MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, August 28, 2017

Perkara penting yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap

  • Pastikan anda membeli kanta lekap daripada optometri berlesen. Jangan sesekali membeli kanta lekap yang murah daripada internet kerana dikhuatiri ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada mata. 
  • Dapatkan pemeriksaan selepas anda menggunakan kanta lekap dalam tempoh yang panjang kerana ada kemungkinan ia boleh menimbulkan sebarang komplikasi atau mengubah fisiologi mata. 
  • Jangan sesekali memakai kanta lekap yang sudah rosak atau telah tamat tempoh yang ditetapkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mata. 
  • Kanta lekap bersifat lembut dan mudah kering apabila ia terdedah dengan haba. Memakai kanta lekap di dalam bilik yang berhawa dingin boleh menyebabkan mata mudah kering. Oleh itu, pakailah penitis mata yang dikhaskan untuk kanta lekap agar mata anda kekal lembap. 
  • Pastikan anda mementingkan kebersihan tangan sama ada sebelum, semasa atau selepas memakai kanta lekap. Basuh dan keringkan tangan anda terlebih dulu sebelum anda menyentuh kanta lekap. 
  • Jangan sesekali membasuh kanta lekap anda dengan menggunakan air paip, air suling yang dibuat sendiri atau menggunakan larutan pencuci yang telah tamat tempoh. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula ialah tiga bulan selepas larutan tersebut dibuka. 
  • Cuci dan rendam kanta lekap dengan multipurpose solution yang disarankan oleh optometri. 
  • Buang larutan rendaman dalam bekas penyimpanan setiap kali selepas anda memakai kanta lekap. Gunakan larutan rendaman yang baharu ketika hendak merendam kanta lekap semula. 
  • Jangan sesekali berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain. 
  • Pastikan anda memakai kanta lekap sebelum memakai alat solek dan buka kanta lekap sebelum anda mencuci solekan. 
  • Seperti kanta lekap, bekas penyimpanannya juga harus ditukar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengelakkan pembiakan kuman di dalam bekas tersebut. 
  • Simpan bekas penyimpanan kanta lekap dalam suhu bilik atau persekitaran yang kering. Elakkan daripada menyimpannya di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap. 
  • Jika mata anda bermasalah seperti merah, kabur atau pedih, berhentilah daripada memakai kanta lekap dan berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia