PERATURAN DAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN


PERATURAN AM PERPUSTAKAAN
  1.  Berpakaian sopan dan kemas di dalam perpustakaan.
  2. TIDAK DIBENARKAN merokok, makan dan minum serta tidur di dalam perpustakaan.
  3. TIDAK DIBENARKAN membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
  4. TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang bahan yang tidak dipinjam melalui sistem (buku, majalah, suratkhabar) keluar dari perpustakaan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada kakitangan perpustakaan.
  5. TIDAK DIBENARKAN membuat pinjaman terhadap majalah keluaran terbaru sehingga tempoh yang tertentu.
  6. Kakitangan perpustakaan BERHAK menegur pengguna-pengguna perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  7.  
     
 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli perpustakaan.
  2. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 3 buah dalam masa seminggu.
  3. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  4. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  5. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  6. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  7. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  8. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
     
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
  • SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENJADI AHLI PERPUSTAKAAN? 
Semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh Malaysia dengan mengisi borang keahlian Perpustakaan yang boleh didapati di dalam blog rasmi perpustakaan atau di kaunter perpustakaan.
  • BAGAIMANA DENGAN ORANG AWAM ATAU PENGGUNA DARI KEMENTERIAN / JABATAN / INSTITUSI LAIN?    
Mereka HANYA DIBENARKAN MEMBUAT RUJUKAN SAHAJA.
  • APAKAH KRITERIA YANG PERLU DIBAWA UNTUK MEMBUAT PINJAMAN BUKU? 
Pengguna DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku.Sekiranya anda masih belum mempunyai Kad Pengenal Pegawai, anda perlu membuat kad tersebut di Bahagian Operasi JBPM negeri masing-masing.
  • BERAPAKAH MAKSIMUM PINJAMAN BUKU / JURNAL / TESIS / MAJALAH BOLEH DIPINJAM DALAM SATU MASA? TEMPOH MASA? 
  1. Buku / Tesis - 7 buah selama satu bulan
  2. Jurnal / Majalah - 5 buah selama satu minggu 

  •  BAGAIMANA CARA PENYELESAIAN BAGI PENGGUNA YANG LEWAT MENGHANTAR BUKU PINJAMAN? 
Surat peringatan akan diberikan kepada pengguna yang lewat menghantar buku. Nama pengguna akan DISENARAIHITAMKAN selama SETAHUN setelah 3 kali surat dihantar tidak mendapat maklumbalas dari pengguna.
  • BAGAIMANA PROSES PEMULANGAN BUKU PINJAMAN?
Setelah pengguna memulangkan buku pinjaman, pengguna akan mendapat satu salinan slip pemulangan buku sebagai pembuktian pemulangan buku. 

  • BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PEMBAHARUAN BUKU PINJAMAN BAGI MELANJUTKAN TEMPOH MASA PINJAMAN? 
Untuk membuat pembaharuan, pengguna perlu membawa buku yang hendak diperbaharui ke perpustakaan.
  • BAGAIMANA CARA SEKIRANYA PENGGUNA TELAH MENGHILANGKAN ATAU MEROSAKKAN BUKU PINJAMAN?  
Pengguna mestilah bertanggungjawab ke atas buku perpustakaan yang dipinjam. Jika buku tersebut hilang atau rosak, maka pengguna hendaklah MENGGANTIKAN buku tersebut.


* NOTA PENTING : AHLI PERPUSTAKAAN WAJIB MEMBAWA KAD PENGENAL PEGAWAI UNTUK MEMBUAT PINJAMAN BUKU. SEKIRANYA ANDA MASIH BELUM ADA KAD PENGENAL PEGAWAI, ANDA PERLU MEMBUAT KAD PENGENAL PEGAWAI  DI BAHAGIAN OPERASI  JBPM DI NEGERI MASING-MASING.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...