PEMBANGUNAN SISTEM PINJAMAN


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi menggunakan Sistem Pengurusan Pusat Sumber (S-LIB V5001). Ia merupakan sirkulasi sistem peminjaman, pemulangan, dan tempahan buku secara berkomputer. Sistem ini dilengkapi dengan modul yang mempunyai standard antarabangsa pengkatalogan iaitu Utiliti MARC 21 dan Z39.5. Sistem ini mula digunakan pada awal tahun 2009.


Sistem ini turut mempunyai sistem WEBOPAC (Online Public Access Catalog) untuk memudahkan pencarian bahan / buku. Sistem WEBOPAC hanya boleh diakses di dalam perpustakaan ini sahaja (INTRANET).




SISTEM PENGKELASAN

 Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi menggunakan dua jenis sistem pengkelasan iaitu Library Of Congress Classification System (LCC) dan Dewey Decimal Classification System (DDC). Tujuan pengkelasan ini adalah :-

1) Menyusun bahan-bahan buku dan bukan buku dalam satu susunan teratur dan sempurna.
2) Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses dan mencari bahan dengan mudah dan cepat.


KELAS UTAMA DALAM DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION SYSTEM (DDC)

KELAS      PERKARA
000-099    Karya am
100-199    Falsafah & psikologi
200-299    Agama
300-399    Sains kemasyarakatan
400-499    Bahasa
500-599    Sains tulen & matamatik
600-699    Teknologi
700-799    Kesenian
800-899    Kesusasteraan
900-999    Geografi & sejarah




No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...