MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

PERKHIDMATAN PINJAMAN BERKELOMPOK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA


Perkhidmatan ini disediakan kepada institusi / jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Sesebuah institusi / jabatan yang telah mendaftar sebagai ahli pinjaman berkelompok PNM boleh meminjam sebanyak 400 buah buku untuk tempoh tiga bulan. Institusi / jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap buku yang dipinjam tertakluk kepada syarat dan peraturan pinjaman berkelompok.

Pemilihan buku-buku pinjaman adalah berdasarkan kepada keperluan institusi / jabatan tersebut. Institusi / jabatan adalah bertanggungjwab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam. Pihak institusi / jabatan adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) 1993, P.U. (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Jika lewat, pihak institusi / jabatan akan dikenakan caj denda lewat pemulangan bahan sebanyak 10 sen sehari bagi setiap buku.

Pada bulan Jun 2011, untuk pertama kalinya Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan telah membuat pinjaman berkelompok dan sehingga kini Perpustakaan masih lagi membuat aktiviti pinjaman berkelompok. Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman buku di perpustakaan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia