Tuesday, August 30, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu Bulan Ogos

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Ogos 2011

  • Bil. Pengunjung              = 248 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 22 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 16 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 45 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 12 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 20 orang

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin...



Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat Islam khususnya di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan seluruh Malaysia... Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berpesan kepada kami sendiri dan semua pengunjung blog kami agar BERHATI-HATI DI JALANRAYA.. Rancang perjalanan anda dan pandu kenderaan anda dengan selamat... Jika anda berasa mengantuk, cari tempat untuk berehat dan JANGAN MEMANDU JIKA ANDA MENGANTUK !!! Sayangilah nyawa anda dan keluarga anda kerana ada insan menanti kepulangan anda...






Friday, August 19, 2011

DISKAUN TOL AIDILFITRI DI LEBUHRAYA PADA 30 DAN 31 OGOS

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.
Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.
"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuh Raya Guthrie di sini hari ini. – Bernama

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran


Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Tuesday, August 16, 2011

Resipi Bulan Ogos

RESIPI MASAKAN
*****************

RESIPI 1 : SAMBAL GESEK

Bahan-Bahan
 
Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
 

Cara Penyediaan
Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.



RESIPI 2 : ITIK SOLO

 

Bahan-bahan
1 ekor itik
garam, gula dan asam jawa secukup rasa
3 cawan santan pekat

Bahan rempah
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh manis
2 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
1 cawan bawang merah - ½ bahagiannya digoreng
1 ulas bawang putih
3 sudu cili kering kisar - lebihkan jika suka pedas
½ ulas lengkuas
Halia sebesar ibu jari (merah)
1 batang serai
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput buah pala

Cara penyediaan

Bersihkan itik, kemudian rebus dengan sedikit garam sehingga lembut. Giling/kisar kesemua rempah, kemudian masukkan sedikit garam dan gula. Lumur itik yang telah direbus lembut dengan sebahagian daripada bahan rempah yang telah digiling/kisar. Perap ½ jam. Masukkan baki rempah dalam santan bersama bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasanya. Panggang itik yang telah diperap sehingga kuning, golek-golekkan atas api supaya masak sekata. Lumur santan berempah dan bakar lagi. Ulangi sehingga sehingga masak dan habis santannya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.




RESIPI 3 : MEE KOLOK SARAWAK
 

Bahan-bahan
1 gulung mee kering
3 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
4 helai daun sawi – potong kecil
Sedikit taugeh – jika suka
½ cawan hirisan daging atau ayam rebus
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1 kiub pati ayam
½ labu bawang besar – potong halus
Garam , gula, lada sulah dan serbuk perisa secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk taburan

Cara Penyediaan
 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee. Biarkan seketika sehingga sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, taugeh, daging/ayam rebus. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.  Angkat ke dalam pinggan hidangan. Tabur daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.



RESIPI 4 : KUIH DORAYAKI

 

Bahan-bahan
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti

Kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya. Sedia untuk dihidangkan.

RESIPI 5 : POPIAH PISANG

 

Bahan-bahan
6 biji pisang masak (sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka)
6 keping kulit popiah
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu madu
1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit)
-bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
Minyak masak untuk goreng


Cara Penyediaan 

Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang. Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, August 14, 2011

Peribahasa Bulan Ogos


 
1) Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya 
Maksud : orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

2) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau
Maksud : Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.
 
3) Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga
Maksud : Orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya.

4) Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Maksud : Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan syarak


5) Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. 
Maksud  : Orang yang menjamin orang yang berhutang sering kali terpaksa membayar hutang itu kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri

6)Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang. 
Maksud : Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.


7) Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. 
Maksud  : Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

8) Belayar Bernakhoda, berjalan dengan orang tua

Maksud : Patuh pada pemimpin.

9) Kalau bersahabat cari sama hebat
Maksud : Pilihlah kawan-kawan yang sesuai dengan jiwa raga kita

10) Ada padi masak adalah pipit. 
Maksud : Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.


Friday, August 12, 2011

Selamat Hari Lahir Puan Wan Nur Ashikin!!!


 Kepada Puan Wan Nur Ashikin Binti Razali, kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' untuk Puan Wan Nur Ashikin Binti Razali... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.... Semoga menjadi seorang pekerja dan pegawai yang berdedikasi dan berwawasan yang tinggi...

Wednesday, August 10, 2011

Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

08 OGOS 2011

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Wednesday, August 3, 2011

Jom Sertai U-Pustaka



Perkhidmatan U-Pustaka
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

Komponen Penerbitan Web
Komponen ini mengandungi keseluruhan maklumat mengenai latar belakang, siaran media, ucapan, polisi dan maklumat, lampiran fakta, statistik, tajuk paling popular, pautan, suapan berita, sumber elektronik dan sebagainya bagi menampilkan pengetahuan yang disumbangkan oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka.
Portal u-Pustaka merupakan gabungan kandungan mengenai peristiwa, aktiviti dan berita yang boleh dikongsi oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka, statistik mengenai pendaftaran keahlian u-Pustaka dan status sambungan Internet oleh ahli u-Pustaka terutamanya bagi pautan kepada Terbitan Kerajaan, Direktori Perkhidmatan Awam, Perpustakaan dan Kerjasama Kepustakawanan Sedunia, Perpustakaan di Malaysia, Badan-badan Profesional Kementerian dan Agensi Kerajaan di Malaysia, Kerajaan Negeri dan Agensi, Kandungan Tempatan, dan Saluran TV dan Radio Secara Atas Talian. Ciri-ciri Mashup juga digunakan bagi memaparkan gabungan data, perkhidmatan dan idea.

Komponen Pengurusan Kandungan
Komponen Pengurusan Kandungan dalam Portal u-Pustaka mengandungi maklumat yang dibina atau dipilih khusus untuk ahli-ahli u-Pustaka dalam bentuk Ulasan Elektronik, Papan Pemuka untuk tiga segmen keahlian, Sumber Elektronik dan Buku Audio.
Ulasan Elektronik menyediakan perkongsian maklumat secara efisien dan akses yang tepat kepada dokumen asal yang membolehkan keputusan dapat dibuat lebih pantas dengan pilihan buku-buku untuk membaca dan juga memaklumkan kepada ahli u-Pustaka sumber maklumat terkini yang terdapat di dalam Konsortium u-Pustaka. Ia juga merupakan satu bentuk interaksi dengan pembaca yang diperkasakan dengan fungsi ulasan yang boleh disumbangkan sendiri berdasarkan kepada ulasan asal oleh pustakawan dari Konsortium u-Pustaka. Dalam hal ini, ulasan buku menawarkan penghayatan berguna keatas koleksi perpustakaan yang boleh dikongsi dengan Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama di kalangan ahli u-Pustaka yang boleh menyertai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Konsortium u-Pustaka.
Papan Pemuka memberikan pendekatan yang komprehensif dalam menguruskan maklumat keahlian u-Pustaka dengan maklumat bersepadu yang menawarkan titik sentuh di mana profil ahli dirangkaikan dengan perkhidmatan u-Pustaka.

 Papan Pemuka Untuk Kanak-Kanak:





































Papan Pemuka Untuk Remaja:
















  

Papan Pemuka Untuk Ahli Dewasa:



















Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.
Buku Audio menawarkan buku-buku dalam format audio yang boleh diakses oleh ahli u-Pustaka dan Ahli Atas Talian.

Komponen Kolaborasi
Komponen Kolaborasi menawarkan landasan untuk rangkaian sosial, penerokaan pengetahuan, perkongsian dan pertukaran pengetahuan seluruh komuniti pembelajaran di semua peringkat umur untuk pembelajaran sepanjang hayat untuk berhimpun di Portal u-Pustaka sebagai hab keilmuan untuk kolaborasi menerusi Berbual Dengan Pakar, Forum Perbincangan dan menerokai kemungkinan bagi penemuan pengetahuan menerusi Tanyalah u-Pustaka.
Tanyalah u-Pustaka adalah “Meja Bantuan” untuk Portal u-Pustaka yang diuruskan secara bersama oleh tujuh perpustakaan Konsortium dengan kemudahan literasi maklumat, rujukan dan khidmat nasihat penyelidikan untuk semua ahli u-Pustaka.
Berbual Dengan Pakar menyediakan kemudahan secara atas talian untuk ceramah, mesyuarat, temubual dan seminar yang memaparkan pakar-pakar dalam domain pengetahuan tertentu dan juga tetamu khas yang akan dijemput dari masa ke semasa oleh Konsortium u-Pustaka. Ahli-ahli u-Pustaka boleh mendaftar masuk ke dalam Portal u-Pustaka untuk mendegar, melihat slaid pembengtangan dan juga berbual dengan pakar.
Forum Perbincangan menawarkan landasan untuk menarik perhatian ahli-ahli u-Pustaka dan pelbagai Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama untuk menyertai perbincangan atas talian dalam bidang Perniagaan, Ekonomi, Sains dan Teknologi.

Komponen Perkhidmatan
 Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan u-Pustaka:
  • Perkhidmatan peminjamandan pemulangan u-Pustaka menyediakan akses kepada maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di tujuh perpustakaan. Permohonan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka berupaya untuk dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran oleh pihak Pos Laju dan Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan peminjaman, pemulangan, penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fisikal pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
 Senario Pencarian:
  • Portal u-Pustaka membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk melaksanakan kaedah pencarian yang akan merungkai sumber pengetahuan menerusi Judul, Pengarang, Perkara, ISBN/ISSN, Penerbit, Tahun Penerbitan dan fungsi pencarian Katakunci. Hasil pencarian membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk memilih sumber-sumber fizikal dari Konsortium u-Pustaka berdasarkan status keberadaan bahan maklumat tersebut.
 Senario Peminjaman:
 Portal u-Pustaka menyediakan ciri-ciri berikut untuk scenario peminjaman:
  • Pemilihan sumber-sumber fizikal daripada koleksi yang sedia ada di Konsortium u-Pustaka dan kemudahan untuk menempah bahan.
  • Kos penghantaran menerusi perkhidmatan Pos Laju.
  • Pemilihan kaedah pembayaran elektronik menerusi MEPS FPX dan Quik2Go dalam Portal u-Pustaka bagi perkhidmatan penghantaran dan denda lewat pemulangan; MEPS e-Debit dan Touch ‘n Go untuk denda lewat pemulangan atau denda untuk kehilangan bahan pinjaman di stesen-stesen kaunter atau kios pelbagaiguna.
  • Peringatan untuk denda lewat pemulangan yang perlu dibayar sebelum proses peminjaman berikutnya.
  • Kemaskini secara atas talian untuk status sirkulasi bagi setiap transaksi peminjaman dan pemulangan.
  • Permohonan untuk penempahan dalam keadaan bahan yang diminta telah dipinjam dalam semua Perpustakaan Konsortium.
 Senario Pemulangan di Stesen Gelongsor Buku u-Pustaka meliputi perkara berikut:
  • Pemulangan bahan-bahan pinjaman di mana-mana stesen Gelongsor Buku.
  • Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
 Senario Pemulangan dari Rumah:
  • Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka dari rumah.
  • Pembayaran denda menerusi pembayaran elektronik dengan MEPS FPX atau Quik2Go.
 Senario Pemulangan di Perpustakaan Konsortium:
  • Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman di stesen kaunter Konsortium u-Pustaka atau stesen-stesen Gelongsor Buku.
  • Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
 Senario Pembaharuan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
 Senario Penempahan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
 Perkakasan RFID:
  • Perkakasan RFID dipasang di Perpustakaan Konsortium dan lokasi strategik untuk menyokong fungsi peminjaman, pembayaran dan pemulangan. Ahli-ahli u-Pustaka boleh juga mengunjungi tujuh Perpustakaan Konsortium dan meminjam menerusi Stesen Kaunter RFID atau Kiosk Pelbagai Guna. Buku-buku boleh dipulangkan menerusi Gelongsor Buku RFID. Laluan masuk bergantri atau tanpa gantri dipasang di setiap Perpustakaan Konsortium bagi tujuan pengawasan.



Untuk keterangan lanjut sila layari laman web yang tertera :
http://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/home

Monday, August 1, 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Bulan Ogos

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk bulan Ogos kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Semoga anda semua panjang umur dan dimurahkan rezeki.







Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua umat Islam di JBPM khususnya dan seluruh dunia amnya... Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT dengan membuat amal ibadat dengan ikhlas dan tulus.
 




" Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...