MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, September 27, 2017

Makluman perubahan kekerapan majalah

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Dimaklumkan ada perubahan maklumat mengenai kekerapan majalah terbitan Grup Majalah Karangkraf. Sebanyak 3 majalah yang terlibat iaitu :-



BIL

TAJUK MAJALAH

PERUBAHAN KEKERAPAN

BULAN TERBITAN

TARIKH BERKUATKUASA


1

KELUARGA

2 BULAN SEKALI

JAN, MAC, MEI, JULAI, SEPT, NOV

SEPT  2017
2
RASA
5 ISSUE SETAHUN
JAN, APR, MEI, JUN, OKT
OKT 2017
3
IMPIANA
3 BULAN SEKALI
JAN, APR, JULAI OKT
OKT 2017

  SEKIAN, TERIMA KASIH.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, September 21, 2017

Rumah harum mewangi tanpa keluar duit

Image result for potpourri

Potpuri dari kelopak bunga kering yang dihasilkan daripada kelopak bunga, buah dan rempah yang dikeringkan serta diberikan wangian bernuansa natural untuk menyegarkan ruang kediaman. Potpuri sangat sesuai diletakkan di bahagian ruang kediaman seperti bilik tidur, bilik air dan ruang tamu. Ianya akan menambah aroma pada keseluruhan kediaman. Cara untuk membuat potpuri ini, ambil bunga mawar dan campurkan beberapa rempah ratus seperti kulit kayu manis, cengkih, kopi, atau daun teh serta hirisan limau atau lemon. Kepelbagaian bahan ini akan memberi kesan bau yang tersendiri. Bahan tadi dijemur sehingga kering dan taburkan ia ke atas kain yang bersih. Letakkan di dalam mangkuk cantik lalu tambahkan minyak aromaterapi beberapa titik. Jangan terlalu banyak bila dititikkan minyak aromaterapi kerana baunya akan menyengat. Anda juga boleh menyimpan potpuri di dalam bunjut yang cantik dan hadiahkan kepada rakan-rakan.

Image result for daun pandanImage result for daun pandan

Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, daun pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah. Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma  harum semerbak di dalam bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.


Image result for limau nipis
Belah limau nipis atau kasturi kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Hirisan limau nipis atau kasturi juga boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal untuk menghapuskan kotoran berminyak.



Image result for serai wangi

Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga. Caranya ambil beberapa batang serai wangi dan buang sedikit daunnya, letak di dalam bekas yan panjang. Makin lama serai wangi ini akan mengeluarkan aroma makin kuat.

Image result for pudina

Wangian segar dan harum dari daun pudina, dengan cara ambil beberapa helai daun pudina dan rendam di dalam bekas berisi air. Letak di mana-mana sudut sama ada anda boleh letakkan di meja ruang tamu contohnya. Daun pudina ini mampu bertahan selama dua hingga tiga hari.

Image result for flower potpourri

Beberapa jenis bunga mampu mengharumkan kawasan kediaman dan boleh bertahan sehingga seminggu. Contohnya bunga melur, harum sundal malam, cempaka, kenanga, kemboja, kesidang dan lili putih. Ambil beberapa kuntum bunga yang anda kehendaki dan letak di dalam bekas, anda pasti akan terhidu bau yang harum ini memenuhi ruang rumah anda.

Image result for baking soda and aromatherapy

Tidak puas hati dengan penyegar udara (air freshener) yang dijual di pasaran, apa kata anda buat sendiri jenama anda dan pastinya lebih menjimatkan duit anda. Cara membuatnya, ambil botol spray kosong, satu sudu teh baking soda, pewangi aromaterapi jenis essential oil seperti lavender. Guna dalam tiga titik dan air secukupnya. Masukkan air dalam botol spray, masukkan baking soda dan essential oil dan goncang. Siap dan boleh digunakan pada ruang bilik tamu, bilik air dan bilik tidur. Boleh juga digunakan pada fabrik dan juga karpet atau mungkin juga boleh menjadi wangian dalam kereta.

Continue Reading
2 comments
Share:

10 barang tinggalan sejarah yang menggerikan

Image result for grave cage

Sangkar kubur - Di era Victoria (zaman di mana Ratu Victoria memerintah Inggeris), perkuburan di sana dikurung dengan sangkar untuk mengelakkan mayat berubah menjadi vampire.

Image result for mary magdalene st maximin

Mary Magdalene - Mary Magdalene yang berada di ruang bawah tanah gereja St. Maximinin la Saint Baurne yang terletak di Perancis.

Image result for sorcerer chair punish

Kerusi penyihir - Kerusi ini digunakan pada abad ke-18 untuk menyeksa dan menghukum pada orang-orang yang mempunyai kuasa sihir. Dikatakan sesiapa yang duduk di atas kerusi ini akan terbunuh secara perlahan-lahan sehingga kekurangan darah.

Image result for gergaji pemotong tulang manusia

Gergaji pemotong tulang manusia - Gergaji ini bukan digunakan untuk memotong kayu sebaliknya ia berfungsi untuk memotong tulang manusia bagi keperluan perubatan.

Image result for vampire hunter equipment

Peralatan memburu vampire - Vampire memang sinonim dengan masyarakat Inggeris. Alat-alat inilah yang digunakan untuk memburu vampire  pada abad ke-20.

Image result for dead animal by post in london 1930

Pos berdarah - Di London pada tahun 1930-an, pejabat pos mengizinkan orang ramai untuk menghantar bangkai haiwan mati melalui perkhidmatan pos selagi darahnya tidak bersepah.

Image result for norton motor with coffin

Motor Norton - Motorsikal unik dari Inggeris ini digunakan untuk mengangkut keranda pada suatu masa dahulu.

Kepala mumi via pupln

Kepala mumia - Ianya ditemui dan dipercayai daripada awal abad ke-20.

Pisau berlumuran darah via pulpn

Koleksi mata pisau - Mata pisau yang ditemui ini cukup mengerikan kerana ia masih lagi berlumuran darah walaupun usianya telah lama.

Poison book via pupln

Almari racun - Almari ini digunakan untuk menyimpan racun pada abad ke-17.

Continue Reading
1 comment
Share:

Tuesday, September 19, 2017

Selamatkan sofa koyak

Image result for old sofa

Sayangnya sofa yang dibeli mahal harus dibuang kerana kecacatan yang dialami. Jika dihantar untuk pembaikan, sudah tentu kita perlu banyak keluarkan wang untuk mengembalikan bentuk sofa yang asal. Mungkin kerana itu ramai yang mengambil keputusan sama ada membeli yang baru dan ada juga yang membuangnya begitu sahaja. Ruginya sedangkan dengan sedikit usaha sofa yang dibaiki sendiri ini akan menampakkan sisi yang lebih cantik dan berseni. 

Sebenarnya ada cara untuk memulihkan keadaan sofa yang sudah rosak ataupun terkoyak. Namun perlu diingatkan kaedah ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai sofa bermaterial kain sahaja.

Kait benang paten crochet - Sesuai untuk sofa yang mengalami kerosakan di bahagian bucu sofa. Kain sofa terkoyak dan anda kreatif menampal kerosakan itu dengan benang kait bercorak crochet. Untuk hasil lebih menarik kait crochet berbentuk sejambak bunga bagi menutupi koyakan yang ada.

Guna teknik patchwork - Teknik jahitan patchwork atau quilting boleh digunapakai dalam menjahit semula bahagian sofa yang telah koyak. Cara jahitan ini iaitu menjahit dengan mengambil beberapa perca kain menjadikan ia satu motif yang berbeza. Pastikan ukuran kain perca itu lebar dan sama panjang. Anda boleh mereka bentuk untuk menghasilkan bentuk segitiga, segi panjang atau segi empat. Mengikut kehendak diri, jahitnya di sekitar tempat koyakkan dan hasilnya pasti mengejutkan anda.

Tampal fabrik bercorak - Jika bahagian depan sofa yang berlaku kerosakan, tampalkan dengan fabrik bercorak untuk meliputi bahagian tersebut. Ambil perca kain baju kurung yang terpakai, ukur siap terlebih dahulu pada kerosakan yang dialami. Gunting perca kain bercorak mengikut saiz yang dikehendaki. Ambil gam dan tampal di tempat yang ada masalah. Pastikan kain yang dipilih warnanya senada dengan rona sofa.

Jahitan sulaman - Jika anda mahir menjahit sulaman, apa kata anda gunakan bakat itu dengan membaiki sofa anda yang koyak. Disebabkan sofa yang diperbuat daripada kain ini boleh ditanggalkan kainnya, maka senang untuk anda menjahit sulaman di tempat yang mengalami kerosakan. Tunjukkan kemahiran anda  dalam melakukan teknik jahitan sulaman dengan menggunakan benang satin pelbagai warna dengan corak yang dikehendaki. Jahit dengan kemas pada bahagian yang rosak itu.

Guna tampalan croshet - Jahitan crochet mungkin agak sukar untuk dijahit terus pada kain sofa. Anda boleh buat jahitan crochet dan gunakan gam menampal di bahagian yang mengalami kerosakan. Contohnya di bahagian atas lengan bahu sofa. Jahitan crochet dengan cara tampalan ini dilihat dapat membantu meliputi kerosakan yang ada. Luaskan kreativiti dengan menampalkan jahitan crochet yang berlainan corak dan warna.

Guna fabrik warna hitam - Bagi anda yang tidak pandai dalam membuat teknik crochet dan sulaman, anda boleh guna fabrik kain yang berwarna hitam untuk menutup bahagian sofa yang terkoyak. Gunting kain dan jahit atau tampal di tempat koyakan. Boleh juga guna material seperti vinyl bagi memudahkan proses suai padan dengan rona sofa. Diingatkan jika kerosakan itu amat banyak dan luas, lebih sesuai untuk anda gunakan teknik tampalan jahitan sulaman, crochet dan patchwork untuk menutupi bahagian yang terkoyak tersebut. Kerosakan yang dibaiki itu tidak nampak cacat tetapi kelihatan sofa itu penuh dengan unsur kesenian. 

Continue Reading
No comments
Share:

Kesilapan dalam menurunkan berat badan - Mengawal berat badan dengan sihat

Image result for healthy

Masalah berat badan berlebihan merupakan satu masalah yang semakin serius di dalam masyarakat Malaysia. Ramai yang mengambil pendekatan dengan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Namun tanpa kita sedari, ada berlaku kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan.

1) Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam
Senaman amat penting untuk menurunkan berat badan, tetapi dengan hanya bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan, ia satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan akan menyebabkan berat badan sukar untuk diturunkan malah berat badan akan bertambah. Ini kerana ramai orang mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka bahawa dengan kalori yang telah dibakar itu maka dia tidak perlu lagi mengawal jumlah makanan yang diambil.

2) Makan produk yang 'rendah lemak'
Kita sering memilih makanan atau produk yang dilabelkan sebagai 'rendah lemak' dan merasakan produk-produk ini baik untuk kesihatan selain membantu menurunkan berat badan. Hakikatnya produk-produk ini sebenarnya mempunyai nilai kalori yang tinggi kerana kandungan gulanya juga tinggi. Pengeluar produk-produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi mereka menambah kandungan gula untuk menjadikan produk-produk itu lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu seperti kekacang, avokado, minyak zaitun dan lemak omega-3 daripada ikan amat baik untuk menurunkan berat badan. Malah kajian terkini juga menunjukkan bahawa makan minyak kelapa membantu untuk menurunkan berat badan.

3) Minum minuman 'diet'
Kajian mendapati pengambilan minuman 'diet' akan menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman 'diet' akan menghadapi sehingga 70% peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Dalam kajian yang sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti akan bertambah sehingga 41% untuk penggemar minuman 'diet'. Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan yang rendah kalori dalam minuman 'diet' ini akan meningkatkan selera makan dan menghalang otak daripada mendapat 'isyarat kenyang' apabila perut telah penuh. Jadi minum air mineral adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan.

4) Terlalu kerap menimbang berat badan
Seseorang yang ingin menurunkan berat badan kadangkala terlalu obsesi dengan nombor pada alat penimbang. Ia sebenarnya boleh menjadi 'penghalang' kepada seseorang yang ingin menurunkan berat badan. Berat badan bukanlah kayu ukuran kepada kesihatan anda. Berat badan yang ditimbang dengan alat penimbang tidak membezakan berat otot, air, lemak dan makanan dalam perut anda. Jika anda terlalu kerap menimbang berat badan, anda akan menjadi lebih cepat kecewa jika anda mendapati berat badan anda tidak turun atau turun dengan kadar jumlah yang amat sedikit atau lebih buruk lagi berat badan anda bertambah pula.

5) Terlalu yakin dengan kemampuan diri
Sikap terlalu yakin dengan kemampuan diri untuk berdiet dan mengikut 100% pemakanan sihat sepanjang masa akan menyebabkan anda menjadi cepat kecewa apabila anda 'terlanjur' makan makanan yang tidak sihat. Peruntukkan 20% dalam jumlah makanan anda untuk sesekali 'termakan' makanan yang kurang sihat dan pastikan dalam 80% corak pemakanan anda ialah pemakanan yang sihat. Bersikap sederhana seperti ini akan memastikan berat badan yang sihat kekal lebih lama dan lebih praktikal dalam kehidupan seharian.

6) Terlalu berpantang atau diet melampau
Walaupun terlebih makan adalah di antara punca berat badan berlebihan, tetapi janganlah anda makan terlalu sedikit dan berpantang keterlaluan sehingga anda menjadi terlalu kurus dan akan mendapat masalah kekurangan zat makanan pula. Jika anda berlapar terlalu kerap, badan akan berubah menjadi 'mode kebuluran' (starvation mode). Metablisme badan akan turun dan segala yang anda makan walaupun sedikit akan disimpan sebagai 'lemak' dan 'otot' serta menjadi kecut. Apabila anda tidak mampu untuk meneruskan seperti ini, maka anda akan mula makan tanpa kawalan kerana selera anda bertambah-tambah dan semuanya akan menjadi lemak.

Continue Reading
No comments
Share:

Jenis-jenis teh dan manfaatnya

Image result for tea

Teh yang terkenal dengan sifat antioksida mula muncul dan digunakan sejak zaman Dinasti China. Ia menjadi antara minuman tertua di dunia yang cukup popular dan menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat dengan penyediaan yang berbeza di setiap negara. Selain teh diminum pada waktu santai, teh juga terkenal memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah : 

Teh hijau - Teh hijau dibuat daripada daun teh yang hanya melalui satu kali penyaringan. Dalam secawan teh hijau hanya terdapat 25 miligram kafein. Ia terkenal sebagai minuman kegemaran untuk mereka yang sedang berdiet kerana teh ini memiliki kandungan antioksida yang sangat tinggi. Malah teh hijau  dapat membantu melancarkan metabolisme badan dan meningkatkan ketahanan tubuh.

Teh Oolong - Teh oolong dikatakan hampir sama dengan teh hitam kerana melalui proses penapaian dalam waktu yang sangat singkat. Ia mengandungi 30 miligram kafein dalam satu cawan dan kandungan antioksidanya juga lebih tinggi daripada teh hijau. Teh oolong sangat bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia akan mengaktifkan enzim yang mampu mengusir lemak yang disimpan dalam sel lemak atau lebih dikenali sebagai trigliserida.

Teh chamomile - Teh ini dibuat daripada bunga chamomile. Ia sangat bagus untuk menenangkan fikiran, melegakan sakit perut, mengurangkan gejala flu, mengatasi kegelisahan dan menjadikan tidur anda menjadi lebih lena. Bagi yang mengalami masalah tidur, teh jenis ini amat bagus untuk diamalkan.

Teh putih - Disebabkan oleh proses pembuatannya agar rumit maka teh putih ini dikatakan sebagai salah satu teh yang termahal di dunia. Ia diperbuat daripada daun teh yang sangat muda atau tunas dewasa yang masih belum bergulung. Walaupun nama teh ini digelar sebagai teh putih, jenis teh ini bukanlah berwarna putih sebaliknya ia hadir dengan warna kuning pucat. Teh putih berkhasiat bagi kesihatan tubuh dan mengandungi kadar kafein yang lebih sedikit daripada teh hijau.

Continue Reading
No comments
Share:

8 cara untuk hilangkan parut jerawat

Image result for acne scar

1) Madu - Madu sememangnya terkenal sebagai pelembap semula jadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan. Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah tampak lebih bersinar dan cerah. Untuk mengurangkan parut jerawat, sapukan madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.

2) Lemon - Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik. Malah patinya juga boleh mengurangkan parut jerawat pada wajah. Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

3) Minyak zaitun - Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

4) Putih telur - Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga kembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang berparut hitam disebabkan oleh jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air bersih.

5) Lidah buaya - Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat terutamanya untuk menghilangkan parut pada wajah. Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya miliki bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Anda hanya perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap di dalam kulit. Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

6) Masker beras - Beras juga menawarkan banyak khasiat kepada kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk sehingga halus. Rendamkan semalaman dengan segelas air. Keesokkan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan pada wajah yang berparut dan biarkan selama 30 minit. Akhir sekali bilas dengan air suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

7) Asam jawa - Asam jawa juga boleh membantuk mengurangkan kesan jerawat pada wajah. Caranya mudah sahaja, ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan ia tidak terlalu cair. Sapu ramuan tadi pada kulit berparut kira-kira 20 ke 30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang memiliki kulit kering.

8) Jus timun - Timun sangat bagus untuk kecantikan kulit wajah. Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut. Biarkan selama 30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, September 13, 2017

Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?




Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut : 
  1. Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my
  2. Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia. 
  3. Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.

*Sumber daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Blue Ocean Strategy

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Pengarang : W. Chan Kim, Renee Mauborgne
Penerbit : Harvard Business School Press
ISBN : 978-1-59139-619-2

Sipnosis
Blue Ocean Strategy provides a systematic approach to making the competition irrelevant. In this frame-changing book, Kim and Mauborgne present a proven analytical framework anf the tools for successfully creating and capturing blue oceans. Examining a wide range of strategic moves across a host of industries, Blue Ocean Strategy highlights the six principles that every company can use to successfully formulate and execute blue ocean strategies. The six principles show how to reconstruct market boundaries, focus on the big picture, reach beyond existing demand, get the strategic sequence right, overcome organizational hurdles, and build execution into strategy. Upending traditional thinking about strategy, this landmark book charts "a bold new path to winning the future."

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W.5178/85] (hingga 1hb November 2013)

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Disusun oleh : Lembaga Penyelidikan Undang-Undang
Terbitan : International Law Book Services
ISBN : 967-89-1570-7

Sipnosis 
Buku ini mengandungi susunan undang-undang kecil bangunan seragam dan menjadi panduan kepada arkitek-arkitek, para pelajar yang mengambil bidang binaan bangunan dan menjadi rujukan kepada Penguasa dan Pengawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis buku : 2004 Emergency Response Guidebook

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my

Penerbit : J.J. Keller & Associates, Inc.
ISBN : 1-59042-391-7

Sipnosis
The 2004 Emergency Response Guidebook (ERG2004) was prepared by the staff of Transport Canada, the U.S. Department Of Transportation, and the Secretariat Of Communications and Transport Of Mexico with the assistance of many interested parties from goverment and industry including the collaboration of CIQUIME Of Argentina. The Principal authors of the ERG since its inception have been Transport Canada's Michel Cloutier and U.S. DOT's George Cushmac.

ERG2004 is based on earlier Transport Canada, U.S. DOT, and Secretariat Of Communications and Transport emergency response guidebooks. ERG2004 is published in three languages ; English, French and Spanish. The Emergency Response Guidebook has been translated and printed in other languages, including Chinese, German, Hebrew, Japanese, Portuguese, Korean, Hungarian, Polish, Turkish and Thai.

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia