MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, February 15, 2018

Tips makan snek tetapi ingin berdiet

Image result for healthy snacks

Ambil makanan yang tinggi serat 
Pengambilan serat yang tinggi semasa waktu makan utama boleh melambatkan rasa lapar seperi sayur-sayuran yang tinggi dengan serat.

Teruskan kunyahan anda
Mengunyah gula-gula getah boleh mengurangkan rasa lapar. Oleh itu, rasa hendak makan snek akan semakin berkurangan.

Snek aiskrim buah
Sejukkan buah-buahan dan jadikan sebagai snek. Menjadikan buah-buahan sebagai snek bukan sahaja menyihatkan tetapi ianya menyeronokkan kerana anda boleh makan tanpa perlu risau tentang jumlah kalori yang diambil.

Tidur yang cukup
Tidur yang kurang berkualiti dan tidak mencukupi pada malam hari akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan pada waktu pagi. Ianya disebabkan keadaan hormon yang tidak seimbang.

Snek di restoran mamak
Ambil tosai atau capati sebagai hidangan snek. Elakkan anda mengambil roti canai ataupun roti nan berkeju dengan limpahan kuah dhal. Kuah banjir? Elakkan sama sekali. Sebaliknya cicah kuah di atas tosai atau capati. Sebelum memesan minuman, beritahu kuantiti gula yang anda perlu, contohnya, "Mamak, teh 'o' gula satu sudu teh sahaja."

Kerapkan senaman
Diet yang rendah kalori sesuai digandingkan dengan senaman yang lebih kerap iaitu lebih tiga kali seminggu untuk menurunkan berat badan.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia