MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, March 16, 2018

Berita kematian anggota bomba

Image may contain: 1 person, text and outdoor

Assalamualaikum wbt..

Dukacita dimaklumkan bahawa anggota bomba daripada Balai Bomba Temerloh, Abu Zarin Bin Hussin yang dikenali sebagai 'Wira Penyelamat' telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.40 pagi tadi. Arwah dikatakan telah dipatuk oleh ular tedung yang baru ditangkap semasa menjalankan tugas kes kecemasan mengenai ular tedung di Bentong.

Arwah merupakan seorang pakar dalam penangkapan reptilia berbisa ini dan menjadi jurulatih dalam skop tugasan penangkapan reptilia berbisa dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. 

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan salam takziah daripada kami untuk keluarga arwah. 

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Al-Fatihah
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia