Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama. Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada.



B: Sambung guna akaun pemilik lama
Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sajaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama. Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.



2) Jangan lupa tukar nama pada rekod cukai pintu
Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu. Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disedikan untuk proses pertukaran nama ini:

• Salinan kad pengenalan
• Salinan SNP
• Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)
• Salinan cukai pintu terkini

Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis
*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*

Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut. Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda! Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya? 

Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli. Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.

Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit pon, Cuma kena luangkan masa sedikit untuk uruskannya.

Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan. Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak. Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung.



Artikel dari Gila Hartanah
Petikan artikel dari Majalah Impiana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...